Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Kg Warna-warni & Kg. Tridi

06.07.2019
SABTU

bersambung dari Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Padang Savanah Bromo


Kampung Warna-warni & Kampung Tridi ni sebelah menyebelah aje. Dipisahkan oleh sebuah sungai dan dihubung oleh sebuah jambatan kaca.
Masa kitorang gi tahun 2017 duluuu...jambatan ni baru nak dibina. Datang kali ni kitorang dah boleh menyeberang sungai tu dah untuk ke 2-2 buah kampung tersebut.








Takde apa yg menarik sangat pun kat sini selain idea dari siswa siswi sebuah universiti tempatan untuk menaik taraf ekonomi penduduk rumah2 setinggan di situ dengan bekerjasama mengecat rumah2 berwarna-warni serta dinding2 rumah dibuat lukisan mural 3D selain kreativiti tuan rumah untuk letak props, jual makanan atau apa saja yg boleh menarik minat pengunjung.
.
Berhampiran dengan 2 buah kampung ni...ada pulak Kampung Biru Arema (boleh google kalau nak tengok. Lawa tu lawa laa. Cumanya...bila tengok depan2 mcm kelakar lah pulak, heheheh). Dah satu kampung situ rumahnya warna biru, hahahaha. Macam penempatan anggota polis pulak gayanya. Aduii, macam2 lah dorang ni.
Tapi kitorang tak masuk pun kat situ. Konsep mereka sama aje. Masuk untuk bergambar kemudian share dalam fesbuk, dalam instagram.
Pilih lah nak masuk kampung yg mana satu kat situ. Sebabnya...nak masuk setiap kampung tu dikenakan bayaran jugak. Bukan gratis ye, buk. Cuma tak mahal lah. Boleh dapat key-chain free bila dah bayar tu.
Macam kitorang ni...dah termasuk dalam pakej. Takde laa terasa keluar duitnya setiap kali nak masuk tempat2 yg dah ada dalam itenarary kami tu.
.
Itenarary kitorang pergi ke dua buah kampung ni cuma memenuhi masa terluang aje sebelum check in bilik di hotel ke-2.
Sebenarnya, selepas Padang Savanah Bromo tadi...kami dah masukkan Madakaripura Waterfall dalam itenarary. Air terjun kat situ memang cantik sangat...macam berada di alam fantasi, gitu! Tapi kalau musim hujan...tak dibenarkan masuk ke sana sebab bahaya.
Kitorang ni pulak tak pergi bukan lah sebab musim hujan tapi sebab sian kat mak. Nak gi sana kena jalan kaki hampir satu jam jugak nak menyampai. Jadi, kami batalkan dan terus jer pergi lunch masakan nasi padang. Perut pun macam dah mintak makan dah, heheh.



Tertidur jugak lah dalam van sebab dari semalam tak cukup tido. Sempat tido kat hotel 1jam lebih jer malam tadi sebelum kena bergerak perjalanan ke Bromo jam 1.00 pagi.


Bersambung..

Comments

Popular posts from this blog

Trip JEJU ISLAND : Balik dah

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember

Outing ke PENANG STREET ART