Posts

Showing posts from April, 2018

Trip ke BANDUNG 2018 - Day 4 : Check out, ke Kartika Sari & pulang

Image
09.04.2018 ISNIN Pagi tu sarapan kitorang dihantar ke bilik. Tak perlu turun ke cafe. Senang jugak mcm tu. Sambil2 siap tu boleh makan. Bergambar sebelum check out. Mmg cantik lobi hotel mereka..   Rooftop di Hotel Cinnamon.. Dah check-out kitorang dibawa ke Kartika Sari untuk membeli makanan2 ringan yg nak dibawa pulang ke Malaysia. Kami beli yg pernah beli trip sebelum ni. Yg mana kurang kat tekak...kitorang tak beli dah laa, heheh. Tapi yg pasti..bbrp jenis kuih2 tradisional yg dijual kat sini...kitorang akan beli. Sedap, nyum!! Ibu dan anak.. Kedai akhir yg kitorang sempat untuk membeli belah...adalah di kedai Sari Raos. Kedai aneka kerepek dan kekacang yg harus dibawa balik jugak, huhu. Kat sini mesti beli kacang bandung dan samosa bandung. Yg lain tu bila rasa nak beli...beli. Nanti dah balik menyesal pulak tak beli, heheh. Akhirnya, selesai lah trip Bandung kami. Kami perlu ke airport utk check in dan terbang balik ke Malaysia. Terima kasih

Trip ke BANDUNG 2018 - Day 3 : Farmhouse Susu Lembang & The Crown Premium Outlet

Image
08.04.2018 AHAD Kami kemudiannya ke Farmhouse Susu Lembang pulak. Sampai hari dah nak senja. Tapi kena pergi jugak. Esok dah tak sempat sebab dah nak balik, huhu. Tiket masuk IDR25.00. Tiket tu boleh tukar dengan minuman susu segar di beberapa kaunter yg terdapat di situ. Ada dua buah rumah hobbit kat sini. Yg ni kat sebelah luar. Di awal2 pintu masuk. Kat sini boleh sewa kostum Belanda. Di Floating Market tadi tempat utk sewa kostum tradisional orang Jepun. Ini pun rumah hobbit jugak. Terletak di sebelah dalam kawasan. Malam tu..kitorang gi lagi ke The Crown Premium Outlet. Mak berkenan cardigan mcm akiss tu. Nak beli selai. Yui pun nak tak beli apa lagi. Nak gi situ nak cari blouse, topi, etc.. Kebetulan aku pun nak tambah perfume lagi kat Collector Parfum yg ada kat situ. Jadi, jom lah pergi. Awal lagi.. Terbaik bancuhan perfume kat sini. Harga pun murah.. Jumpa Reza..tour guide kitorang jugak untuk trip sebelum2 ni. Baik dorang ni. Mmg A

Trip ke BANDUNG 2018 - Day 3 : Lunch di Sapu Lidi & Dusun Bambu Lembang

Image
08.04.2018 AHAD Banyak lagi tempat menarik dalam Floating Market Lembang tu kitorang tak dapat nak pusing2 tengok. Perut dah lapar. Kena isi, heheh. Jadi, Arif bawa ke Sapu Lidi Resto. Konsep makan di tengah sawah. Ini kali ke-2 aku ngan abang sampai sini. Mmg suasana masa makan kat sini syok laa. Kat sini harga makanan boleh tahan jugak laa, heheh. Kitorang berenam makan ritu rege IDR tukar ke RM....jadi 200 lebih jugak, ngee... Dah kenyang perut...bergerak ke Dusun Bambu Leisure Park. Tiket masuk IDR25.000 seorang. Dah keluar dari lawatan nanti..boleh tukar tiket dengan sebotol air mineral setiap seorang. Sini mmg seronok sebab terasa sejuk dingin mcm kat Cameron Highlands. Perut akan terasa lapar jer utk diisi pulak dengan makanan ringan, alahaiii..perut. Ini jugak kali ke-2 aku ngan abang sampai sini. Sebab kali ni ke Bandung utk bawa mak, along, akiss dan yui jenjalan sini pulak. Tu banyak tempat2 yg kitorang dah pernah pergi.    

Trip ke BANDUNG 2018 - Day 3 : Floating Market Lembang

Image
08.04.2018 AHAD Walaupun kali ke-3 kitorang berdua ke Bandung...ini kali pertama masuk ke Floating Market Lembang ni. Kira ok lah, kan. Sama2 masuk dgn along, akiss, Yui dan mak, hehehe. Tiket masuk IDR20.000/pax. Leh tukar tiket tu ngan beberapa pilihan air minuman yg disediakan. Ada minuman panas dan sejuk termasuk kopi. Ada beberapa tempat penukaran air kat dalam tu. Ada beberapa taman lagi kat dalam tu selain membeli makanan yg dijual di atas perahu. Tapi nak masuk taman yg lain tu ada bayaran lain pulak kecuali di Kyotoku iaitu taman ala2 Kyoto di Jepun. Tandas kat situ tak dikenakan bayaran. Ala2 Arashiyama Bamboo Grove di Kyoto, heheh..         Tauhu susu Lembang...beli kat sini aje. Sini ada kiosknya. Wajib makan kalau sampai Lembang, heheh.. Antara gerai jual kraf.. Kota Mini ni kitorang tak sempat dah nak masuk. Dalam tu ada bangunan2 ala2 kota di Eropah. Banyak masa...mmg cantik lah nak bergambar utk simpan

Trip ke BANDUNG 2018 - Day 3 : Tangkuban Perahu

Image
08.04.2018  Ahad Ni kali ke-2 aku dan abang ke Tangkuban Perahu. Kali pertama masa gi Bandung pertama kali tahun 2013. Skang ni masuk situ dah mahal terutama utk pelancong luar di hari minggu pulak tu...IDR300.000.00, kira2 hampir RM100 jugak laa seorang ikut rate matawang masa tu, fuhh. Tapi sebab dah alang2 sampai...bawak along, akiss, mak dan Yui...kitorang masukkan jugak dlm senarai. Kat Malaysia takde tempat mcm ni..kejadian alam semulajadi yg mcm ni. Dah alang2 dorang sampai sini...tu yg pergi jugak walaupun tau tiket masuk mahal nak mampus, huhu. Lepas2 ni tak tau laa bila dah nak ke Bandung. Simpan duit nak ke destinasi lain laa pulak, ye. Kawah gunung berapi Tangkuban Perahu ni masih aktif tapi status tengah tidur laa... Udara kat sini mmg berbau sulfur lah. Ada masa tu kuat sangat...ada masa tu kurang sikit lah. Masuk sini...hati kena kental untuk menolak dgn baik bila penjual2 menjual barangan mereka secara individu ni. Mengekori kita tanpa jemu...bagai memaksa ki