Trip ke JEPUN 2018 - Day 2 : Universal City Walk


14.01.2018, AHAD
Day 2
Bersambung dari Trip ke JEPUN 2018 - Day 2 : KOBE

Hankyu Kobe-Sannomiya St - Osaka St (JR Tokaido-Sanyo Line)
Osaka St - Nishikujo St (JR Osaka Loop Line)
Nishikujo St - Universal City St (JR Sakurajima Line)

Dah makan kat Restoran Naan Inn tadi..kitorang jalan kaki ke Hankyu Kobe-Sannomiya St hampir 20minit jugak lah dengan jarak 1km camtu. Tu berjalan cara orang Malaysia lah. Kalau cara orang Jepun berjalan tu...10minit sampai dah, heheh..

Kat situ kitorang naik JR Tokaido-Sanyo Line untuk ke Osaka St semula. Dari Osaka St kitorang tukar tren JR Osaka Loop Line utk ke Nishikujo St.
Dah sampai Nishikujo St...kitorang naik pulak tren JR Sakurajima Line utk ke Universal City St. Anggaran masa dari Osaka St nak ke Universal City St tu adalah dalam 15 minit sekali turun naik tren penukaran tu.
Dah turun tren di Universal City St...leh terus berjalan kaki ke Universal City Walk. Station tren tu mmg khas utk ke Universal Studio Japan (USJ). Tapi kitorang mmg takde plan pun nak masuk USJ. Masuk sini bayar mahal. Mesti kena abeskan masa sehari suntuk dalam tu dari pagi baru berbaloi. Kitorang skip utk masuk sini dan cuma datang utk bahagian luar USJ sahaja iaitu Universal City Walk. Kat situ selain bergambar2...along, angah dan akiss dok cari souvenir ONE PIECE dari Jump Shop. Along jugak beli tshirt kiriman seorang kawannya di Hard Rock Cafe tu.









Dah rasa puas kat sana..kitorang pun menaiki tren  ke Osaka St semula.
Kat sana...kitorang amek kesempatan meronda2 di sekitar. Mula2 plan nak gi Umeda Sky Building tapi tak jadi lah. Rasa nak balik dan berehat utk itenarary esok pulak. Nak cas tenaga semula, heheh. Perut pun dh lapar nasik ni.

Osaka St ni mmg cantek bangunannya. Cantek dan moden. Luas dan besar.

Suasana di hadapan Osaka St malam tu. 

Kelihatan juga Umeda Sky Building. Nampak mcm dekat. Tapi jauh jugak tu nak berjalan ketika badan dah mula keletihan ni. Tak mengapalah. Jadilah dapat tengok mcm ni pun, :) . 

Dari Osaka St..kami terus amek tren JR Tokaido-Sanyo Line utk ke Kyoto St. 
Kemudian tukar tren JR Nara Line ke Inari St.
Berjalan kaki dari Inari St ke homestay...kami singgah di Lawson Store dan beli nasi segera, telur, air mineral dan coklat Snickers utk stok ketika tak bertenaga esok, heheh..

Sampai homestay...terus masak sardin dan goreng telur dadar. Makan dgn nasi segera tadi.
Malam tu kitorang basuh baju dgn mesin basuh yg tersedia kat homestay tu dan keringkannya di bawah heater yg dipasang di atas dinding.


Bersambung..

Comments

Popular posts from this blog

Trip JEJU ISLAND : Balik dah

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember

Outing ke PENANG STREET ART