Posts

Showing posts from February, 2018

Trip ke JEPUN 2018 - Day 4 : Kyoto Animation Studio

Image
16.01.2018, SELASA Day 4 Sambung dari  Trip ke JEPUN 2018 - Day 3 : Arashiyama Inari St - Kohata St (JR Nara Line) Kohata St - Kyoto St (JR Nara Line) Sebelum check out...kami semestinya kena bersarapan pagi terlebih dahulu. Hari ni perjalanan kami akan ke Takayama dengan beg2 berat ni. Ruang dapur pun kami dah bersihkan. Sampah2 semua dah diletakkan dan diikat dalam plastik sampah jenis berbau wangi tu. Beli di Tesco Taiping. Bawak dari Malaysia, senang kalau hos rumah ni takde menyediakan plastik sampah extra. Sebelum check out...kami mmg pastikan rumah ni bersih. Supaya usaha kecil kami ini dapat menjaga imej 'kebersihan' pelancong dari Malaysia di mata orang Jepun. Sepanjang tinggal di sini..kami hidang makanan di meja kotatsu ni. Mmg best sorok kaki dalam ni. Rasa boleh tertido duduk kat situ, heheh. Selesa sangat di kala cuaca sejuk dingin. Bergambar kenangan dengan kotatsu...sebelum ni tengok dalam citer / anime Jepun jer...heheh.. Dah check out dar

Trip ke JEPUN 2018 - Day 3 : Arashiyama

Image
15.01.2018, ISNIN Day 3 Sambung dari  Trip ke JEPUN 2018 - Day 3 : Kinkaku-ji Temple Kinkakujimichi Bus Stop - Nishinokyo Encho / JR Enmachi Eki Bus Stop (bas 205) Emmachi St - Saga Arashiyama St (tren JR San-in Line)  Dah setel beli souvenir di sebuah kedai berdekatan dengan Kinkaku-ji Temple..kitorang pun jalan kaki menunggu bas 205 utk ke Nishinokyo Encho / JR Enmachi Eki Bus Stop. Masih menggunakan Kyoto Day Pass yg memudahkan urusan naik turun bas di sana. Perjalanan menaiki bas selama 8 minit ke sana..kami gunakan utk merehatkan kaki yg telah banyak berjalan hari ini. Dah turun di situ...kitorang perlu berjalan kaki sedikit utk ke JR Emmachi St. Tak jauh pun. 2-3 minit berjalan aje, heheh. Di situ kitorang akan menaiki tren JR San-in Line utk ke JR Saga Arashiyama St pula. Perjalanan tren mengambil masa 6 minit sahaja. Hari ini adalah hari ke-2 kami menggunakan JR Pass. Dari JR Saga Arashiyama St...kami perlu berjalan kaki utk ke Bamboo Forest yg terkenal dgn kein

Trip ke JEPUN 2018 - Day 3 : Kinkaku-ji Temple

Image
15.01.2018, ISNIN Day 3 Sambung dari  Trip ke JEPUN 2018 - Day 3 : KYOTO Shijotakakura Bus Stop - Kinkaku-ji michi Bus Stop (bus 205 / 206) Dari Nishiki Market tu...kami pun tengok gps semula mencari kat mana laa pulak Shijotakakura Bus Stop ni. Katanya jalan kaki cuma 5 minit aje dari situ. Bila dah jumpa...ada yg berada di situ bertanya kami nak ke naik bas ke mana? Bila kami kata nak ke Kinkaku-ji...terus dia bagitau bas nombor berapa yg kitorang perlu naik nanti. Bila bas tersebut dah sampai...dia pun bagitau kami perlu naik bas ni. Tima kasih atas bantuan. Dari situ..perjalanan bas akan mengambil masa dalam 35minit. Banyak bus stop yg mereka akan berhenti tetapi tempoh yg diberi dalam google maps adalah lebih kurang sama, wow!!! Dasat tul servis pengangkutan awam mereka. Ketepatan masa tu mmg A!! Jadi, jangan risau ye bila korang buat itenarary berpandukan google maps utk pengangkutan awam di negara Jepun ni. InsyaAllah, masa..tak lari jauh sangat melainkan korang yg m

Trip ke JEPUN 2018 - Day 3 : KYOTO

Image
15.01.2018, ISNIN Day 3 Bersambung dari  Trip ke JEPUN 2018 - Day 2 : Universal City Walk -Kiyamizu-dera -Sannen-zaka -Ninen-zaka -Hanami Koji Street -Nishiki Market Inari St - Kyoto St (tren JR Nara Line) Kyoto St (Ekimae Bus Stop) - Kiyamizu-michi Bus Stop (Bus 206 / 100 / 110) Kain baju yg kami basuh dan letak di bawah heater malam tadi semua kering, yahuu!! Senang hati. Masing2 tak bawak pakaian yg banyak pun. Cukup2 jer utk recycle guna, basuh, kering, guna, basuh, kering... Keluar awal pagi jugak. Awal dari orang Jepun pergi kerja. Kalau keluar saing2 dorang...mmg kena bersesak2 dgn dorang dalam tren nanti, hehe. Ok. Hari ni itenarary nya ialah nak cover area Kyoto pulak. Lebih senang dengan bas utk ke tempat2 menarik di sini. Jadi, kami beli Kyoto Bus Day Pass berharga 500y di Kyoto Building St tu. Cara gunakan pass tu mudah juga. Naik bas di pintu belakang dan belum dikenakan bayaran. Tapi bila nak turun tu...kita akan turun di pintu hadapan dan sebelum tu m

Trip ke JEPUN 2018 - Day 2 : Universal City Walk

Image
14.01.2018, AHAD Day 2 Bersambung dari  Trip ke JEPUN 2018 - Day 2 : KOBE Hankyu Kobe-Sannomiya St - Osaka St (JR Tokaido-Sanyo Line) Osaka St - Nishikujo St (JR Osaka Loop Line) Nishikujo St - Universal City St (JR Sakurajima Line) Dah makan kat Restoran Naan Inn tadi..kitorang jalan kaki ke Hankyu Kobe-Sannomiya St hampir 20minit jugak lah dengan jarak 1km camtu. Tu berjalan cara orang Malaysia lah. Kalau cara orang Jepun berjalan tu...10minit sampai dah, heheh.. Kat situ kitorang naik JR Tokaido-Sanyo Line untuk ke Osaka St semula. Dari Osaka St kitorang tukar tren JR Osaka Loop Line utk ke Nishikujo St. Dah sampai Nishikujo St...kitorang naik pulak tren JR Sakurajima Line utk ke Universal City St. Anggaran masa dari Osaka St nak ke Universal City St tu adalah dalam 15 minit sekali turun naik tren penukaran tu. Dah turun tren di Universal City St...leh terus berjalan kaki ke Universal City Walk. Station tren tu mmg khas utk ke Universal Studio Japan (USJ). Tapi kitorang

Trip ke JEPUN 2018 - Day 2 : KOBE

Image
14.01.2018, AHAD Day 2 Bersambung dari  Trip ke JEPUN 2018 - Day 2 : Fushimi Inari Inari St - Kyoto St (JR Nara Line) Kyoto St - Kobe St (JR Tokaido-Sanyo Line) Dari Fushimi Inari..kitorang melangkah kaki menghala ke Inari St. Tak jauh pun. Dalam 5 minit berjalan aje. Mungkin dalam 200m jaraknya. Hari ni adalah hari pertama kami mula menggunakan JR Pass untuk cuba memenuhi itenarary yg dah kami susun. Senang jer cara guna. Cuma tunjukkan pass tersebut pada staff yg jaga kaunter di tepi laluan khas. Tak perlu lalu di lorong berpalang tu. Dari Inari St kami menaiki tren JR Nara Line utk ke Kyoto St terlebih dulu. Tak lama pun. Dlm 5 minit jer duduk dalam tren tu...dah pun sampai. Hari tu baru nampak Kyoto St yg besar dan luas. Kami terus mencari platform utk menaiki tren JR Tokaido-Sanyo Line yg akan membawa kami ke Kobe St. Dalam tren. Tak berapa ramai orang utk ke Kobe pg ni. Dah sampai di Kobe St...kami pun berjalan kaki mengikut gps dan papan tanda yg menunjukka