Trip ke JEPUN 2018 - Day 3 : Kinkaku-ji Temple


15.01.2018, ISNIN
Day 3
Sambung dari Trip ke JEPUN 2018 - Day 3 : KYOTO

Shijotakakura Bus Stop - Kinkaku-ji michi Bus Stop (bus 205 / 206)


Dari Nishiki Market tu...kami pun tengok gps semula mencari kat mana laa pulak Shijotakakura Bus Stop ni. Katanya jalan kaki cuma 5 minit aje dari situ. Bila dah jumpa...ada yg berada di situ bertanya kami nak ke naik bas ke mana? Bila kami kata nak ke Kinkaku-ji...terus dia bagitau bas nombor berapa yg kitorang perlu naik nanti. Bila bas tersebut dah sampai...dia pun bagitau kami perlu naik bas ni. Tima kasih atas bantuan.

Dari situ..perjalanan bas akan mengambil masa dalam 35minit. Banyak bus stop yg mereka akan berhenti tetapi tempoh yg diberi dalam google maps adalah lebih kurang sama, wow!!! Dasat tul servis pengangkutan awam mereka. Ketepatan masa tu mmg A!!

Jadi, jangan risau ye bila korang buat itenarary berpandukan google maps utk pengangkutan awam di negara Jepun ni. InsyaAllah, masa..tak lari jauh sangat melainkan korang yg melengah2kan masa, huhu.

Kami pun turun di Kinkaku-ji-michi Bus Stop dan berjalan kaki dalam 400m ke Kinkaku-ji Temple. Temple ni terkenal kerana bangunannya berwarna emas, di kelilingi tasik dan lanskap yg menarik. Apatah lagi sekiranya ketika itu musim Autumn ataupun winter..

Tiket masuknya sempoi jer, heheh.

Nak masuk situ kena bayar 400y. Kebetulan waktu yg sama ada beberapa buah bas persiaran yg membawa pelancong juga sampai. Maka, kitorang sedikit berebut ketika nak bergambar di satu spot popular di situ.




Ramai pelancong lain yg bergambar di situ..



Kat sini sekadar bergambar2 aje. Mmg cantik sangat lanskapnya.
Ikut jer laluan yg ada dan kemudian sampai ke jalan keluar. Kat situ boleh try beli buah berangan. Tapi rasanya sedap lagi buah berangan yg dibeli di roundabout Genting Sempah tu, hahahaha.

Tengok jam masih awal lagi. Bincang2 dgn anak2...kami amek keputusan akan ke Arashiyama Bamboo Forest petang tu jugak. Esok pagi kitorang leh check out dan keluar lambat sedikit. Kalau ikut itenarary kami....Bamboo Forest ni kami akan pergi esok pagi tapi bimbang kelam kabut dan tak sempat nak naik shinkansen dari Kyoto St ke Nagoya St seperti yg dlm jadual...tu yg tukar tu.

Masa sedang berjalan semula ke arah bus stop utk destinasi yg baru diputuskan tadi...kami ternampak sebuah kedai souvenir di situ. Berhenti sekejap belek2...nampak harga t-shirt yg dijual murah iaitu 1000y tak kira saiz. Tengok banyak jugak gambar tshirt yg menarik. Maka kami pun beli 7 helai t-shirt kat situ. Fridge magnet pun menarik dan harga yg munasabah...apa lagi sambar!!!
Bila dah beli souvenir kat situ...lapang sikit hati sbb sekurang2nya kitorang dh beli sesuatu utk dibawa balik. Tak risau dah sekiranya lepas2 ni nanti dah tak jumpa kedai2 souvenir menarik dan harga murah.

Bersambung..

Comments

Popular posts from this blog

Trip JEJU ISLAND : Balik dah

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember

Outing ke PENANG STREET ART