Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Departure & Arrival

05.07.2019
Jumaat

Day 1

Jam 4.00 pagi dah keluar umah, kunci umah, pagar...siap2kan bekalan untuk budak 5 ekor yg nak kena tinggal tu dan pi amek mak kat umah mak. Penuh alza hari tu. Dengan kami berenam...dengan beg2 lagi.

Singgah solat Subuh kat Hentian Sebelah Simpang Pulai dan kemudian singgah sarapan pagi di R&R Tapah.



Sampai di Putrajaya Sentral kul hampir 10pagi.
Cari parking pun pusing berapa kali. Mujur ada kosong kat tingkat bawah.
Jumpa Maton di area kaunter tiket KLIA Transit.
Dalam KLIA Transit...dari Putrajaya Sentral ke KLIA2 RM9.40 seorang.

Kalau KLIA2 ni...menyampahnya sebab nak jalan untuk boarding pass jauhnya yakmat. Sian laa ke mak.

Flight dari KL ke Surabaya jam 2.10 petang. Sampai di Juanda Airport jam 3.50 petang waktu Indonesia. Tempoh terbang dalam 2 jam 40 minit camtu.



Dari airport nak ke hotel di Batu perjalanan daratnya mengambil masa hampir 3 jam lebih jugak laa dengan van wisata disebabkan jem teruk. Katanya tengah musim cuti sekolah, hujung minggu pulak tu, kan...Maka orang Surabaya pun berduyun2 cari liburan yg banyak di Kota Batu dan Kota Malang, huhu. Walaupun dah ada highway yg cantik tapi kami sampai agak lambat jugak. Tu pun Bachtiar dah cilok sana sini...siap guna emergency lane lagi, adeiihh.

Besar van ni...takde laa sempit ngan beg lagi, kan..

Kitorang yg dok belakang tu pun sebenarnya dah rasa boring dah. Dah laa dari Taiping jam 4 pagi. Terus ke Putrajaya Sentral...terus ke KLIA2...tak cukup rehat lagi sampai laa dok dalam van tu, kihkih. Mmg aktiviti hari pertama ni dok dalam kenderaan aje lah. Dari kereta, naik tren, naik kapalterbang...naik van pulak...

Kalau korang sampai ke BATU ni...jangan lupa singgah makan kat Warung Mbok Sri, Batu Malang. Rekemen sebab sedap!!

Sampai di Batu...kami singgah makan malam dulu. Lapar dah perut ni. Kat RnR Tapah sarapan nasik lemak. Dalam kapal terbang makan nasik lemak. Makan kat sini baru puas sikit perut tu, hihi.
Suasana kat Kota Batu mmg sejuk mcm Genting Highlands waktu malam.

Pemandangan dari koridor bilik. Kitorang kat sini sat sangat. Tak sempat nak explore kat roof top.

Terus check in hotel. Sekejap aje pun dok hotel pertama ni. Jam 1 pagi dah kena gerak untuk Bromo Tour. Barang2 kami kena packing kemas elok. Nanti ada yg tolong amek, check out dan kemudian check in kan ke hotel yg lain pulak bila siang nanti.

Malam tu kitorang sempat tido kejap aje. Sejam lebih camtu. Nanti sambung tido dalam van otw ke Bromo.
Hotel ni terletak di Batu yg mmg kawasan sejuk. Pastu terletak atas bukit pulak tu. Jadinya walaupun mandi guna air panas...tapi bila dah mandi tu tetap rasa sejuk sangat, adeiii. Tak tahan ngan kesejukannya sampai rasa gatal2 tapak tangan menahan sejuk.

Hotel Seulawah Grand View ni...view mungkin lawa laa sebab atas bukit. Tapi tilamnya keras, bantal keras. Mujur ler beberapa jam jer kat sini. Jam 12 malam dah kena mula bersiap2 sebab kul 1 pagi Bachtiar akan datang ambil kami pergi ke Bromo Tour.


Al-kisah semasa check in di KLIA2
Skang ni di KLIA2...penumpang AirAsia dah kena check in semuanya sendiri. Semua perlu self services kat KLIA2 skang ni, hmm.

Semua keletihan...sambil menunggu waktu 'boarding'...amek peluang lelap sekejap cas tenaga dan cas hp, huhu.

Selain tiket yg dicetak di mesin kiosk...pelekat tag bag juga dicetak sekali dan kita perlu lekatkan semuanya sendiri di beg2 yg kita nak check in nanti.
Lepas tu...kena pi beratur pulak kat kaunter untuk timbang berat beg dan scan pelekat tag yg telah dilekatkan pada beg2 tu. Pening jugak ler memula. Kitorang beli berat luggage cuma 20kg aje untuk flight KL-Surabaya ni.
Kalau dulu..bila berat bagasi terlebih sedikit beratnya (cth: beli bagasi 20kg tapi berat terlebih 200gm)...staff di kaunter akan 'halalkan' jer. Skang ni bila timbang buat sendiri, check in beg buat sendiri....terlebih sikit 200gm pun tak boleh!! cis...gilos tul. Jenuh laa kitorang bukak beg pulak nak kurangkan berat yg sedikit sangat tu, huh!! Barang2 yg dikeluarkan tu transfer ke 'carry bag'. Mujur lah carry bag pun masih belum cecah 7kg, mmm..

Cuma yg bagus bila ada pengalaman cenggini.....sekurang2nya nanti bila naik pesawat lain di lapangan terbang tempat lain bebila laa nanti, kan.....takde laa terkial2 sangat dah,  heheh..



Comments

Popular posts from this blog

Trip JEJU ISLAND : Balik dah

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember

Outing ke PENANG STREET ART