Trip ke JEPUN 2018 - Day 2 : KOBE


14.01.2018, AHAD
Day 2
Bersambung dari Trip ke JEPUN 2018 - Day 2 : Fushimi Inari

Inari St - Kyoto St (JR Nara Line)
Kyoto St - Kobe St (JR Tokaido-Sanyo Line)


Dari Fushimi Inari..kitorang melangkah kaki menghala ke Inari St. Tak jauh pun. Dalam 5 minit berjalan aje. Mungkin dalam 200m jaraknya.

Hari ni adalah hari pertama kami mula menggunakan JR Pass untuk cuba memenuhi itenarary yg dah kami susun. Senang jer cara guna. Cuma tunjukkan pass tersebut pada staff yg jaga kaunter di tepi laluan khas. Tak perlu lalu di lorong berpalang tu.

Dari Inari St kami menaiki tren JR Nara Line utk ke Kyoto St terlebih dulu. Tak lama pun. Dlm 5 minit jer duduk dalam tren tu...dah pun sampai.
Hari tu baru nampak Kyoto St yg besar dan luas.
Kami terus mencari platform utk menaiki tren JR Tokaido-Sanyo Line yg akan membawa kami ke Kobe St.
Dalam tren. Tak berapa ramai orang utk ke Kobe pg ni.

Dah sampai di Kobe St...kami pun berjalan kaki mengikut gps dan papan tanda yg menunjukkan arah ke Kobe Harborland. Saja nak tengok2 bandar pelabuhan ini. Dah alang2 ada JR Pass kan..

Seronok jer berada di bandar ni. Kereta mmg kurang. Udara pun segar..

Anpanman..

Rasanya Anpanman ni lahir di Kobe. Sebab kat sini banyak replika batu watak2 dari cerita tersebut diletakkan di tepi2 lorong pejalan kaki. Di sini juga ada muzium Anpanman. Tapi kitorang tak masuk pun.

Replika peringatan Elvis Presley..

Tersusun pepohon sakura yg tidak berbunga ini. Ada sekor replika dari satu watak dalam citer Anpanman. Aku tak hafal. Aku tau Anpanman jer. Tu pun sebab pernah tertengok kat tv dulu, hehe..

Terus berjalan ke arah laut. Kat sini ada mercu tanda Kobe..iaitu Kobe Port Tower. Bergambar jer kat situ sambil menghirup udara segar dan sejuk dari laut.

Oriental Hotel & feri

Dari harborland..kami melangkah ke arah Umie Harborland pulak. Ada yg mengirim hot wheels katanya dijual murah di toysr'us Jepun. Dah alang2 masuk...Angah pun cari glove yg lebih sesuai sebab tangannya tak tahan sejuk bila guna glove dari kain.



Dari Umie Harborland...kitorang pun melangkah ke arah masjid Kobe pulak.
Jauh jugak menapak. Dah laa jauh...kena mendaki pulak tu. Alhamdulillah, kami diberi kudrat utk sampai ke sini. Kembara ni ibadah apatah lagi berjalan kaki ke sebuah masjid, kan.. :) .

Dalam perjalanan ke Masjid Kobe..kami singgah di vending machine utk beli air kopi panas. Mmg teruja laa bila beli air kopi tin tapi airnya panas, heheh..

Masih dalam perjalanan ke Masjid Kobe. Ikut gps..InsyaAllah, sampai.

Hampir 30 minit juga kami berjalan kaki dari Umie Harborland baru sampai Masjid Kobe. Cuaca dingin2...sejuk.

Alhamdulillah, bila dah nampak kubah Masjid Kobe..kami sangat bersyukur apabila diberi rezeki utk sampai ke sini. Sebuah masjid yg pertama dibina di Jepun.



Semasa solat Jamak..ada jugak terjumpa dengan rakyat Malaysia yg juga menunaikan solat Jamak di situ. Berbual serba sedikit..kemudian masing2 membawa haluan masing2.

Berhampiran masjid..ada beberapa kedai halal terdapat di sini. Antaranya kedai Naan Inn ni.

Mula2 takde rasa nak masuk pun. Saja2 tengok menu yg terdapat di luar restoran tu. Harga makanan halal kat sana...faham2 lah, mmg mahal lah. Bila staff nya keluar dan memberi penerangan tentang menu...dengan keadaan perut yg mula berbunyi ketika suasana sejuk2 dingin...akhirnya kami bersetuju utk masuk dan makan sambil berehat2 sebelum meneruskan itenarary hari ini.

Muka hepi bila nampak makanan depan mata..

Harga roti naan sahaja adalah 300y. Roti naan kat sana tak datang sekali set ngan kuahnya, tau..huhu.
Kari ayam pulak 1350y semangkuk dalam gambar tu. Kitorang nak oder semangkuk jer..staff cakap tak cukup utk 4 keping roti naan. Adeii..nyesal lak oder 2 mangkuk sebab kitorang makan bukan macam orang Arab. Semangkuk kari ayam pun cukup sebenarnya. Tak abes dah rugi, mm.
Air..kitorang amek air kosong aje. Free air tu.


Bersambung..

Comments

Popular posts from this blog

Trip JEJU ISLAND : Balik dah

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember

Outing ke PENANG STREET ART