Trip JEJU ISLAND 2018 : Jungmun Tourist Complex / Jungmun Resort

20.11.2018
SELASA

sambung dari Trip JEJU ISLAND 2018 : Cheonjeyeon Falls

Berada di selatan Jeju...Jungmun Resort ni adalah tempat tarikan terbaharu kat Jeju. Antaranya Ripley's Believe It Or Not Museum, Play KPOP, Yeomiji Botanic Garden, Teddy Bear Museum, Chocolate Land yg kitorang dah senaraikan untuk pergi di hari ekstra kami di Jeju.
*Pakej kami cuma 5h4m...tetapi kami berada di Jeju 6h5m, heheh..








Kat sini jugak ada restoran KFC yg mempunyai banyak patung replika atuk Colonel yg comel selain mempunyai restoran Yellow Cafe yg terkenal dengan Banana Uyu nya & Starbucks Coffee.



Ikut perancangan awal kami...selepas itenarary di hari kelima esok yg akan berakhir dalam jam 11 pagi...kitorang nak mintak Lyndon atau Wawa hantar ke Jeju International Airport tapi bukan sebab nak naik kapalterbang tapi sebab nak naik bas Airport Limousine 600 dari situ untuk ke Jungmun Resort.
Bayaran tiket sehala utk bas tersebut adalah W4500 & tempoh perjalanannya dalam 50minit. Tapi tak jadi pulak sebab dah singgah hari ni...memadailah. Untuk extra sehari tu...kitorang boleh plan xtvt lain.

Bersambung..

Comments

Popular posts from this blog

Trip JEJU ISLAND : Balik dah

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember

Outing ke PENANG STREET ART