Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Kingston | Te Anau

11.07.2018, SELASA

sambung dari Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Lake Wakatipu, Queenstown


Dalam perjalanan kami ke Te Anau..kami singgah bukak bekal kat Kingston, sebuah pekan kecil yg terletaknya di penghujung Lake Wakatipu di bahagian selatan. Kat situ tersedia kemudahan berkelah yg sangat baik. Ada taman permainan, pondok wakaf, berkerusi, meja, tong sampah, tandas dan tersedia juga tempat berBBQ.

Bukak bekal. Simple jer yang sempat dimasak di 'shared kitchen' pagi tadi. Aku sengsorang jer naik tingkat atas tu jam 4.30pagi untuk masak. Keadaan sunyi sepi betul. Orang lain tengah tido lagi, weii. Yg lain tu bagi laa cukup tido terutama driver, kan. Tu pun nampak gayanya tak cukup jugak. Masa along ganti memandu otw Te Anau...tido lena sungguh2, mm. Boleh skrol tengok gambar di bawah, heheh..

Dah selesai makan..kemas2 bagi bersih tempat tu. 

Angin kat sini pun sangat sangat sangat sangat lah kuatnya. Bukak bekalan pun kena pegang bekas2 tu. Kalau tak...ia boleh diterbangkan angin, mm.

Sejuk memang tak tertahan. Tangan terasa membeku walaupun cahaya matahari membantu membekalkan sedikit haba. Yang lain..harapkan lelemak dalam badan ni lah tolong2 cover, heheheh..


Tandas elektronik yg terdapat kat sini serupa macam tandas di Lake Wakatipu, Queenstown tadi. Ada suara mesin memberi arahan untuk menutup pintu. Bila pintu dah tutup..ada pulak muzik mengiringi ketika kita sedang menggunakan tandas. Fungsi muzik tu macam bidet kat Jepun...tak bagi orang kat luar dengar aktiviti kita kat dalam tandas, hahahahaha.
Tandas ni cuma boleh digunakan 10 minit maksimum. Kalau lebih dari tu pintu akan otomatik unlock. Kalau nak sambung lagi...kena laa standby untuk katup pintu dan lock semula pintu tu, heheheh.
Dia tak bagi lelama laa dok dalam tu. Orang lain pun nak guna jugak, kannn..

Rumah penduduk di sekitar tasik. Syok jer...tenang dan mendamaikan.

Penghujung Lake Wakatipu paling selatan..

Jalan lurus. Mata boleh mengantuk walaupun pemandangan yg indah terhampar di depan mata.

Dari situ terus ke Te Anau. Kat sini banyak jalan lurus. Jadi mengantuk lah jugak walaupun pemandangan tu hijau dan indah.

Berhenti kat sini untuk tukar driver. Along pulak memandu, abahnya asek menguap jer. Kebetulan dekat pulak dengan padang lembu ragut rumput. Semua tadi yg khusyuk meragut rumput datang ke arah kami. Aku bagi salam...depa pun jawab salam tu. Depa tanya...datang dari mana?? hihi. Aduhaiii...teringat pulak budak bulus kesayangan kami 5 ekor yg ada kat rumah masa tu.

ZzZZzZzzz...semua kat belakang tu lena bukan main tido. Siap berdengkur lagi, kihkih..

Along khusyuk memandu mengambil alih tempat abahnya. Abah dah mengantuk. Destinasi jauh lagi nak sampai. Ibu setia jadi peneman. Mata ibu pun sebenarnya mengantuk jugak...bangun awal, kan. Tapi gagahkan jugak mata ni untuk teman along. Tu yg selpie lah, amek gambar pemandangan kat luar lah, amek video lah...asalkan mata tak mengantuk.

Citer pasal tak cukup tido ni...aku rasa..aku laa yg paling tak cukup tido. Dah laa tido lambat sebab packing barang (setiap hari lain2 tempat penginapan), pagi2 dah bangun masak, dalam perjalanan pulak teman si pemandu yg memandu sambil tengok peta (bantu along), sambil2 tu snap gambar, snap video. Sampai2 tempat penginapan...terus mula memasak, buat air kopi tu dah tentulah.
Tapi itulah dinamakan kenangan seorang pengembara. Alhamduillah, tenaga pun Allah bagi cukup kerana kami datang untuk melihat keindahan ciptaan milikNya..Subhanallah.

Sini senang betul jumpa pelangi yg penuh dan warnanya terang jelas. Agak2 ada tak teletubbies kat situ, hehehe..

Naik tangga tu adalah lobi untuk check-in. Tingkap berkaca tu adalah shared kitchen untuk penyewa bilik yg tiada dapur..

Sampai tempat penginapan kitorang di Te Anau Lakefront Backpackers.
Kat sini ok...rekemen kalau sesape datang ke Te Anau. Kemudahan yg disediakan terbaik lah. Dah check-in tu...aku goreng cekodok ikan bilis dari tepung instant Adabi tu dulu. Minum petang dengan air kopi. Sejuk2 ni memang lapar sesaja, huh!!

Minyak masak boleh jadi beku gini wei. Padahal dok dalam kereta sepanjang perjalanan. Dah check in... nak guna tengok jadi gini, aduuu. Pandai2 laa guna cara untuk ia jadi minyak mcm biasa.

Para untuk dapur ni tinggi, dah tu pulak tungku nya ke arah dalam. Jadinya, aku yg kurang tinggi ni perlu guna kerusi untuk memasak dengan selesa, huhu. Ni masak cekodok jer dulu. Untuk minum petang.

Bila dah berasa sikit perut tu...kami pun keluar cuma berjalan kaki di tepi Lake Te Anau. Ianya berdepan sahaja dengan tempat penginapan kami hari tu. Tujuan utama nak bersiar2 dan terus ke Kowhai Gifts & Souvenirs.

Tunggu budak 3 orang tu. Dorang pi tinjau2 tempat mendobi untuk mendobi malam nanti.

Jom ke arah kanan jalan..

Selain DF Souvenirs di Queenstown & Christchurch...kat kedai Kowhai Gifts & Souvenirs yg terdapat di Te Anau ni jugak ramai yg rekemen. Ada kat sini jer. Takde cawangan di tempat lain lagi. Jadi, bila dah sampai Te Anau tu...mesti datang sini. Design t-shirt NZ nya banyak lawa2 dan murah2 jugak (rate NZ, heheh) serta berkualiti.

Di luar kedai Kowhai. Senang jer lokasi kedainya. Di tepi2 Lake Te Anau tu aje. Nampak replika burung Takahe ni...kat situ lah dia.

Kat sini pun...aku tambah lagi fridge magnet, t-shirt...siap beli lotion tangan lagi...mmm, beberapa barang lain lagi lah. Semua orang kalau boleh nak bagi souvenir...alahaiii..

Balik ke bilik...kami kena berlari2an. Hujan lebat. Hari pun sekejap jer dah gelap. Padahal kami keluar dari bilik berjalan kaki tadi masih terang benderang, mm.
Kedai Kowhai tu pun dah nak tutup. Pekan Te Anau ni kecik...kedai2 kecik pun banyak dah nak tutup bila musim winter ni.

Sebelum memasak malam tu...aku ngan abang sempat gi Pasaraya Fresh Choice nak cari beberapa barang mentah lagi. Untuk stok hari esok pulak.
Pasaraya Fresh Choice adalah lebih murah harganya dibandingkan dengan Pak'nSave, Countdown dan Four Square yang kitorang pernah masuk.

Malam tu...goreng nasik jer. Makan dengan ayam goreng. Ayam TEGEL mentah beli kat Pak'nSave di Queenstown semalam masih berbaki lagi.

Anak2 gi tolong mendobi.
Disebabkan pakaian tu banyak...jadi aktiviti pengeringan baju di mesin pengeringan tidak membantu. Pening pulak aku sebab bilik aku ni heaternya tak berapa kuat untuk kami sidai di tepi2nya dengan tujuan membantu mengeringkan pakaian yg didobi tadi tapi tak cukup kering tadi tu.

Kat sini...bilik kami berasingan. Aku kena pilih bilik yg ada dapur sekali di dalamnya. Jadi, aku booking bilik berdua siap sekali dapur, private bathroom.
Budak 3 orang tu...aku booking bilik kongsi dengan penyewa lain + private bathroom. Kat sini takde bilik sekali berlima. Aku pulak nak guna dapur untuk memudahkan operasi memasak. Tak perlu angkut segala barang ke shared kitchen yg disediakan.

Penginapan di Queenstown tu...mereka memang takde sediakan langsung bilik yg siap ada dapur. Semua kena kongsi. Yg dalam bajet, memudahkan kami menapak saja ke bandar Queenstown (sebab dalam bandar payah nak dapat parking) adalah Southern Laugher Backpackers...maka itu lah yg kami pilih.

Malam tu...tengok website dan page fesbuk berkaitan info jalanraya di NZ ni...kitorang dapat satu berita ralat iaitu jalan ke Milford Sound ditutup beberapa hari sebab salji tebal, katanya.
Berdoa mengharapkan keajaiban...tapi itulah yg Allah dah tetapkan. Kami tidak dapat pergi ke Milford Sound pagi hari ke-7 atas faktor cuaca dan keselamatan.
Tak mengapalah kami redha dan ubah itenarary kepada plan B.

bersambung..

Comments

Popular posts from this blog

Trip JEJU ISLAND : Balik dah

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember

Outing ke PENANG STREET ART