Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Museum Angkut

06.JUL.2019
SABTU

sambung dari Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Kg. Warna-warni & Kg. Tridi


Selepas dah check-in di hotel lain...bersihkan diri balik dari Bromo Tour dan berehat sekejap cas tenaga. Kemudian kami keluar semula. Bachtiar bawak gi Museum Angkut yg dikhususkan kepada pameran pelbagai jenis kenderaan.
.
Tahun 2017 dulu kami pergi 3h2m sahaja. Memang tak sempat nak pergi sini. Dulu kecik jer tempat ni tapi sekarang dah semakin besar dan bermacam2 telah diadakan di situ selain tentang kenderaan. Alhamdulillah, kali ni ada kelapangan waktu...kami masukkan Museum Angkut dalam itenarary sebab bila google...menarik juga. Takde yg serupa macam ni kat Malaysia.

Kaunter tiket & juga pintu masuk untuk Museum Angkut..

Bayaran tiket masuk...kitorang tak tau sebab semua dah termasuk dalam pakej. Pak Supir bayar tiket...kami masuk saja, heheh. Malas pulak nak tanya pakcik Google. Cari sendiri laa, ye. Harga pun akan datang boleh berubah2.
.
Banyak bahagian yg menarik di dalam. Pintu masuknya sahaja dah macam kita nak masuk boarding pass kapal terbang tu. Siap ada pemeriksaan barang dan tiket oleh mereka yg berpakaian seperti pramugari.








Mula2 masuk ada bahagian motorsikal lama, basikal lama, kereta2 lama. Naik tingkat 1 pulak ada kenderaan pengangkutan dulu kala seperti kereta lembu.


Pemandangan dari atas bangunan Museum Angkut..

Naik ke tingkat 2 pulak...boleh pi masuk tengok replika roket, pesawat kecil, pesawat besar. Simulator pun ada jugak. Waktu tertentu ada jadual show dipertontonkan kepada pengunjung.
.
Turun ke bawah semula tetapi di bahagian lain..ada kereta lumba f1. Boleh sarung suit pelumba dan bergambar dalam kereta. Boleh juga bergambar di replika podium seolah2 jadi juara dengan memegang piala kemenangan.
.
Di bahagian luar pulak...ada pekan kecil Chinatown. Ada jugak bahagian kapal2 laut, bahagian gerabak keretapi. Ada bahagian kereta2 antik.






Yang paling happening adalah di bahagian negara US sebab kat situ dibuat seolah2 kita sedang berada di Hollywood. Kebetulan pulak masa kitorang masuk situ ada show menari nyanyi miming oleh artis2 museum sendiri. Masa kat sini terasa laa sikit taraf Museum Angkut ni ada lah macam USS, heheh..


Museum Angkut ni memang luas sangat. Kena luangkan waktu kat dalam tu paling tidak 2jam lebih untuk puas meronda tengok2 macam2 info dan bergambar dengan pelbagai pameran yg menarik.
.
Terdapat sebuah pasar terapung yg menjual makanan yg menarik. Terletak di luar bangunan Museum Angkut. Lain sikit suasananya dari pasar terapung di tempat lain. Sistem teratur dan bersih. Tapi kitorang tak sempat nak dok lepak situ pun...sebab perut dah lapar kriuk2 nak makan bakso di tempat lain.
.
Kat situ ada jugak kedai2 souvenir. Tak sempat nak belek2 pun. Banyak habiskan masa kat dalam museum tu jer. Ada beberapa bahagian yg kitorang tak dapat nak masuk. Masa suntuk, museum dah nak tutup.
Tak banyak gambar yg dapat amek sebab orang ramai dan pergi pulak di waktu malam. Kalau gi waktu siang pencahayaan lebih bagus untuk abadikan gambar kat situ. Ni pun banyak gambar dari kamera Sony milik Angah. Kalau harap kamera hp...gelap aje lah..muka tak nampak, huhu.

bersambung..

Comments

Popular posts from this blog

Trip JEJU ISLAND : Balik dah

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember

Outing ke PENANG STREET ART