Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Day 8 - Baldwin Street | Moeraki Boulders Beach
13.07.2018, KHAMIS
sambung dari Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Lake Waihola | Tunnel Beach | Dunedine Railway Station
Bayfield Motel ni memang best. Recommended kalau sesape singgah bermalam di Dunedin. Ada perkakas dapur asas yg lengkap, bilik selesa, heater yg bagus, bilik air pun bagus. Yg paling penting wifi dia takde limit dan laju. Tv besar.
Sementara panaskan enjin kereta...amek gambo dulu kat signboard motel.
Kena panaskan enjin lama2 dulu untuk cairkan ais yg memenuhi body kereta. Kalau tak..memang tak nampak laa nak tengok cermin depan tu. Juga menjadi satu kesalahan jika didapati memandu dengan cermin yg masih dipenuhi ais.
Bayfield Motels ni terletak 6-7minit jer dari bandar / railway station dengan berkereta. Masih dalam bandar tapi kurang bunyi kesibukan kenderaan. Tempat yg aman. Kalau dok situ pepagi jogging memang best lah.
Yg penting ada parking dan wifi free UNLIMITED. Kat NZ ni susah juga nak dapat tempat penginapan yg ada wifi free...apatah lagi unlimited. Bila dapat tu memang seronok sangat.
Kitorang pernah dapat motel yg ada wifi tapi kena bayar. Itu pun ada limit penggunaan dalam sehari tapi kami tak langgan pun.
Pernah juga dapat motel yg ada wifi free tapi ada had penggunaan dalam sehari. Dua buah motel yg unlimited wifi termasuk lah yg ni.
Dah check out pagi tu...kitorang singgah di pasaraya Countdown jap cari beberapa barang untuk masak kengkononnya nak masak kat Christchurch nanti. Along pilih2 kentang segar termasuk kentang warna merah. Konon2 nak goreng wedges laa kat motel di Christchurch malam nanti.
Aku lak tak lupa beli 13 biji buah kiwi gold untuk dibawa balik. Mujur beli kat situ sebab lepas2 tu dah tak masuk mana2 pasaraya dah rupa2nya, mm.
Destinasi pertama untuk itinarary hari ke-8 adalah Baldwin Street yg diiktiraf sebagai The World's Steepest Street. Katanya jalan paling curam dalam dunia. Tapi bila cuba mendaki...macam ada lagi jalan yg lebih curam kat Malaysia tu, heheh. Macam aje lah, hihi.
Tak tau laa macam mana dorang kira tahap kecuraman tu dengan jalan2 lain dalam dunia ni.
Tepi jalan ni (belah kanan untuk mendaki) ada jer dorang buat anak tangga. Naik ikut situ lagi senang. Tapi aku tak naik sampai atas pun. Dorang jer naik sampai atas. Aku masih dalam keadaan kurang selesa untuk bab2 daki dan turun balik ni. Jadi, sekerat jalan aje lah, heheh..
Lurus sampai ke atas. Memang kena guna gear paling rendah dan meneran ler enjin kereta tu masa nak mendaki. Sian lak aku dengar rintihan enjin jip masa jip tu nak mendaki jalan ni, hahaha.
Curam tak jalan ni??
Sebelum meneruskan perjalanan ke Moeraki Boulders Beach...kitorang ronda2 dulu kat University Of Otago yang terkenal di Dunedin ni. Sekadar nak tengok jer macam mana suasana kampus universiti luar negara ni.
Setting gps untuk singgah Moeraki Boulder.
Moeraki Boulders Beach ni dalam laluan nak ke Christchurch. Jadi, dah alang2 melaluinya...kami singgah laa kejap. Nak tengok jugak camne rupa batu2 bulat tepi pantai yg popular sangat tu. Kot laa jugak ada terjumpa singa laut dok bersidai kat situ, tapi hampa...takde, mm. Sob..sob..
Inilah batu2 bulat, separa bulat yg popular dan terletak di NZ ni. Ada yg kata macam tulisan artifak lama, macam bahasa alien pun ada, macam kepala alien pun ada. Tapi aku tengok macam otak aje, mm. Kan? nampak macam otak, kan?? heheh.
Sambil2 tu perati jugak kot2 ada ternampak anjing laut dok lepak2 kat tepi2 pantai tu...mm, takde jugak. Memang takde rezeki kitorang lah nak tengok anjing laut liar hidup di habitat mereka..bukan di dalam zoo.
Kalau datang NZ dalam masa yg singkat...boleh jer skip Moeraki Boulders Beach ni melainkan nak tengok laut NZ ataupun takut ralat bila dah lalu tapi tak singgah pulak (macam aku ler tu, hehe).
Bersambung..
sambung dari Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Lake Waihola | Tunnel Beach | Dunedine Railway Station
----------------------------------------
DAY 8
Hari ni kitorang check out ketika hari dah terang sikit. Lambat sikit keluarnya.Bayfield Motel ni memang best. Recommended kalau sesape singgah bermalam di Dunedin. Ada perkakas dapur asas yg lengkap, bilik selesa, heater yg bagus, bilik air pun bagus. Yg paling penting wifi dia takde limit dan laju. Tv besar.
![]() |
| Unit kitorang sewa dekat jer ngan laluan masuk ni. Nampak kan dorang tengah berdiri di kereta bonet terbukak tu, heheh.. |
Sementara panaskan enjin kereta...amek gambo dulu kat signboard motel.
Kena panaskan enjin lama2 dulu untuk cairkan ais yg memenuhi body kereta. Kalau tak..memang tak nampak laa nak tengok cermin depan tu. Juga menjadi satu kesalahan jika didapati memandu dengan cermin yg masih dipenuhi ais.
Bayfield Motels ni terletak 6-7minit jer dari bandar / railway station dengan berkereta. Masih dalam bandar tapi kurang bunyi kesibukan kenderaan. Tempat yg aman. Kalau dok situ pepagi jogging memang best lah.
Yg penting ada parking dan wifi free UNLIMITED. Kat NZ ni susah juga nak dapat tempat penginapan yg ada wifi free...apatah lagi unlimited. Bila dapat tu memang seronok sangat.
Kitorang pernah dapat motel yg ada wifi tapi kena bayar. Itu pun ada limit penggunaan dalam sehari tapi kami tak langgan pun.
Pernah juga dapat motel yg ada wifi free tapi ada had penggunaan dalam sehari. Dua buah motel yg unlimited wifi termasuk lah yg ni.
![]() |
| Pokok2 dan kenderaan dalam keadaan beku walaupun takde salji kat sini waktu itu. |
Dah check out pagi tu...kitorang singgah di pasaraya Countdown jap cari beberapa barang untuk masak kengkononnya nak masak kat Christchurch nanti. Along pilih2 kentang segar termasuk kentang warna merah. Konon2 nak goreng wedges laa kat motel di Christchurch malam nanti.
![]() |
| Depan pasaraya Countdown...main hembus2 asap mulut. Sejuk kan, kihkih. |
Aku lak tak lupa beli 13 biji buah kiwi gold untuk dibawa balik. Mujur beli kat situ sebab lepas2 tu dah tak masuk mana2 pasaraya dah rupa2nya, mm.
Destinasi pertama untuk itinarary hari ke-8 adalah Baldwin Street yg diiktiraf sebagai The World's Steepest Street. Katanya jalan paling curam dalam dunia. Tapi bila cuba mendaki...macam ada lagi jalan yg lebih curam kat Malaysia tu, heheh. Macam aje lah, hihi.
Tak tau laa macam mana dorang kira tahap kecuraman tu dengan jalan2 lain dalam dunia ni.
![]() |
| Aku sekali yg senget. Ni bukan apa ni...tetiba sorang mat salleh tu menegur dan bagi cadangan soh posing macam ni. Ikut aje lah selagi tak menjadi kesalahan dan kita pun menghormati mereka.. |
![]() |
| Nak tunjuk beza senget jalan ni dengan rumah. |
![]() |
| Ramai jer penduduk tempatan yg datang sini untuk jogging. Parking kat bawah...naik sampai atas..turun semula. |
Tepi jalan ni (belah kanan untuk mendaki) ada jer dorang buat anak tangga. Naik ikut situ lagi senang. Tapi aku tak naik sampai atas pun. Dorang jer naik sampai atas. Aku masih dalam keadaan kurang selesa untuk bab2 daki dan turun balik ni. Jadi, sekerat jalan aje lah, heheh..
Lurus sampai ke atas. Memang kena guna gear paling rendah dan meneran ler enjin kereta tu masa nak mendaki. Sian lak aku dengar rintihan enjin jip masa jip tu nak mendaki jalan ni, hahaha.
Curam tak jalan ni??
![]() |
| Apa yg ada di jalan paling atas.. |
![]() |
| Sedikit info tentang Baldwin Street. |
Sebelum meneruskan perjalanan ke Moeraki Boulders Beach...kitorang ronda2 dulu kat University Of Otago yang terkenal di Dunedin ni. Sekadar nak tengok jer macam mana suasana kampus universiti luar negara ni.
![]() |
| Setakat pusing sini aje lah. Tak pusing betul2 sangat pun. |
Setting gps untuk singgah Moeraki Boulder.
Moeraki Boulders Beach ni dalam laluan nak ke Christchurch. Jadi, dah alang2 melaluinya...kami singgah laa kejap. Nak tengok jugak camne rupa batu2 bulat tepi pantai yg popular sangat tu. Kot laa jugak ada terjumpa singa laut dok bersidai kat situ, tapi hampa...takde, mm. Sob..sob..
![]() |
| Sejuk tapi makan aiskrim...nikmat!! |
Inilah batu2 bulat, separa bulat yg popular dan terletak di NZ ni. Ada yg kata macam tulisan artifak lama, macam bahasa alien pun ada, macam kepala alien pun ada. Tapi aku tengok macam otak aje, mm. Kan? nampak macam otak, kan?? heheh.
Sambil2 tu perati jugak kot2 ada ternampak anjing laut dok lepak2 kat tepi2 pantai tu...mm, takde jugak. Memang takde rezeki kitorang lah nak tengok anjing laut liar hidup di habitat mereka..bukan di dalam zoo.
Kalau datang NZ dalam masa yg singkat...boleh jer skip Moeraki Boulders Beach ni melainkan nak tengok laut NZ ataupun takut ralat bila dah lalu tapi tak singgah pulak (macam aku ler tu, hehe).
Bersambung..

























Comments
Post a Comment