Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Lake Lyndon & Check-in 219 on Johns Motel & Holiday Park

08.07.2018, AHAD

sambung dari Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Arthur's Pass | Castle Hill

Lake Lyndon di laluan untuk ke Arthur's Pass dari Christchurch..

Hari masih hujan ketika kami meneruskan perjalanan ke arah Christchurch semula. Masih lebat tapi lembut seperti salji. Mungkin kalau sejuk lagi...salji yg turun ketika itu tapi takde rezeki kami untuk merasainya.


Otw dari Castle Hill...tertarik hati pulak nak singgah kat satu tasik yg cantik ni. Namanya Lake Lyndon. Tengok pemandangannya, Subhanallah....cantek betul kalo shooting pengantin kat sini. Romantik abes kalau dapat buat.

Gunung bersalji tu di seberang jalan besar yg memisahkan dengan tasik yg indah ni....

Smart kan RAV4 putih di tepi tasik gini..




Yg ni itenarary spontan...sbb dalam perjalanan. Pantang nampak view cantik...rugi pulak rasanya kalau tak berhenti sekejap snap2 gambar sebagai kenangan, kan. Katanya...tasik ni kalau suhu lagi sejuk...airnya di lapis atas akan membeku. Di sekelilingnya memutih dengan salji (buleh laa google kalau nak tengok gambarnya).

Kemudian..kami teruskan perjalanan. Tak boleh berlengah2 sangat. OTW ke Castle Hill tadi mmg dah nampak pasaraya Four Square ni tapi tak tau di lokasi mana. Risau dah tak lalu situ bila kami dah setting gps untuk terus ke check-in bilik.


Alhamdulillah, rupa2nya masih melalui jalan yg sama. Pasaraya Four Square tu terletak di pekan Darfield..sebuah pekan yg tenang jer. Kat situ kami beli telur, air mineral, sayur-sayuran, roti putih..sebagai tambahan kepada barang2 makanan yg dibawa dari Malaysia.

Selesai di situ...gps terus bawa ke 219 on John Motel & Holiday Park. Jauh jugak lah. Kami melalui semula jalan di depot ofis APEX tadi, melalui berhampiran airport..

Mujur ada lagi yg menjaga kaunter check in. Semua penginapan di NZ walaupun booking di booking.com tapi kami bayar di kaunter. Masa buat penempahan online...booking.com akan minta no. kad kredit/debit untuk security sekiranya pelanggan buat hal. Kalau takde apa...ok jer.

Ni yg menyambut kedatangan kami nak check in masa tu. Nak tukar duit syiling juga untuk guna mesin di laundry nanti.

Aku tempah apartment satu bilik (kalau apartment kat Msia kita bayangkan luas laa, kan..hihi). Kat sini mcm Jepun jugak laa. Ngam2 aje. Bilik tu ada 3 katil single untuk along, angah dan Hadzwan.
Katil double kitorang kat ruang tamu tu aje.
Ruang tamu jugak ada satu sofa 2seat dan meja makan.

Biliknya ada private bathroom dan dapur sendiri. Dari kesemua dapur tempat penginapan kitorang di NZ...aku paling selesa dengan dapur di motel ni. Semua peralatan lengkap!! Aku memasak dengan rasa gembiranya. Takde rasa stress pun, hahaha..

Masak nasik dengan periuk comel kami bawa dari umah...ngee

Goreng sayur, telur dadar, sadin. Nasik penuh periuk tu 3 pot kecik beras. Tak lepaskan peluang beli buah kiwi gold. Pergh!! fresh, sedap, manis....tak puas makan!

Sementara ibu memasak...anak2 pergi mendobi pakaian di bilik laundry. Sambil2 tu dorang meronda di laman motel. Situ jugak tempat motorhome dan caravan boleh sewa untuk kemudahan campsite...

Sejuk kat luar ni...mujur tugas ibu memasak aje, heheh. Abah dah rileks laa sebab memandu jauh dah, kan.


 Pengalaman pertama mereka gunakan peralatan di bilik laundry. Kena bayar NZ2 untuk membasuh dan NZ3 untuk mengeringkan pakaian.

Kat sini takde free wifi. Kalau nak kena langgan kat kaunter.
NZ ni internet memang mahal, mmm..

sambung...

Comments

Popular posts from this blog

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Goa Pinus & petik apel

Trip JEJU ISLAND 2018 : Jungmun Tourist Complex / Jungmun Resort

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember