Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Arthur's Pass | Castle Hill

08.07.2018, AHAD

sambung dari Trip ke NEW ZEALAND 2018 : DAY 3 - Kisah JetStar & APEX Car Rental


Dah dapat kereta tadi...kami pun meneruskan perjalanan itenarary pertama di South Island. Dengan menggunakan google maps...kereta menghala ke Arthur's Pass dan sepanjang laluannya mempunyai pemandangan gunung ganang yg sangat memukau, Subhanallah.

Melalui pekan2 kecil yg tenang...tepi2 gunung ganang yg penuh dengan kambing biri2 sedang meragut rumput.

Hujan rahmat menyambut kami sepanjang perjalanan. Kereta terus meredah hujan dan sedikit berkabus ketika kereta mulakan pendakian di jalanraya yg curam, banyak selekoh. Perlu berhati2 kerana jalan kemungkinan licin. Risau jugak ada black ice sebab suhu semakin sejuk dan terdapat salji di puncak gunung ganang di kiri dan kanan.
Banyak look point lookout yg disediakan tetapi kami tak dapat nak berhenti disebabkan hujan dan agak cuak nak berhenti. Keadaan jalan yg licin dan merisaukan.




Dah parking...terus sahaja berjalan kaki ke Castle Hill. Perlu berjalan dalam 300m untuk sampai ke Castle Hill tu.
Di sini masih hujan tapi kitorang tetap redah sebab dah sampai....rugi lah pulak tak pergi jejak sampai ke situ. Apatah lagi ada 2-3 famili mat salleh pun redah jugak ke sana. Kelihatan sekumpulan pelajar Malaysia yg belajar di NZ ni pun redah sama..kitorang pun jadi yakin untuk enjoy melihat kejadian alam semulajadi yg terdapat di situ.



Nampak kan tempat parking tu. Jalan nak ke Castle Hill tak jauh mana pun. Dalam 300m jer kot.


Waktu ni memang tengah hujan tapi ia turun dengan lebat tapi lembut. Dalam gambar pun tak nampak hujannya. Hujan komplit sekali dengan angin kuat yg menyebabkan rasa sejuk teramat....
**Alhamdulillah, hujan rahmat yg turun. Esok2 tu takde pun antara kami berlima yg sakit demam, syukur.





Tu jalan dari tempat parking. Tunggu budak dua orang tu lambat jalan. Berhenti bergambar agaknya.


Jom...kita terus melangkah tengok batu2 hitam yg macam2 saiz ada ni. Dari sekecik2 batu biasa sehingga sebesar2 rumah pun ada.
Kat sini adalah salah satu tempat dan lokasi shooting filem The Chronicles of Narnia.

Ni lencongan laluan atas bukit kalau nak tengok batu2 sebelah kiri laluan asal..



Jaket kitorang tu basah lencun tu sebenarnya, heheh..

Grup pelajar Malaysia (study kat NZ) tadi tu...dorang naik sampai ke puncak batu yg besar tu. Kitorang cuma naik sampai belakang batu tu aje. Tu pun dah rasa jauh sangat kitorang pergi. Tapi kalau tak pergi...rugi pulak. Tak tau kat belakang tu camne view nya, kan. Dah sampai kot!! hahaha..



Dah diberi amaran bahaya kat situ. Maka berhati2 lah, ye.
Batu ni mmg nampak kukuh tapi dibimbangi jika terjadi gegaran gempa bumi...mungkin kedudukan batu2 ni akan terjejas juga.

Aksi berlari2 ni en.somi yg soh buat...heheh..


Ni antara view di bahagian belakang batu2 besar tadi. Sebenarnya lagi menarik tapi bila hujan ni pemandangan pun terhad sikit dengan kabus dan penggunaan kamera pun terhad jugak.
Boleh laa nampak sikit2 gunung2 yg bersalji walaupun sedang berkabus.


Kat atas tu ada tandas awam jugak. Comel jer.
Pihak Tourism NZ ni sangat prihatin dengan kepentingan tandas. Tetap ada satu walaupun di ceruk2 lokasi sebegini. Masih dikategorikan bersih walaupun tiada air disediakan, hehe. Mungkin bakteria tak sempat nak beranak sebab kesejukan kot, kihkih. Cuma bau busuk hancing tu ada laa jugak, hmm..

Aksi ni pulak en.somi sendiri nak buat. Aku kena jadi fotografer nya..heheh..

Selepas Castle Hill...kitorang tak pergi pun sampai ke Arthur Pass Railway Station mahupun Otira Viaduct lookout yg popular bergambar dari atas bukit nampak jambatan / jalanraya di Arthur Pass tu. Kami dah kesuntukan masa. Kami perlu singgah supermarket untuk beli barang2 mentah memasak, kami perlu cari hotel yg kami dah booking & check-in, aku perlu memasak, kami perlu bersihkan diri, makan, perlu mendobi pakaian....mm.

Nak balik ke arah Christchurch semula perlu keadaan yg masih siang. Jalan dari Castle Hill tadi ada yg curam menuruni gunung. Perlu sangat untuk berhati2. Dengan keadaan jalan yg licin lagi. Dibimbangi pula ada black ice..mm. Semua aspek tu perlu diambil kira. Tidak boleh ikutkan hati sangat.

bersambung..

Comments

Popular posts from this blog

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Goa Pinus & petik apel

Trip JEJU ISLAND 2018 : Jungmun Tourist Complex / Jungmun Resort

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember