Trip ke JEPUN 2018 - Day 3 : Arashiyama


15.01.2018, ISNIN
Day 3
Sambung dari Trip ke JEPUN 2018 - Day 3 : Kinkaku-ji Temple

Kinkakujimichi Bus Stop - Nishinokyo Encho / JR Enmachi Eki Bus Stop (bas 205)
Emmachi St - Saga Arashiyama St (tren JR San-in Line) 


Dah setel beli souvenir di sebuah kedai berdekatan dengan Kinkaku-ji Temple..kitorang pun jalan kaki menunggu bas 205 utk ke Nishinokyo Encho / JR Enmachi Eki Bus Stop. Masih menggunakan Kyoto Day Pass yg memudahkan urusan naik turun bas di sana.
Perjalanan menaiki bas selama 8 minit ke sana..kami gunakan utk merehatkan kaki yg telah banyak berjalan hari ini.

Dah turun di situ...kitorang perlu berjalan kaki sedikit utk ke JR Emmachi St. Tak jauh pun. 2-3 minit berjalan aje, heheh.

Di situ kitorang akan menaiki tren JR San-in Line utk ke JR Saga Arashiyama St pula. Perjalanan tren mengambil masa 6 minit sahaja. Hari ini adalah hari ke-2 kami menggunakan JR Pass.

Dari JR Saga Arashiyama St...kami perlu berjalan kaki utk ke Bamboo Forest yg terkenal dgn keindahan pepohon buluhnya tu. Jauh jugak berjalan. Kalau tengok google maps...hanya 9 minit dgn jarak 650m shj tetapi kaki orang Malaysia ni..amek masa dalam 15 minit jugak lah, huhu.

Sepatutnya..program ke Bamboo Forest ni adalah utk itenarary hari esok. Tapi Alhamdulillah walaupun pada permulaan hari ini kitorang menggagau sedikit mencari kaunter utk membeli Kyoto Bus Day Pass tu..Allah permudahkan pula urusan kemudiannya. Kami masih ada banyak masa berbaki dan bincang punya bincang...kami buat keputusan utk ke sini pada hari ini jugak. Esok pagi, kami boleh lah check out lambat sikit dan tak perlu terkejar2 masa utk shinkansen Kyoto ke Nagoya.

Kalau dah sampai ke Bamboo Forest ni...sila lah masuk sampai ke dalam. Bukan bergambar di pepohon buluh yg kita nampak pada permulaan jalan tu. Kat situ view tak berapa menarik utk bergambar. Kena masuk lagi ke dalam. Nampak ada simpang bercabang mcm Y tu..amek yg kiri. Masuk lagi ke dalam...sampai lah ke pepohon bamboo yg lebih banyak dan cantek tersusun itu.


Mmg cantik kawasan ni. Cuaca sejuk dinginnnn jer, best!!
Hari hampir senja walaupun jam masih awal. Maklum lah musim winter, kan..

Kitorang keluar dari kawasan tu...beli takoyaki panas2. Utk alas perut...elok pulak 5 ketoi. Dapat laa sorang satu, hehe. Jadi lah..

Dari situ...kitorang berjalan kaki ke Katsura River. Kat situ leh laa nak amek semangat sungai Jepun yg mengalir tenang, heheh. Sambil berjalan tu..tengok2 jugak lah kedai2 yg terdapat di sepanjang jalan. Tenang jer bandar kecil ni.



Berjalan kaki selama 10 minit walaupun tak jauh sangat pun dari simpang masuk ke Bamboo Forest. Adalah dalam 300m cenggitu.

Kalau salji tebal dan musim autumn ni...mmg cantik sangat view di Katsura River ni..

Kat sini juga terletaknya Togetsukyo Bridge yg popular di Arashiyama ni.
Kitorang tak berkesempatan nak gi melalui jambatan ni sampai ke seberang sana. Hari dah hampir gelap. Pemandangan pun dh semakin bersembunyi.

Berlatarbelakangkan Togetsukyo Bridge. Seperti jambatan yg selalu digambarkan dalam cerita anime..

OTW berjalan kaki ke JR Saga Arashiyama St...kitorang singgah jap kat Kimono Forest yg terletak di Randen Arashiyama St. Dah alang2 sampai kawasan tu, kan...singgah laa kejap. Masa sampai tu dorang dh bukak lampu pada tiang2 kimono tersebut. Kalau waktu siang..leh nampak warna-warni kimono tersebut.


Kami pun berjalan kaki semula ke JR Saga Arashiyama St dan menaiki tren JR San-in Line utk terus ke Kyoto St. Sampai station..kitorang pusing2 dulu cari locker coin yg berdekatan sekiranya perlu digunakan pada esok hari.

Kemudian terus balik ke homestay di Inari St dgn tren JR Nara Line.
Malam tu masak, abeskan telur, makan, bersihkan diri, basuh baju lagi sebab dh tau senang nak keringkan, hahahah..
Sebelum tido..kemas2 barang ke dalam beg. Esok pagi cuma perlu kemas yg berbaki aje.

Bersambung..

Comments

Popular posts from this blog

Trip JEJU ISLAND : Balik dah

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember

Outing ke PENANG STREET ART