12.07.2018, RABU
sambung dari
Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Nugget Point Lighthouse
-----------------------------------------------
Cuaca semakin normal bila berada di perjalanan menghala ke Dunedin ni. Dah tak perlu jaket tebal pun di waktu tengahari walaupun masih memerlukannya di waktu malam dan awal pagi, hehehe.
Dalam perjalanan ke Dunedin..kami berhenti bukak bekal dulu untuk makan tengahari. Lapar dah. Dapat satu lokasi yg menarik, yg ada tasik, yg ada menyediakan meja kerusi untuk memudahkan kami membuka bekal dan menikmati makanan ala kadar tu. Yang penting...ada tandas jugak untuk sumber air bersih basuh tangan dan juga membuang air, heheh..
 |
| Kat Lake Wanaka ada lonely tree. Tapi kat Lake Waihola ni ada lonely slide, tau!!. Tak pasti laa kenapa dorang boh slide ni kat situ. Padahal playground penuh ada kat atas tu, mm. |
 |
| Bukak bekal. Untuk tengahari tu..aku masak kari ayam (brand TEGEL) dan telur dadar. Jadi lah...asalkan perut kenyang, kan.... |
Kat situ pun angin bertiup kuat betul. Tetiba terasa sejuk semula, hahahah. Rasa nak menyorok di belakang pokok jer sebab nak lindung dari angin kuat yg bertiup dari arah tasik tu. Bekas makanan pun pantang lepa..dah mula bergerak nak diterbangkan angin.
 |
| Rail dorang ni ada laa macam scene dalam citer Walking Dead tu, heheh.. |
Bergambar dekat rel keretapi.
Kat NZ ni...sekali jer kami dapat tengok keretapi lalu. Kereta kami parking kat seberang rel tu sebab ada jentera berat sedang menurap jalan.
Dah kenyang, dah ke tandas dan siap sedia semua..kemudian meneruskan perjalanan ke Tunnel Beach.
Bila dah sampai sini...dah parking...perlu menuruni bukit curam untuk sampai ke Tunnel Beach. Masa tu walaupun sejuk sikit tapi badan rasa panas jugak sebab mengeluarkan tenaga menuruni bukit yg curam.
 |
| Suka sangat ler dengan peti pos berderet gini, heheh.. |
 |
| Pintu masuk nak ke Tunnel Beach.. |
 |
| Apa lagi, jom!!! |
 |
| Hati2 melangkah. Jalan ni memang curam. Nak turun tu takde masalah sangat..kena kontrol lutut aje. Tapi masa nak naik semula tu lah nanti...menonggek kot. Segala anggota kaki diperlukan untuk menyokong langkah demi langkah, huhu. Banyak tenaga diperlukan. |
Berhenti bergambar.
Baju jaket berbulu di leher ni...sampai Dunedin aje lah aku pakai. Sepatutnya bila dah tukar plan B..aku kena tukar jaket merah tu tapi disebabkan barang2 dah kemas elok dalam beg..malas pulak nak selongkar cari. Tu yg pakai jugak tu.
Kalau dah ikut plan B...kawasan situ dah tak sesejuk di Fiordland dah walaupun masih sejuk, heheh. Malam ni kemas barang...baju ni dah tak keluar lah dari beg sehinggalah nak basuh kat Taiping nanti.
 |
| Nampak dah...tapi jauh lagi tu. Selekoh beberapa lagi nak kena lalu tu baru sampai, huhu. |
 |
| Makin dekat. Aku sampai sini aje lah. Yg lelain meneruskan perjalanan sampai ke bawah. Dah alang2 sampai. |
 |
| Bergambar dengan bunga kuning yg banyak kat sini. Ada kawan kata...nama bunga ni Bluff. |
 |
| Nampak rumah2 penduduk kat sini di tepi lereng Tunnel Beach ni. |
 |
| Tu laa Tunnel Beach.. |
Abang, along, angah dan Hadzwan turun sampai ke bawah. Dah sampai...rugi pulak tak tengok betul2, kan. Alang2 tu....turun jer lah sampai bawah. Bila lagi. Lain kali kalau ada rezeki ke NZ lagi...boleh pergi tempat lain yg menarik kami tak sempat pergi lagi, InsyaAllah...mudah2an Allah makbulkan.
Aku tak turun sampai bawah. Tunggu jer kat pertengahan jalan tu sambil menikmati pemandangan laut dari situ. Bukan tak nak turun...tapi ada sebab lain laa yg menyekat aku untuk join dorang turun.
Gambar2 di bawah ni adalah dari kamera dorang.
 |
| Tengok budak 3 orang tu...amboii, bukan main santai lagi kat situ, hehehe.. |
 |
| zoom in sikit... |
 |
| Air pasang petang2 gini. Kuat jugak ombak datang menghempas pantai. |
 |
| Mat kpop dok tepi2 tebing.. |
 |
| Tu...tengok gelagat budak 2 orang tu. Bergilir2 amek gambar memasing, hahaha. Ibu perati jer gelagat dorang dari atas tu. |
 |
| Tebing berbatu yg paling dekat ni dah nampak mcm kepala penyu pulak. Bermata, berhidung, bermulut, hehehe.. |
 |
| Dorang kata...sakit jugak kaki mendaki semula nak ke tempat parking dari Tunnel Beach tu. Jalan memang curam. Nak turun sini mmg kena fit lah. Kalau tak fit...perlukan masa yg lama lah untuk tempoh turun dan naik semula tu sebab perlu jalan perlahan2 untuk jaga lutut, kan.. |
Seterusnya ke
dun..dun..dunedin....dun dun dunedin dun dun dun dunedin!! Lagu comel si pipi merah Siti Nurhaliza, heheh.
Kitorang nak ke Dunedin Railway Station sebelum check-in. Sebabnya, kalau dah check-in...susah laa nak keluar semula. Aku perlu masak dan segala keje lagi lah termasuk nak keringkan pakaian yg tak kering masa basuh di Te Anau
(sidai kat heater, heheh. Tak digalakkan buat gini tau! Kitorang terpaksa, mm).
Dah sampai Dunedin ni...mesti kena bergambar di bangunan stesen keretapi dorang. Ini adalah mercu tanda Dunedin.
 |
| Tak dapat nak snap penuh bangunan sebab kena lintas jalan dulu. Ada sesi outdoor untuk wedding fotoshoot waktu kami berada di situ. |
 |
| Bangunan kedai, hotel di depan Dunedin Railway Station. Bandar Dunedin ni best jugak. Mesti kena dok sehari sini untuk explore bandarnya yg punya bangunan2 menarik. Tapi, kitorang tak cukup masa, mmmmmm. Tak pe lah. Kita terima dengan syukur rezeki yg Allah dah bagi ni. InsyaAllah, ada rezeki lagi kita datang lagi. |
 |
| Dah masuk senja. Bangunan ni ada iras2 stesen keretapi Ipoh, kan! |
 |
| Sempat ke bahagian belakang iaitu tempat penumpang menaiki keretapi ni untuk bergambar dengan jam dan signboard Dunedin tu, heheh. |
 |
| Masuk Maghrib dah. Operasi keretapi pun dah tamat untuk hari tu. Kaunter pun dah tutup. |
Tak lama pun kat situ..kami pun setting gps untuk ke Bayfield Motel. Dah booking pagi tadi melalui
booking.com semasa OTW dari Te Anau ke Kaka Point. Untuk malam ni saja kami tak booking sesiap sebab dah tau ada plan A & B. Alhamdulillah, dapat harga mampu dibayar dan lokasinya yg bagus juga. Semua di hujung jari.
Bersambung...
Comments
Post a Comment