Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Day 10 - Skycity, Auckland | Bye2 bumi KIWI

15.07.2018, SABTU

Bersambung dari Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Day 9 - Bridge of Remembrance, Christchurch | Auckland City

Skytower di Skycity, Auckland. Macam KL Tower jer lah lebih kurang. Along, angah dan Hadzwan berpeluang naik sampai ke atas tu.
-------------------------------------------------------------

DAY 10
Dari malam sampai lah ke pagi...hujan lebat membasahi bumi Auckland. Sedap jer tidur. Dah laa ekon..dengar pulak bunyi hujan kat luar tingkap. Tapi tu lah...bangun tetap lah kena bangun awal jugak ye.

Dari dalam apartment kami di waktu pagi..

Pagi tu sempat goreng ala wedges si kentang merah segar yg dibeli di Countdown, Dunedin kelmarin. Garam dah ditinggalkan kat Christchurch...jadi aku guna kiub pati ikan bilis untuk perasakan ubi kentang tu sebelum digoreng. Megi ada 3 bungkus lagi berbaki. Rebus sorang sebungkus untuk budak 3 orang tu. Ikan bilis juga digoreng bagi clear. Taburkan ikan bilis goreng dan makan bersama megi tadi.

Glo & span dari Malaysia pulak kena tinggal kat Auckland ni...

Hujan masih lebat di luar. Kami pasrah. Hujan adalah anugerah Allah. Kami perlu tempuh juga hari ini walaupun ia membataskan pergerakan kami untuk memenuhi itinarary hari terakhir di bumi New Zealand ini.

Nak tak nak...kami perlu check-out jam 10 pagi. Hujan tetap turun selebat2nya. Buntu kejap memikir. Kami perlu bawak 2 beg bagasi dan backpack sorang satu. Adalah sukar jika berjalan kaki dengan keadaan hujan yg sebegini lebat.
Akhirnya terpaksa mintak tolong reception kol taxi untuk ke Sky Tower. Disebabkan kami ada 5 orang..dua buah taxi diperlukan. Taxi bermeter...pemandunya orang Islam tapi tak tanya dia asal mana. Taxi kitorang cas $11.50 perjalanan dari Empire Apartment sampai ke Sky Tower.

Dah laa memang musim sejuk, hujan pulak. Tunggu kat luar dengan segala beg ni sementara yg lelain pusing2 di kawasan berdekatan Sky Tower...memang sejuk betul. Ada laa sesekali masuk jugak dalam lobi hotel tu menumpang panas.

Ada snow globe kat depan ni. Nanti kang ada yg tolong jaga beg...boleh aku masuk situ.

Kat skycity tu...kitorang nak simpan beg kat locker coin sebenarnya. Tapi tak nampak pulak locker coin yg berdekatan. Dah google memang ada satu tempat kat situ tapi tak jumpa sebab hujan membataskan pergerakan kami. Kalau kat Jepun...senang nampak locker coin di merata2 tempat. Tapi kat NZ ni memang payah sikit. Ada point2 tertentu aje dorang sediakan locker coin ni.
Jadi, aku pun jaga beg. Budak2 ni gi laa jenjalan dekat2 situ. Dorang pi naik Sky Tower. Bagi chance lah. Orang muda, kan. Duduk saja mesti bosan.





Atas ni antara gambar2 dorang masa kat atas Sky Tower tu. Siap makan aiskrim lagi, huhu. Sejam lebih jugak lah dorang berada kat atas tu. Naik sekejap jer...rugi pulak lah, kan. Dah laa bayar mahal.

Ni gambar dari hp abang. Abang punya hasil merayau, heheh..

Aku ngan abang berdua kat bawah ni pulak bergilir2 ronda2, jalan2, pusing2 tengok apa yg ada di sekeliling Sky City ni. Sorang kena stay situ jaga beg. Sejuk mak aihh. Dah laa memang musim sejuk. Hujan pulak tu.

Giliran abang pulak jaga beg..

Yg ni aku snap. Bas ni konsep macam bas HOHO di KL & Penang tu lah. Aku merayau dekat2 situ aje. Nak pusing jauh2 kang...abang risau pulak. Dah laa takde internet nak berhubung.

Aku dan abang berdua bergilir2 jadi penunggu beg. Kalau tak buat macam tu...tak dapat laa nak tengok2 sebahagian kawasan berhampiran di skycity ni.
Masa abang ronda pusing2 sengsorang dia tadi...adalah ternampak locker coin tu. Tapi masa tu aku rasa dah tak perlu nak simpan beg dah. Rugi aje sebab tempoh nak pusing2 cuma dah tinggal sejam lebih jer lagi sebelum kami menaiki skybus untuk ke airport semula. Tak berbaloi dan tak sempat pun dah nak ke Viaduct Lookout tu, mmm.

Sian lak tengok abang sorang2 melengung tunggu beg kat situ. Aku pun gi pusing2 sekejap aje. Nak tengok apa ada kat jalan depan2 sana tu. Nampak kedai kebab halal. Untuk makan tengahari..boleh laa nanti soh budak2 gi tapau kebab tu .

Kalau tak hujan...memang kami plan nak menapak sampai ke Viaduct Loockout di Viaduct Harbour. Dekat sangat dah dengan Sky City. Masa aku merayau sorang2 tu....nampak dah lokasi tu dari jauh. Nak pi situ dalam 11-15 minit berjalan kaki dari Sky Tower.
Lawa lah kawasan pelabuhan kat situ. Tapi tak mengapalah...takde rezeki. Sedangkan tak dapat pergi Milford Sound yg menakjubkan tu pun kitorang dah redho....inikan area Viaduct tu (senyum pasrah).
InsyaAllah, ada rezeki boleh sampai sini lagi. Allah Maha Pemberi Rezeki. Berusaha dan berdoalah selalu. Turun hujan hari itu bersama rahmatNya, berdoalah ketika hujan antara yg mustajab, sebagai musafir pulak tu...Allah Maha Berkuasa, Maha Mengetahui.

Bila budak2 tu dah turun...dorang pun dah selesai masuk Snow Globe tu..giliran dorang pulak jaga beg sekejap. Ibu ngan abah nak masuk pulak dalam Snow Globe tu. Merasa konon2 salji turun. Maklum lah...sepanjang kami berada di bumi KIWI ni...memang ada tempat yg bersalji tebal tapi pengalaman merasa salji sedang turun tu takde, huhu.

Inilah Snow Globe depan tempat aku tunggu beg tu, heheh..

Boleh masuk sini bergambar dengan percuma..


Salji fake ni katanya diperbuat dari bahan2 yg tidak membahayakan kulit & kesihatan manusia.






Itu saja lah aktiviti yang kami mampu lakukan di Auckland City sebelum pulang ke Malaysia. Itinarary yg sudah dirancang terpaksalah dilupakan. Kami lakukan aktiviti spontan sahaja. InsyaAllah, ada rezeki lagi...kami akan kembali kembara ke sini.

Kami berjalan kaki agak jauh jugak lah dalam 1km untuk ke bus stop khas Skybus. Rasa jauh tu sebab berjalan dalam hujan sambil membawa segala beg yang berat, huhu.

Tunggu skybus sampai...hampir 30 minit jugak lah. Uii, risau pulak lambat sampai kat airport. Flight kami jam 5 lebih. Jam 2 lebih perlu berada di airport untuk check in.

Dalam skybus. Mata banyak pandang ke luar bas. Tengok bumi Auckland. Tak tau lah bila boleh sampai sini lagi lepas2 ni. Harapan tu memangnya teramat sangat agar kami lima anak-beranak sampai ke bumi New Zealand ni lagi dengan Akiss sekali. Mudah2an ada rezeki itu dan dipermudahkan, Aaminn.

Makan kebab sebelum waktu check-in flight dibuka. Sempat laa makan dulu kebab yg dibeli kat kedai kebab halal berhampiran skycity sebelum menarik beg ke bus stop skybus untuk ke airport.

Nak keluar dari bumi NZ ni pun kena isi kad pelepasan.

Kat sini tunggu gate dibuka sambil cas fon. Ada kedai souvenir yg jual macam kat DF tu jugak tapi mahal sikit lah harganya. Maklum lah kat airport, kan. Kitorang tengok2 sajalah. Carry bag masing2 pun dah nak cecah 7kg dah ni, weh..huhu.

Kedai souvenir kat Gold Coast Airport kat belakang kami, Out Of Australia. Ada jer money changer kot2 laa kami nak beli souvenir Australia kat situ tapi keadaan macam tergesa2 aje. Lupakan aje lah.

Di Gold Coast Airport, transit dalam 1 jam 15 minit. Tapi bila dah melalui proses imigresen dengan carry bag dapat laa 10-15 minit jer duduk....dah kena panggil masuk perut pesawat semula. Tak sempat nak ke tandas pun sebab ramai orang tunggu giliran.

-------------------------------------------------------

16.08.2018, AHAD

Alhamdulillah, dah cecah KLIA2 jam 3 pagi. Walaupun awal pagi tapi terasa berbahang bila sampai Malaysia. Sedangkan turun dari Cameron Highlands pun...sampai Simpang Pulai dah terasa bahang panasnya...inikan dari NZ sedang musim winter pulak, aduiii lah....(bunyi macam berlagak, kan...hahahah. Tapi itulah kenyataannya).
Tengah tunggu grab datang amek. Banyak jer grab car sedang online waktu2 gini kat area KLIA. Hadzwan tunggu sedara dia yg datang amek.

Alhamdulillah, alza dalam keadaan baik menumpang teduh di Putrajaya Park & Ride, Putrajaya Sentral ni. Ini kali ke-3 alza tunggu kami kat sini dan inilah tempoh yg paling lama.

Terus hantar along ke rumah sewanya di Gombak. Kul 8 pagi nanti along dah mula kelas pertama, hari pertama di semester baru. Selamat belajar semula, along...

Alhamdulillah, dengan ini selesailah catatan pengembaraan kami berlima di bumi New Zealand selama 10 hari. Syukur atas rezeki yg dilimpahkan kepada kami dapat melihat keindahan bumiNya di tempat lain dengan perjalanan yg selamat dan dipermudahkan, AllahuAkbar.

Bersambung nanti entry last pasal souvenir yg kami beli di New Zealand.. ;) wink!

Comments

Popular posts from this blog

Trip JEJU ISLAND : Balik dah

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember

Outing ke PENANG STREET ART