Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Souvenir di New Zealand

Hari ni nak simpan citer pasal souvenir yg kami beli di New Zealand jer.
Kiranya entry khas ni, heheh..

sambung dari Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Day 10 - Skycity, Auckland | Bye2 bumi KIWI


Banyak souvenir yang best2 boleh dibeli di New Zealand ni. Seronok sangat masuk kedai souvenir dorang terutama di DF dan Kowhai. Rambang mata. Banyak pilihan.

Harga dalam nilai New Zealand Dollar memang nampak murah. Hati berkenan...tengok harga, kalau ok...amek! Belek lain pulak...berkenan jer amek masuk bakul. Nampak menarik...amek, kihkih. Bila bayar...nah!!! Semua souvenir tu kalau convert RM...jadi RM600 lebih, ko!!
Tak nah tau beli barang2 gini kat Malaysia sampai RM600 keluar duit sekaligus, aduuu.
Tu lah kan...kami ni bila jenjalan...atas rasa kasih memang ingat nak beli untuk semua orang. Tapi beli ikut kemampuan poket kami lah. Cuma tak tau laa..orang yg terima tu...sama ada kasih kat kita atau tidak. Hati ni ikhlas masa membeli dan masa memberi. Terpulanglah pada mereka.

T-shirt dah tentu lah beli jugak. Banyaknya beli di DF Queenstown. Beli yg harga offer, beli yg harga biasa. Banyak design lawa2. Kat Kowhai pun kami ada tambah lagi beli t-shirt. Kain kualiti..harga NZD10 sehelai, ok laa...kan.

Antara barang2 yg best untuk dibeli sebagai souvenir dah tentu lah anak patung kambing tu. Lembut, berkualiti..harga dari NZD9.90 ke atas. Memang laa berkualiti...bila dah convert harga RM tengok dekat RM30 jugak untuk sekor anak patung NZD9.90 tu, huhu.




Ni untuk anak pompuan ibu yg tak dapat ikut sekali tu... 


Selain tu...beli beberapa produk dari Manuka Honey. Memang kat NZ & selatan Australia jer terdapat madu dari bunga manuka ni. Katanya kat beberapa tempat lain pun ada spesis lain bunga manuka tapi manuka jenis tu tak mengeluarkan bunga yg diperlukan untuk pembuatan madu.
Bunga manuka yg menghasilkan madu ni mempunyai bahan antibakteria yg lebih baik dari madu lain.
Kitorang beli losyen dan serum untuk muka jer dari produk Manuka honey ni.

Ada jugak rasa nak beli serum untuk mata tapi disebabkan banyak nak beli barang lain untuk souvenir sedara-mara maka terpaksa laa lupakan beberapa produk manuka honey yg lain.
InsyaAllah, ada rezeki sampai lagi..kami nak beli mcm2 produk manuka honey ni untuk stok sendiri, huhu.
Madu manuka kami tak beli. Sebotol pun harga mahal dah sebab memang pior (pure). Tapi tengok yg dijual kat kedai GNC di Malaysia..harga RM300 lebih sebotol, weiii!!! Lagi mahal. Hmmm...dah sampai Malaysia, kan...huhu!!

Ok...yg ni kalau gi NZ...mesti beli sebab elok, wei. Harga nzd21.50 tu kami beli di sebuah kedai Arrowtown. Ingatkan dah murah dah harga tu. Rupa2nya kat DF lagi murah wei..tak sampai NZD20 pun sebotol. Kami beli lagi 2 botol di DF. Jadi, 3 botol semuanya. Skang tinggal lagi sebotol. Kalau dah abes ni...nak guna lagi kena laa beli kat Watson online...harga RM90 sebotol, huhu. Nanges...

Beg kain, losyen tangan dan badan. Wangi. Mahal wei losyen ni. Produk ada manuka honey. Dekat Malaysia pun aku tak pernah beli losyen gini mahal untuk guna sendiri. Ini beli nak bagi orang tau! Kalau orang tak hargai nak peleceh2 pulak lagi...tak tau laa, hmm...nanges. 

Lotion tangan. Tengok rege tu nzd8.70. Dalam RM26 sebotol tu...

Senduk nasik pun beli jugak. Asalkan ada tulis New Zealand jer...kitorang akan beli kalau menarik di hati, hihi. Tapi tengok harga jugak lah. Poket kata ok...baru ambil.

Ni bagi mak. T-shirt, senduk dan fridge magnet..

Senduk ni beli kat kedai Souvenirs At The Square di Christchurch. Gi jalan kaki beramai2 waktu malam ke kedai ni, huhu..

Beg kain, kambing dan kiwi..bagi kak nor dan Yui rasanya yg ni..

Fridge magnet beli set..

Ni aku punya. Nak gantung kat beg bagasi 20" tu.

Ni macam lapik/alas. Beli kat Kowhai Gift Shop..

Ni beli kat Kowhai jugak rasanya ni..

Fridge magnet pun macam2 jenis. Key-chain...ada yg jual sebumbun satu set ada 12pcs. Ada jugak yg kami beli key-chain yg dijual satu-satu.
Sebumbun key-chain & keychain ketip kuku...beli kat DF Queenstown.

Loket ni beli kat DF Christchurch. Adik ipar kirim.

Rantai dari cengkerang sejenis abalone yg unik terdapat di NZ.

Keterangan pasal cengkerang yg terdapat di NZ yg dibuat produk souvenir seperti rantai, gelang tangan dan lain2..

Buku nota kecil..
 
Rantai tangan..

Ini semua souvenir yg aku ngan somi beli untuk diri sendiri juga keluarga.
Kalau tengok along ngan angah ada beli lain2 souvenir eksklusif di Hobbiton, di Puzzling World Wanaka, dan souvenir rare kat DF & Kowhai..

Dengan ini berakhirlah kisah trip Neujilen 2018 kami. Semoga ada rezeki untuk kembali ke sini kembara lagi dan mungkin dengan motorhome pulak, InsyaAllah. Mudah2an termakbul doa kami, Aaminn..

T.A.M.A.T 

Comments

Popular posts from this blog

Trip JEJU ISLAND : Balik dah

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember

Outing ke PENANG STREET ART