Posts

Showing posts from August, 2018

Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Nugget Point Lighthouse

Image
12.07.2018, RABU sambung dari  Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Day 7 - Kaka Point Dari Kaka Point kami meneruskan perjalanan ke Nugget Point Lighthouse. Sedikit mendaki kerana rumah api memang selalunya berada di tempat tinggi di tepi pantai. Nak ke Nugget Point Lighthouse kena berjalan kaki dalam 1km jugaklah kalau dari tempat parking. Kitorang berdiri skang ni kiranya dah berjalan jauh dah dari tempat parking. Tu yg reramai di kejauhan tu...dorang berada di lookout point. Kalau takut atau malas nak menapak ke lighthouse...berdiri kat situ aje lah amek gambo tebing laut. Dekat laa sikit dengan parking. Aku yg seriau tengok abang berdiri tepi tu, hmmm.. Bila pusing balik nanti...kami akan lalu di lorong di atas tu pulak. Kalau bawak kanak2..memang kena kawal betul2 lah sebab treknya memang boleh gigil bagi orang yg gayat. Tepi tebing betul dengan laut. Trek laluannya memang takde berpagar dan tepi2 lereng bukit ni aje. Bawah tu terus laut, huhu.

Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Day 7 - Kaka Point

Image
12.07.2018, RABU sambung dari  Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Kingston | Te Anau DAY 7 Sebelum tidur malam tu along dah check di internet...jalan ke Milford Sound dilaporkan masih ditutup pada semua kenderaan. Pagi tu pun mintak along check lagi. Sama jer info nya...masih mengatakan jalan ke Milford Sound masih ditutup. Kecewa jugak lah, mm. Sebab nak sangat ada pengalaman pergi ke sana dan melalui pemandangan yg sangat2 memukau seperti yg dikongsikan di YouTube. Boleh bertemu dengan burung kea ketika menunggu lampu trafik bertukar hijau di Homer Tunnel. Di samping menaiki cruise juga untuk melihat penguin liar, anjing laut melepak di batu-batan berhampiran dengan air2 terjun sepanjang cruise belayar. Kalau bertuah boleh jumpa ikan lumba2 jugak kat situ. Tapi tu lah...takde rezeki kami untuk ke sana pada hari itu. Pasti ada hikmah dan mungkin ada rezeki kami lagi untuk kali ke-2 ke bumi kiwi ini, InsyaAllah, Aamin...mudah2an. Perjalanan pagi tu akhirnya ikut plan B. Seperti b

Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Kingston | Te Anau

Image
11.07.2018, SELASA sambung dari  Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Lake Wakatipu, Queenstown Dalam perjalanan kami ke Te Anau..kami singgah bukak bekal kat Kingston, sebuah pekan kecil yg terletaknya di penghujung Lake Wakatipu di bahagian selatan. Kat situ tersedia kemudahan berkelah yg sangat baik. Ada taman permainan, pondok wakaf, berkerusi, meja, tong sampah, tandas dan tersedia juga tempat ber BBQ . Bukak bekal. Simple jer yang sempat dimasak di  'shared kitchen'  pagi tadi. Aku sengsorang jer naik tingkat atas tu jam 4.30pagi untuk masak. Keadaan sunyi sepi betul. Orang lain tengah tido lagi, weii. Yg lain tu bagi laa cukup tido terutama driver, kan. Tu pun nampak gayanya tak cukup jugak. Masa along ganti memandu otw Te Anau...tido lena sungguh2, mm. Boleh skrol tengok gambar di bawah, heheh.. Dah selesai makan..kemas2 bagi bersih tempat tu.  Angin kat sini pun sangat sangat sangat sangat lah kuatnya. Bukak bekalan pun kena pegang bekas2 tu. Kalau tak...ia bo