Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Day 9 - Bridge of Remembrance, Christchurch | Auckland City

14.07.2018, FRIDAY

bersambung dari Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Oamaru Historic Town


---------------------------------------------------------
DAY 9
Pagi tu masak tah apa2 jer. Yg ada kat dapur apartment ni jug letrik dan microwave aje. Tak tau nak masak apa selain bukak maggi dan cuba rebus telur. Tak reti pulak bila apartment tak sediakan dapur jenis stove ni. 

Kicap cap Mudim, produk Malaysia yg berwarna gelap sudah menetap di Christchurch sebab kena tinggal, huhu..sian pulak. Ni semua antara barang2 yg kena tinggal di motel sebab kitorang nak terbang ke Auckland semula maka kena kurangkan barang. Lagi pun takde plan nak memasak beriya dah kat Auckland nanti tapi minyak masak, kentang segar yg dibeli di Dunedin pagi semalam, megi dan ikan bilis mentah yg masih ada kena laa bawak. Sayang pulak nak tinggalkan. Akan dihabiskan di Auckland nanti.

Mesti ada gambar di depan signboard setiap motel yg kami menginap sepanjang di New Zealand.

Apartment ni berada di dalam city. Selesa, tandas/bilik mandi pun selesa. Itu aku memang suka lah...memudahkan untuk membuang, kihkih. Cumanya.....dorang tak sediakan dapur ada stove tu. Perkakas asas pun disediakan 'asal ada', jer, huh!!!

TV dorang sediakan chanel berbayar macam Astro. Tapi tu lah...rancangan realiti tv dorang ni terbukak dua program yg tak bagus untuk mata dan minda, hmm. Anak2 yg study kat luar negara ni hati memang kena kental, iman kena kuat, berdoa banyak2 dijauhi perkara2 yg boleh memudaratkan. Terlalu banyak ujian dan dugaan apabila jauh dari keluarga ni. Sedangkan duduk dekat mak pak pun macam2 boleh jadi, mm..

Mural ni kat seberang jalan motel tadi tu jer. Sementara tunggu budak2 tu check2 bilik kot ada barang tertinggal..ibu bergambar dulu kat sini.

Check out pagi tu. Terus gi cari tempat cuci kereta self service. Buleh guna duit syiling $2 ataupun swipe kad kredit. Kitorang takde kad kredit...jadi gunalah duit syiling aje. Mujur ada beberapa keping $2..boleh laa digunakan untuk tujuan cuci kereta ni.

Cuci kereta gi yg self service aje. Sabun lain masuk duitnya, sembur air kena masuk duit lain...vacuum lain pulak duitnya. Kesemua $10. Kira jimat laa tu. Kalau basuh di car wash biasa...dalam $20 jugak lah keseluruhannya. Dah riki2 dah dalam google.


Buih sabunnya warna pink...



Pasir dalam kereta tu memang banyak sebab kereta dorang ni tak boh lapik getah langsung. Kalau ada lapik getah...boleh jugak laa tapis2 pasir tu tak sampai ke carpet lantai kereta tu, kan. Senang laa jugak kami cuma perlu angkat lapik getah dan buang pasir kat luar aje...mm.

Kami bekerjasama basuh kereta ni. Ikutkan takde dalam syarat rental car untuk cuci kereta dorang tapi kereta ni 6 hari jauh perjalanannya. Lalu salji, lalu hujan, lalu lecah, pasir...memang kotor dan berdebu lah. Kami sendiri amek inisiatif sendiri nak cuci. Sambil jaga imej pelancong dari Malaysia.
Ikutkan dorang cuma nak tangki minyak penuh semula aje. Jika ada kerosakan takde masalah sebab semua dalam insurans zero excess.

Dah selesai kitorang gi semula ke kawasan Christchurch City sebab nak ke DF Souvenirs. Ada jer lagi nak membelinya, heheh..

Sinar pagi di Christchurch.

Lengang aje jalan di Christchurch city pagi tu..

Parking percuma tak jumpa pulak kat sini. Kami parking di kotak berbayar. Bayar aje lah...kami kat sini cuma sejam aje lebih kurang.

Sementara tunggu kedai tu bukak...kitorang ronda2 dekat situ. Tempoh leh kat situ cuma 60 minit aje. Parking berbayar kali ni. Bayar di meter elektronik dan tidak bertiket. $3 berapa sen ntah untuk satu jam parking. Ok lah tu...dari kena saman lagi teruk nak membayarnya, weiii!!

Bridge of Remembrance ni kebetulan dekat jer dengan DF Souvenirs. Jadi, kami pun tak lepaskan peluang bergambar dengan salah satu mercu tanda di Christchurch ni. Kedai DF pun tak bukak lagi.






Tak dapat gi Christchurch Botanic Garden...dapat bergambar area sini pun jadi lah.


Kedai DF Souvenirs tak bukak lagi tu. Lampu pun tutup lagi...

Cik abang dah tak sabar bila nampak lampu kedai sudah dibuka tapi pintu masih berkunci lagi, kihkih. Kitorang adalah customer yg paling awal pagi tu. Staff kedai pun terkejut dengar kami memang tunggu kedai dorang buka dari tadi, heheh...

Depan kedai ni ada rel tram. Tak berkesempatan juga nak cuba naik & bersiar2 di Christchurch city dengan tram ni. Itinarary kami lebih kepada luar dari city. Ini pun sebab ikut plan B..boleh laa sampai sini. Kalau ikut plan A...kitorang dari Oamaru terus ke airport jer hari ni. Lagi laa tak sempat nak merayau sikit pun kat Christchurch city ni.


Dah puas hati membeli terus gi ke arah airport dan pulangkan kereta terlebih dahulu sebelum check in terbang semula ke Auckland.
Menuju ke airport.. Tapi perlu singgah stesen minyak dulu untuk mengisi petrol penuh tangki seperti yg disyaratkan. Masa kami ambil kereta ritu memang petrol nya penuh. Jadi, kena laa penuh mcm tu jugak sebelum dipulangkan.

Nampak jejambat ni memang dah dekat lah dengan Christchurch airport.

Apa2 hal...kena pulangkan kereta dulu. Alhamdulillah, kereta tiada apa2 masalah. Lagipun sewaan kami dilindungi dengan insurans zero excess.
Dah serah kunci..driver van shuttle APEX hantar kami ke airport. Jarak ofis / depot APEX Car Rental ni dengan airport dalam 3-5 minit aje.


Dah check in...masuk awal2 dalam balai pelepasan. Boleh rehat berwifi percuma sambil cas henpon. Sebenarnya...rasa sedih jugak nak tinggalkan bumi South NZ ni. Rasa tak puas lagi meneroka tempat2 alam semulajadi yg cantik2. Semoga ada rezeki kami sampai lagi ke bumi New Zealand ni, Aaminn....


Relax...kembara hampir berakhir.

Dari dalam JetStar. Nampak lekuk2 gunung ganang yg bersalji di atasnya..

Pengalaman naik JetStar..

Muka berlengas dah ni...

Dah sampai...tunggu beg.

Keluar dari airport...kami cari bus stop untuk SkyBus. Kat sini dah tak sewa kereta dah. Naik bas jer dari Auckland airport untuk ke Auckland City. Sini payah nak jumpa tempat penginapan dalam bandar yg menyediakan tempat parking percuma.
Skybus ni kalau beli tiket return untuk grup...harga yg ditawarkan lebih murah. Kalau tak harganya $18 one way & $32 return. Tapi sebab beli dalam grup kami dapat $150/return untuk 5 orang. Tapi tiket ni tak boleh hilang lah. Esok nak balik..nak guna bas ni lagi untuk ke airport semula. Driver akan scan sekali lagi. Sebagai langkah keselamatan..snap gambar tiket ni elok2. Driver boleh scar bar melalui gambar tu jer sekiranya tiket TERhilang.

Snap gambar tiket. Jika terhilang tiket ni...driver skybus akan scan bar tiket dari gambar tu jer.

Jauh jugak dari airport nak ke bandar Auckland. Masa mula2 sampai ritu...kitorang cuma di sekitar berdekatan airport sahaja.


Dah turun di bus stop...kami perlu berjalan kaki untuk ke Empire Apartment iaitu tempat kami menginap lagi semalam di New Zealand sebelum pulang ke Malaysia esok petang.
Dalam perjalanan berjalan kaki tu..memang akan melalui University of Auckland ni. University ni pernah laa hantar emel menerima permohonan along untuk sambung degree kat sana. Along pun dah siap riki online bilik sewa murah kat area mana yg berhampiran dengan university ni. Tapi pointer along tak berapa kemas untuk mendapatkan tajaan bersyarat MARA yg ketika itu MARA pun dengarnya tengah tenat dengan kewangan mereka.
Sebenarnya along nak sambung bidang yg sama kat University of Canterbury di Christchurch tapi syarat MARA untuk dapatkan tajaan mereka adalah dalam universiti 100 ranking dunia sahaja. University of Auckland sahaja yg berada dalam list 100 tersebut.
Takpe lah Along..sambung di UNIKL pun ok lah, kan. Dapat jugak gi jenjalan sana. Perbelanjaan pun tak banyak.

Empire Apartment ni memang betul2 di Auckland City cuma kawasannya menuruni bukit. Bila nak ke city semula...kami perlu mendaki bukit, adeii.

Masa sampai tu hari dah nak gelap...ujan renyai. Bawak pulak beg berat perlu berjalan kaki menuruni bukit...fuh, berpeluh jugak walaupun dalam keadaan sejuk2 tu.

Lapar perut..sampai2 bilik terus buat megi.

Nak ke bandar cuma berjalan kaki sahaja nak ke mana2 tempat menarik dalam bandaraya Auckland tu dari apartment kami tapi tu lah...hujan rahmat turun dari malam sampai lah keesokkan harinya.

Malam tu...kami keluar. Jalan kaki ikut gps..cari kedai makan halal. Kat Auckland city ni banyak kedai makan halal. Kami nak cari nasik. Jumpa satu food court. Ada 3 kedai halal di situ tapi cuma 2 jer yg bukak.



Kat sini takde jual air teh tarik, air sirap ke hape. Ada cuma air tin, air botol sahaja. Kitorang pilih air mineral cukup lah.
Portion setiap menu...masyaAllah, banyak bukan main. Buleh dua orang makan. Kalau tau tadi...oder satu aje kongsi dua orang dah memadai dah. Jenuh nak bagi habes walaupun tetap tak dapat nak dihabiskan. Tapi masakan tu sedap lah...

Selepas makan tak dapat nak pusing2 city malam tu sebab hujan. Kitorang amek keputusan balik apartment aje. Berehat. Harap esok tak hujan sebab nak jalan2 sekitar Auckland city yg dah diletak dalam itinerary.

Bersambung...

Comments

Popular posts from this blog

Trip ke JEPUN 2018 - Day 8 : GALA YUZAWA

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Taman Langit

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember