Posts

Showing posts from December, 2018

Trip JEJU ISLAND 2018 : Menu & hidangan

Image
sambung dari  Trip JEJU ISLAND 2018 : Mendobi Sini memang seafood aje lah. Daging ayam, daging lembu, kambing ke....takde lagi yg halal. Cik Wawa citer...kat Jeju memang takde tempat sembelihan. Nak yg halal kena oder online dari Seoul, RM98/sekilo untuk daging ayam mentah..pergh!! Pembekal kat sana hantar guna pos. Kimchi.......... Harus ada pada setiap luncheon dan dinner kami termasuk lah menu fillet ikan malam tu, adeii. Ibarat sambal belacan dorang laa kot, huhu. Tapi tu lah...tak diterima dek tekak laa kitorang ngan kimchi ni. Dah try tapi tak boleh jugak. Di bawah ni...hidangan Korea mula2 yg kitorang jumpa. Makan malam untuk malam pertama di Jeju. Ada yg boleh laa diterima dek tekak...ada tu....jenoh jugak mencuba sebab kesian tengok makanan banyak2 tu. Tapi tetap tak abes. Nak buat mcm mana?? hmmm Ni lak tetiap pagi punya menu sarapan. Jadi lah untuk tenaga gi jenjalan sebelum waktu lunch nanti. Suasana di tempat sarapan di bawah lobi h

Trip JEJU ISLAND : Mendobi

Image
sambung dari  Trip JEJ U ISLAND : Balik dah Trip ke Jeju ni kitorang takde laa bawak baju banyak jugak. Mmg target akan gi mendobi paling tidak sekali. Hari ke-3 siang...kitorang sempat gi cari kedai dobi self service di sekitar hotel. Alhamdulillah, tak jauh pun dari hotel...tak sampai 300m gitu. Jadi, malam tu kitorang gi mendobi laa kejap. Keluar waktu malam mmg sejuk weiii. Tapi seronok juga lah sbb kat Malaysia mana nak dapat suasana mcm tu, kan..hihi. Sekali basuh W4000. Bayaran nak keringkan pakaian ikut masa yg kita 'setting' . Kat sini tak perlu tukar token. Guna duit syiling W1000 tu aje. Kalau takde syiling...ada mesin tukar duit kat situ. Memudahkan, kan?? Sambil menunggu...ada wifi kat sini. Sebenarnya kat sini...nak cuci pakaian kena ada pencuci dan softener sendiri. Kalau takde..kena beli laa kat mesin yg dorang sediakan. Tapi, rezeki kitorang...ada yg wakafkan 2 benda ni kat situ. Alhamdulillah, tak perlu laa nak keluarkan duit beli. Semoga

Trip JEJU ISLAND : Balik dah

Image
22.11.2018 KHAMIS sambung dari  Trip JEJU ISLAND 2018 : Jejumok Gwana Dari Jejumok Gwana...kitorang berjalan kaki semula menghala ke hotel. Bawak beg turun ke bawah...check out. Kat sini kena check out sebelum kul 11 pagi. Kemudian kitorang tinggalkan beg kat lobi dan turun ke bawah untuk lepak menghabiskan masa sementara menunggu waktu yg sesuai untuk bergerak dari hotel ke airport. Kat situ kitorang minum kopi puas2, makan megi ngan air panas, makan biskut...bagi kenyang perut dulu, heheh. Kat airport nanti tak perlu cari makanan halal untuk isi perut. Tunggu nasik lemak Pak Nasser kat dlm flight nanti pulak, kihkih.. Flight kami petang jam 3 lebih jugak lah.. Kitorang keluar dari hotel jam 12 lebih dan cuma perlu menahan teksi di depan hotel sahaja. Teksi bermeter...kami perlu bayar W4500. Kaunter check in AA belum dibuka dan tunggu jugak lah sekejap. Tak risau sangat dengan berat bagasi sebab kitorang takde membeli sangat pun. Kalau ada pun barang ringan2 aj

Trip JEJU ISLAND 2018 : Jejumok Gwana

Image
22.11.2018 KHAMIS sambung dari  Trip JEJU ISLAND 2018 : Jeju Chilsung Fashion Street DAY 6 Pagi tu...kitorang google apa 'attractions' yg menarik sekitar2 hotel. Yg tak berapa jauh...boleh jalan kaki jer. Akhirnya abang jumpa Jejumok Gwana ni. Menurut google maps..berjalan kaki cuma dalam 15 minit. Maka berpandukan google maps...kitorang pun berjalan kaki pepagi selepas sarapan. Tak nak buang masa duduk dalam bilik aje. Flight kami petang nanti. Banyak kerugian masa kalau dibuang begitu sahaja. Seronok juga berjalan kaki mcm ni. Teringat masa kat Jepun..melalui kawasan rumah2 penduduk tempatan di dalam bandar, melalui kedai2 kecil mereka. Jejumok Gwana ni adalah tempat bersejarah yg dikelilingi tembok tinggi dan di dalamnya tersergam beberapa bangunan pengurusan penting kerajaan Jeju suatu masa dahulu. Turut terdapat pelbagai jenis pokok buah oren di dalam kawasannya. Geram jer nak petik, huhu. Nampak mcm dah boleh dipetik dan dimakan aje, kihkih. Maklum lah...hant