Posts

Showing posts from March, 2018

Trip ke JEPUN 2018 - Perbelanjaan

Tiket flight Air Asia KLIA - Kansai Airport, OSAKA :- RM279.80 /pax Luggage 25kg :- RM126.00 Meal dalam flight :- RM15.00 / pax Tiket flight Air Asia Haneda Airport, TOKYO - KLIA :- RM419 / pax Luggage 20kg :- RM192.79 Meal dalam flight :- RM18.71 / pax Travel Insurans AXA :- RM97.50 (plan family iaitu Ibubapa & 3 orang anak2 bawah umur 23 tahun)  JR Pass :- RM1036 / pax *Ikut kadar semasa matawang Yen (RM36.60 utk 1000y) *Beli di klook.com Parking Park & Ride di Putrajaya Sentral :- RM60 *RM6 x 10 hari termasuk hari pergi dan hari sampai KLIA. *Kadar bayaran parking RM2 dari 6am - 12am.  *Kadar bayaran parking RM4 dari 12am - 6am. ERL Putrajaya Sentral - KLIA2 :- RM9.40 / pax ERL KLIA2 - Putrajaya Sentral :- RM9.40 / pax Rental router pocket WIFI :- RM20 x 8 hari (diskaun RM8) :- RM152 *Samurai Wifi Penginapan utk 5 orang (ikut kadar semasa matawang Yen):- -Kyoto 4h3m (satu rumah) :- RM1446 -Takayama 2h1m (guesthouse 1 bilik 5 orang) :- RM574 -Ka

Trip ke JEPUN 2018 - Day 8 : Pulang ke tanahair terchenta..

Image
20.01.2018, SABTU Day 8 Sambung dari  Trip ke JEPUN : Day 8 : Repeat ke AKIHABARA Akihabara St - Tokyo St (untuk ambil beg dalam locker coin) Tokyo St - Hamamatsucho St (Keihintohoku Line) Hamamatsucho St - Haneda Airport (Tokyo Monorail - JR Pass cover) Dah selesai di Akihabara...kami pun bergerak semula ke Tokyo St. Ikutkan boleh aje dari Akihabara St tu terus ke Hamamatsucho St dengan menaiki tren Keihintohoku Line. Tapi disebabkan segala beg kitorang disimpan di locker coin Tokyo St...kitorang perlu ke Tokyo St semula. Dah amek segala beg di Tokyo St..baru lah kami naik tren Keihintohoku Line utk ke Hamamatsucho St pula. Dah sampai Hamamatsucho St...kami perlu menaiki Tokyo Monorail utk ke Haneda International Airport. Semua perjalanan kami dengan tren hari ini adalah menggunakan JR Pass. Dan Tokyo Monorail ini adalah penggunaan JR Pass kami yg terakhir, sob...sob.. Awal juga kami sampai di Haneda Airport ni. Maklum lah, tempat tak biasa. Risau jugak kan. Jadi, buat

Trip ke JEPUN 2018 - Day 8 : Repeat ke AKIHABARA

Image
20.01.2018, SABTU Day 8 Sambung dari  Trip ke JEPUN 2018 - Day 8 : GALA YUZAWA Tokyo St - Akihabara St (Yamanote Line atau Keihintohoku Line) Sebenarnya, ikut itenarary yg dah disusun...lepas balik dari Gala Yuzawa kitorang akan menapak dari Tokyo St tu untuk bersiar2 ke kawasan taman Imperial Palace yg cantik tu. Ia nya terletak dekat dgn Tokyo St tapi kalau berjalan kaki tu mungkin 15-20 minit jugak laa utk kaki orang Malaysia, hehe. Tapi memandangkan anak2 ni macam tak puas aje menjamu mata di Akihabara semalam dan abahnya pun tak beli apa2 lagi untuk dirinya sendiri selain tshirt...maka ibu pun pikir masa dalam shinkansen Gala Yuzawa tu...ibu kata jom lah ke Akihabara semula. Imperial Palace tu takat nak tengok depan mata dan bergambar aje. Takpe lah...kita skip itenarary yg tu. Tu yg turun aje dari shinkansen dari Gala Yuzawa...kitorang amek pulak tren Yamanote Line utk ulang sekali lagi ke Akihabara. Alhamdulillah, dapat jugak abang beli seutas jam G-Shock harg

Trip ke JEPUN 2018 - Day 8 : GALA YUZAWA

Image
20.01.2018, SABTU Day 8 Sambung dari  Trip ke JEPUN 2018 - Day 8 : HARAJUKU & AKIHABARA -Otsuka St - Tokyo St (JR Yamanote Line)  -Tokyo St - Gala Yuzawa St (shinkansen JR Tanigawa) Check out jam 5.50pagi dari apartment di Toshima, Tokyo. Kami nak ke Gala Yuzawa hari ni..nak main sled dgn salji. Pagi ni mmg kena on time. Tak leh nak tangguh2 mcm pagi2 di hari sebelumnya. Dah siap2, kemas2 apartment tu...check out di kala pagi masih gelap gelita, hehehe. Bergambar dulu sebelum check out dari apartmen. Rumah last sebelum balik ke Malaysia. Alhamdulillah, tempat tinggal kami sepanjang 8 hari di Jepun semua baik2 belaka. Dapat merasa keadaan dalam rumah seperti digambarkan dalam drama2 Jepun dan anime mereka. Dengan AirBnb di Kyoto dan Tokyo. Dengan Booking.com di Takayama dan Kawaguchiko. Along dengan abahnya kena bawak beg depan dan belakang. Yg lain beg di belakang dan menjinjing di tangan. Lorong masih sunyi namun ada kedai makan yg sudah mula dibuka. Ad

Trip ke JEPUN 2018 - Day 7 : HARAJUKU & AKIHABARA

Image
19.01.2018, JUMAAT Day 7 Sambung dari  Trip ke JEPUN 2018 - Day 7 : ASAKUSA -KAPPABASHI STREET -HARAJUKU -TAKESHITA STREET -AKIHABARA ELEKTRIK TOWN Dari Nakamise Street Market tadi...kami berlima berjalan kaki dgn penuh sabar sambil melihat cara2 masyarakat kat sana menjalani hari2 mereka. Berjalan kaki melalui Kappabashi Street salah satu laluan yg popular dengan kedai2 yg menjual peralatan dapur juga fake food utk display di restoran2 dan kedai makan di Jepun. Kucing jaga kaunter untuk tengok kucing, heheh. Comel jer. Dalam laluan ke Kappabashi.. Berehat sebentar dengan Snickers.. Bagus Snickers ni utk alas perut. Dapat cover lapar tau... Buah fresh dan manisssss... Tokyo Skytree jelas kelihatan dari lorong2 ini... Nampak mcm dekat jer. Tapi jauh tu..seberang Sumida River.. Jauh jugak berjalan nak ke Uguisudani St untuk amek JR Yamanote Line ke Harajuku St. Lenguh jugak kaki tapi pengalaman melalui lorong2 di bandar ini menjadi sangat berhar