Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Lake Wakatipu, Queenstown

11.07.2018, SELASA

sambung dari Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Day 6 -Glenorchy



Dah sampai semula di bandar Queenstown..kitorang lepak jap kat tepi Lake Wakatipu. Angin yg kuat bertiup dari arah tasik memang sejukkkk sangat.

Gambar di atas tu...salah satu pemandangan lain di Lake Wakatipu, Queenstown. Snap guna hp jer. Kitorang ni nama aje bawak dslr tapi tak berapa gunakan pun atas faktor cuaca dan ikut mood, hahahah.

Rumah2 dan motel di lereng2 bukit. Mesti syok kalau dapat bermalam kat situ, kan?

Cuaca berubah2 dalam sekelip mata. Mendung, cerah, berkabus, hujan renyai2 dan paling best...double pelangi keluar dan kelihatan jelas sempurna kesemua warnanya. Hampir2 sahaja ada lagi satu pelangi nak muncul tapi tak jadi.


Nampak pelangi ni muncul mula2 pun dah terasa seronoknya sebab lawa sangat warnanya yg jelas dan separa bulat yg besar.

Bila keluar double pelangi...Subhanallah. Kami pun berdouble2 rasa kagum dengan kejadian Allah ni.

Terasa indahnya memandang tasik di depan mata, sambil menahan kesejukan. Rasa nak duduk situ lama lagi tapi apakan daya...kami perlu ke itinarary seterusnya pula. Nak ikutkan semua tempat tu nak duduk lama2 tapi...kami pengembara biasa, masa terhad, bajet pun terhad.




Kebetulan masa tu hujan mulai turun...mempercepatkan langkah kami menaiki kereta dan meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.


Lalu semula di bandar Queenstown untuk meneruskan perjalanan ke Te Anau. Tak jadi naik ke Skyline Queenstown walaupun sekadar nak melihat view Queenstown dari atas sebab cuaca seperti tidak mengizinkan.

Ada lagi pembaikan jalan..tapi ok jer. Tak mengganggu sebab kenderaan tak banyak.

Gambar dalam perjalanan banyak snap dalam kereta aje.

Di New Zealand ni...biri2 dan lembu di mana2 saja sedang meragut rumput di tepi bukit bukau, gunung ganang yg indah. Populasi biri2 lebih banyak kat negara ni dari manusia, hehehe..


Mata ni walaupun terasa letih tapi sayang pulak kalau tertidur. Pemandangan indah di sepanjang perjalanan..mm..


sambung..

Comments

Popular posts from this blog

Trip ke JEPUN 2018 - Day 8 : GALA YUZAWA

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember

Outing ke PENANG STREET ART