Trip ke JEPUN 2018 - Day 3 : KYOTO


15.01.2018, ISNIN
Day 3
Bersambung dari Trip ke JEPUN 2018 - Day 2 : Universal City Walk

-Kiyamizu-dera
-Sannen-zaka
-Ninen-zaka
-Hanami Koji Street
-Nishiki Market

Inari St - Kyoto St (tren JR Nara Line)
Kyoto St (Ekimae Bus Stop) - Kiyamizu-michi Bus Stop (Bus 206 / 100 / 110)


Kain baju yg kami basuh dan letak di bawah heater malam tadi semua kering, yahuu!! Senang hati. Masing2 tak bawak pakaian yg banyak pun. Cukup2 jer utk recycle guna, basuh, kering, guna, basuh, kering...

Keluar awal pagi jugak. Awal dari orang Jepun pergi kerja. Kalau keluar saing2 dorang...mmg kena bersesak2 dgn dorang dalam tren nanti, hehe.

Ok. Hari ni itenarary nya ialah nak cover area Kyoto pulak. Lebih senang dengan bas utk ke tempat2 menarik di sini. Jadi, kami beli Kyoto Bus Day Pass berharga 500y di Kyoto Building St tu.
Cara gunakan pass tu mudah juga. Naik bas di pintu belakang dan belum dikenakan bayaran. Tapi bila nak turun tu...kita akan turun di pintu hadapan dan sebelum tu masukkan pass tadi dalam mesin tiket di sebelah pemandu dan ambil semula utk digunakan ketika menaiki bas yg lain pula.

Ni kat luar Kyoto St. Berhadapan dengan Kyoto Tower. 

Kalau korang mencari bus stop yang paling hampir dengan Kyoto St...kat sini lah tempatnya. Cari jalan keluar dari dalam bangunan Kyoto St tu utk ke Kyoto Tower. Baru leh jumpa Kyoto Ekamae Bus Stop. Kalau ikut pintu keluar yg lain...dikhuatiri akan melilau buat pening kepala jer nanti, huhu.

Kiyamizu-dera
Mula2 kitorang cari bus stop utk naik bas ke Kiyamizu-dera. Jenuh jugak pusing2 cari mana laa bus stop yg terletak kat luar bangunan tu. Puas pusing2, aduii...blur jgk masing2.

Bila dah jumpa..nampak bas yang akan melalui Kiyamizu-dera pun sampai, ambil dan menurunkan penumpang. Kitorang dah naik..en.somi pulak tak sempat naik pintu bas dah tutup. Adeii. Spontan jer aku ketuk cermin pintu bas tu nak soh driver bas tu berhenti dan buka pintu. Jenuh weh kalau en.somi tak naik sekali. Dah laa kitorang berkongsi router wifi internet. Maaf lah warga Jepun, spontan jer akak terketuk cermin pintu bas tu...adeii.
Mujur driver bas yg dah tua tu mahu berhenti dan buka pintu bas utk en.somi naik bas bersama aku dan anak2. Semua jadi kenangan. Ternampak2 mcm mana reaksi muka en.somi bila pintu bas dah ditutup. Maklum lah...kita kan kat tempat orang.

Bus stop di luar Kyoto Building St tu namanya Kyoto Ekimae Bus St kalau nak cari di google maps. Dari situ kitorang boleh naik bas no 206 / 100 / 110 dan berhenti di Kiyamizu-michi Bus Stop. Perjalanan dalam 12 minit jer. Dah turun bas..kitorang kena jalan kaki dengan mendaki utk sampai ke Kiyamizu-dera. Dalam 15 minit jugak lah mendaki tu walaupun jarak cuma 850m.

Sepanjang lorong jalan tu ada deretan kedai yg menjual souvenir, ice-cream dan makanan di kiri dan kanan. Tapi masih belum banyak yg dibuka sebab masih awal pagi.
Kitorang naik ke atas terlebih dahulu.

View Kyoto dari atas bukit di Kiyamizu-dera.

Bergambar kenangan satu!!

Kalau tak masuk ke dalam temple Kiyamizu-dera tu...tak dikenakan bayaran pun. Kalau nak masuk kena laa bayar 400y. Kitorang tak masuk pun. Kat luar pun dah mencukupi tambah2 pulak bangunan tersebut sedang dalam renovation. Rugi jer masuk.
Jadinya, kitorang meronda2 aje di kawasan luarnya.




Sannen-zaka
Dah puas hati kat situ...kami pun turun pula melalui Sannen-zaka sambil2 tu singgah2 jugak lah membeli souvenir. Anak2 ni lah tak sabar2 nak mula membeli souvenir, huhu. Teruja betul dorang ni dgn barang2 souvenir Jepun. Maklum lah...semua peminat kipas susah mati ANIME, huhu.
Ada jugak lah beli sorang satu aiskrim. Makan aiskrim di kala cuaca sejuk mmg nikmat, hahaha..

Tangga nak ke Sannen-zaka

Ikutkan nak sambil2 lalu jer kat area sini sebab deretan kedai kat sini mcm bangunan lama yg digambarkan ketika dalam drama Oshin dan Rin Hane Koma tu. Nak bergambar laa sambil2 berjalan kaki ke Hanamikoji Dori. Dah dorang ternampak pulak Ghibli Studio Shop. Apa lagi...masuk laa masing2 ke dalam nak cari souvenir eksklusif keluaran Ghibli Studio. Dah laa tak dapat nak ke Ghibli Museum kat Tokyo tu, hahaha..
Seronok jugak masuk kat sini. Souvenir dorang eksklusif mesti lah mahal, kan. Ori!! hehe. Tp beli jugak laa dah alang2 sampai tu. Cari barang yg mampu dibeli.

Ada replika Totoro..

Ni kat luar dari pintu masuk lagi satu..

Ni pintu masuknya. Penggemar anime dari Ghibli Studio mesti singgah tau!!

Dari situ..kami berjalan lagi melalui Ninen-zaka seterusnya ke Hanamikoji Dori. Sakit2 laa kaki Along dan kaki abang sebab kasut, hmm. Lain kali kena beli kasut Skechers..tau!! Letih tu tak letih..tp disebabkan kaki tu dh terasa sakit..kena laa berehat urut2 kaki kejap kat tepi2 kaki lima kedai tu.




Tenang jer lalu lorong2 kawasan rumah orang Jepun ni. Tak bising, bersih pulak tu. Rumah pun comel2 aje. Teringat2 drama Oshin dan Rin Hane Koma lagi, heheh.

Hanamikoji Dori
Hanamikoji Dori ni kawasan deretan kedai dan rumah orang Jepun jugak. Kat sini ada kedai utk sewa kimono dan pakaian tradisional orang Jepun yg lain. Sewa, pakai dan boleh berjalan di sekitarnya utk bergambar dan merasa mcm mana feel pakai pakaian gitu.

Agak mahal juga utk sewa. Tapi boleh pakai dan melaram lama2. Pagi sampai petang..

Kat sini kami pun tumpang bergambar jer. Tapi kurang best sikit sebab ada kenderaan yg lalu lalang. Jadi, gambar sedikit terganggu dengan imej2 kemodenan tersebut, huhu. Ikutkan best bergambar kat sini sebab ramai wanita yg berkimono termasuk pelancong luar Jepun.



Dari situ..dengan arahan dari gps.....kami berjalan kaki lagi sehingga ke Nikishi Market. Konon2 nak cari souvenir laa kat situ. Tapi takde kedai yg menarik pun utk kami singgah. Yg banyaknya ada jual bahan2 basah juga buah-buahan. Kitorang beli jugak laa stoberi besar kat situ. Cukup sorang sebijik dalam pek yg dijual tu, heheh.

Berdekatan dgn Nishiki Market. Yg ni lain pulak namanya. Lain warna bumbung...lain nama market. Bersambung2 bumbung market ni dgn market lain. Pening jugak nak hafal namanya.

Ada temple mini kat dalam tu..

Misi kitorang di sini selesai.
Ikut itenarary ni..kitorang akan ke Kinkakuji Temple pulak.

Bersambung..

Comments

Popular posts from this blog

Trip JEJU ISLAND : Balik dah

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember

Outing ke PENANG STREET ART