Posts

Showing posts from August, 2017

Trip ke SURABAYA 2017 - Day 3

Image
08.08.2017, SELASA Day 3 Hari ke-3 dan hari terakhir di bumi Malang dan Surabaya. Baru pagi ni kami berkesempatan utk breakfast di hotel. Pagi semalam dah kerugian sebab kitorang awal2 pagi dah gerak ke Bromo, heheh. Takpe lah...bukan rezeki. Macam2 menu disediakan. Pulun makan kenyang2 sikit. Lepas check-out nanti perjalanan akan singgah di beberapa lokasi sebelum kami dihantar ke Juanda Airport. Sebelum check out...bergambar dulu kat sekitar hotel. Hotel ni mmg selesa dan menarik cuma kitorang tak dapat nak pusing2 habes terutama di swimming pool di roof top. Menarik view dari atas tu. Tak berkesempatan..itenarary padat sebab kitorang cuma 3h2m sahaja. 1)Mula2 kami dibawa ke Malang Strudel sebuah kedai yg lebih kurang mcm Kartika Sari laa kalau kat Bandung. Ada jual makanan, kerepek2, kek2 sebagai souvenir selain key chain, fridge magnet. 2) Kemudian dibawa pula ke kedai Queen Apple milik seorang chef selebriti Indonesia iaitu Farah Quinn yg pernah dije

Trip ke SURABAYA 2017 - Day 2 (iv)

Image
07.08.2017, ISNIN Day 2 Selepas dah bertukar naik innova Bachtiar...kami dibawa bersarapan pagi. Lapar oiii, heheh. Dah alang2 tu terus jer makan nasik campur kat sana. Cuba lah masakan kat sini pulak. Masa kat Bandung kitorang takde pi makan nasik campur ni, heheh.. Itenarary seterusnya...kitorang yg minta sendiri dari Bachtiar. Ada cadangan yg lain dari Bachtiar iaitu utk ke Zoo di Kota Batu dan Muzium Angkut tapi disebabkan kami cuma 3 hari di Surabaya...kami memilih utk ke tempat lain. 1) Masjid Tiban Malang @ Masjid Jin Kat sini yg menariknya senibina bangunan masjid ala2 dari negara Turki. Cuma bangunan tu mmg sedikit pelik laa. Mcm tak tersusun pelannya. Masjidnya bertingkat2. Nak cari dewan solat pun jenuh...melilau. Orang Indonesia pun tanya kat kitorang mana dewan solat, huhu. Walaupun ada signboard...jenuh nak ikut tapi tetap konfius. Kering dah air wuduk baru jumpa. Kecik jer dewan solat di tingkat biasa. Jika ada di tingkat lain...kitorang tak tau sbb tak naik samp

Trip ke SURABAYA 2017 - Day 2 (iii)

Image
07.08.2017, ISNIN Day 2 Dari kawah gunung berapi BROMO kami dibawa pulak ke padang Teletubbies atau nama sebenarnya Padang Savana Gunung Bromo. Cantek kat sini nak bergambar2. OTW nak balik tu...ada satu spot yg cantek sangat. Macam kat Switzerland pulak...cuma takde tasik jer. Mintak driver berhenti. Kami nak bergambar, heheh.. Kat sini lebih cantik dari tempat yg digelar Padang Teletubbies tadi tu... Dari situ kami dibawa semula ke rumah homestay tadi untuk tukar kereta ke Kota Malang semula. Cuaca sudah tidak sedingin tadi. Baju sejuk pun dah tak perlu lagi sejak di kawah gunung berapi Bromo tadi.. Bersambung.. Trip ke SURABAYA 2017 - Day 2 (iv)

Trip ke SURABAYA 2018 : Day 2 (ii)

Image
DAY 2 07.08.2017, ISNIN Dari Puncak Penanjakan...kami menuruni semula gunung dengan menaiki jip. Baru lah nampak jalan yg kami telah lalui ketika gelap jam 3 pagi tadi, huh!! terkejut juga. Curam, gaung, jalan yg sempit, feww. Alhamdulillah..syukur perjalanan kami dipermudahkan. Kecantikan pemandangan kat situ telah berjaya melupakan tentang semua tu... Akhirnya sampailah kitorang di tempat jip parking berhampiran Gunung Bromo. Jip tak boleh parking dekat2. Nak ke Gunung Bromo perlu berjalan kaki. Uihh...jauh jugak dlm 2km 1/2, huhu. Tapi ada pilihan lain iaitu dengan menaiki kuda. Kitorang mmg dah cakap nak naik kuda kat driver. Jadi, dia kol kawan dia untuk deal harga. Ok lah..dapat lah harga kurang sikit dari deal sendiri. Oh, ye..kuda ni boleh bawak orang yg beratnya 100kg aje. Lebih daripada tu kalau nak jugak ke kawah Bromo tu kenalah berjalan kaki sahaja. Dari kejauhan lagi dah kedengaran bunyi yg keluar dari kawah gunung berapi Bromo tu. Bunyi yg kuat dan menggerunk