Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Berpagian di Bukit Cinta, BROMO

06.07.2019, SABTU

sambung dari Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Departure & Arrival

DAY 2


Jam 1 pagi kami dah bergerak untuk aktiviti Bromo Tour dari Hotel Seulawah Grand View di Batu.
Sempat jugak laa tidur sekejap dalam perjalanan dengan van besar tu. Kemudian, tukar jip di kaki Bromo sambung perjalanan ke Bromo.
Disebabkan kami 7 orang..maka Bachtiar sediakan 2 buah jip untuk membawa kami ke atas kawasan gunung yg popular dengan kawah gunung berapinya tu. Jalan2 yg berliku2 dan berdebu tidak memungkinkan kami untuk sambung melelapkan mata semula, huhu.

Ini adalah pengalaman kedua bagi aku dan abang. Kali pertama kami sampai ke sini pada bulan Ogos 2017.
Datang ke sini kali ini tidak seperti dulu. Dulu sangat sejuk, dingin sedingin dinginnya. Kali ni cuma dalam 10 darjah celcius sahaja. Kalau dulu...kurang lagi daripada ni. Bawah dari 5 darjah celcius mungkin. Waktu itu...sudah laa sejuk teramat sangat, deruan angin yg kuat, dahanan pepohon berlaga2 mengeluarkan bunyi seperti hujan yg sangat lebat. Kawah Bromo pun ketika itu turut mengeluarkan bunyi yg kuat dari dalam, ngeri bunyinya. Kali ni kawah cuma diam dan tidur sahaja.

Kedatangan kami kali ni walaupun masih sejuk tapi boleh bertahan, tidak perlu memakai sarung tangan. Kalau dulu...abes kebas dan gatal2 telapak tangan ni bila menahan sejuk dan perlu memakai glove. Skang ni rileks aje.

Cumanya, disebabkan waktu kami pergi kali ini adalah waktu cuti persekolahan di sana...makanya dikira peak season. Hari tu Bromo memang sangat padat dengan jip2 yg disewa oleh para pengunjung. Belum lagi dihitung dengan motor2 persendirian yg dibenarkan naik sendiri ke sana.


Tempat parking jip kami juga sangat jauh kali ni dari Puncak Penanjakan 1. Tak seperti dulu...hampir sahaja untuk mendaki sehingga ke sana. Tidak pasti kenapa pemandu jip cuma tunggu di situ sedangkan masih ada tepi2 jalan di atas sana yg boleh mereka parkir dan turunkan kami.
Disebabkan tempat parkir jip kami ni sangat jauh dari Puncak Penanjakan 1...kami terpaksa menaiki sebuah ojek (grab motor) dengan harga yg tinggi iaitu IDR50k (kira2 RM15) seorang dan satu motor tu...ada 2 penumpang di belakang. Bermaksud aku dgn abang bersempit menaiki motorsikal dengan si pembonceng motor dan kemudian membayar IDR100k. Sedangkan ketika tawar menawar...dia kata satu motor IDR50k.
Kitorang malas nak bising2...bayar aje lah. Kalau tau macam tu...baik kitorang naik sorang sebijik motor. Selesa macam Maton sorang2 aje naik berdua dengan pembonceng motor dan bayar IDR50k jugak serupa kami yg bersempit2 naik bertiga ni.

Tak naik ojek pagi2 begitu tak boleh jugak. Sejuk wehhh. Sejuk pagi2 mcm tu nak harungi jalan mendaki dengan kesesakan ojek dan jip yg berpusu2 naik ke atas tu, giler!!!

Bayaran IDR50k tu pun ojek hantar sampai ke point view di Bukit Cinta aje. Bawah lagi dari tempat kami pernah pergi dua tahun lepas, huh.
Jika nak ojek hantar sampai ke Puncak Penanjakan...perlu tambah lagi IDR50k. Jadinya, kitorang cuma turun kat situ aje lah. Dah laa tak tukar duit rupiah banyak, hmm.

Jadinya, selepas minum2 kopi, makan goreng pisang, tempe goreng kat warung...aku, Maton ngan mak cuma tengok sunrise kat area Bukit Cinta tu sahaja.
Abang pulak menemani anak2 mendaki sampai ke Puncak Penanjakan 1 untuk melihat view dari atas sana. Dah alang2 sampai sini...rugilah anak2 ni tak sampai ke Puncak Penanjakan melihat sendiri keindahan pemandangan keseluruhan Gunung Bromo, Gunung Batok dan puncak Gunung Semeru dari atas sana. Terutama ketika cahaya matahari mula masuk menerjah ke situ.

Katanya, sekali ganda perjalanan lagi untuk sampai ke situ dari Bukit Cinta. Patut laa lama dorang kat atas tu. Nak mendaki lagi waktu nak pergi...pastu nak turun pulak sampai ke tempat parking jip kitorang tu, uiiii...mmg nak tercabut lutut. Mujur laa semua selalu jogging ke Bukit Larut.





Aku kali ni cuma di sekitar Bukit Cinta sahaja. Menemani mak dan Maton.
Jadilah, dulu dah pernah sampai. Kali ni mmg tujuan nak bawa mak jenjalan pulak. Kat situ pun view cantik jugak cuma kurang sikit lah. Sejuk tetap sejuk...gigil jugak lah sebenarnya tapi disebabkan lemak aku ni pun banyak...boleh laa cover tolong2 panaskan badan ni, hahahahah.



Sesak suasana di Bukit Cinta...kami pun dah tak tau nak buat apa...maka amek keputusan untuk menapak perlahan2 menuju ke tempat parking jip yg jauh itu, huhu.
Abang ngan anak2 masih di atas. Nak mesej online...aku pun tak sempat lagi nak roaming pass dengan digi prepaid. Sampai hotel semalam sebok susun barang2 kitorang yg dah bercampur2 untuk bagasi yg check in. Barang2 tu barang2 toiletries mak, minyak2 ubatan mak, toiletries Maton. Sampai takde masa nak belek2 pasal roaming dah.








Datang kali ni mmg tak sama laa pengalaman yg aku dan abang perolehi. Walaupun datang di tempat yg sama tetapi tidak mungkin kita akan dapat pengalaman yg sama.
Kebaikan pada perubahan yg ada kat sana skang ni...dah banyak disediakan tempat2 untuk solat Subuh ketika aktiviti menunggu 'sunrise' di waktu syuruk. Satu pendekatan yg bagus dibuat sendiri oleh tuan2 warung kopi. Tandas pun banyak..ruang solat yg disediakan pun banyak.


sambung..

Comments

  1. Dalam wishlist nak ke sini juga sebab tengok kawan pergi hari tu, cantik betul tempatnya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Trip JEJU ISLAND : Balik dah

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember

Outing ke PENANG STREET ART