Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Day 4 - Inland Scenic Route

09.07.2018, ISNIN

sambung dari Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Lake Lyndon & Check in 219 on Johns Motel & Holiday Park

DAY 4

Setiap hari...aku kena bangun awal dari mereka. Masak menyediakan sarapan pagi dan juga masak untuk bekalan makan waktu lunch di mana2.
Yang lain kemudiannya bangun, mandi...bersiap sedia untuk check-out. Aku memang selalu pening nak packing semula barang2 dalam beg, hahaha. Walaupun naik kereta tapi kena susun barang dengan elok jugak sebab bonet adalah terhad.

Kunci boh dalam box tepi pintu tu aje. Opis depa tak bukak lagi. Sambil tu korang buleh tengok rate bilik depa tu...heheh..

Perjalanan pagi tu dari motel sedikit perlahan disebabkan data dari ke 2-2 simkad travel (3gb + 3gb) abes!!! aduiihhh. Nak guna data untuk google maps perjalanan kami pagi tu weh!! adeii.

Jadi pagi tu...terus jer yakinkan diri semua boleh diselesaikan. Berdoa dan mintak pertolongan Allah. Mohon Dia permudahkan perjalanan kami.
Masa keluar dari pintu pagar motel...dalam kepala aku ni masih ingat jalan yg kitorang lalu petang semalam. Memang masih petang tapi hari dah gelap.
Dalam perjalanan semalam mmg ingat ada melalui satu stesen minyak yg mempunyai mart. Jadi, kami perlu ke sana untuk membeli simkad baru, top-up, etc selain perlu isi petrol bagi penuh.

Alhamdulillah, walaupun ada sedikit masalah lain sbb tak paham nak top-up mcm mana walaupun dah tengok cara2 yg tertulis di sampul simkad tetapi pelan2 dapat diselesaikan oleh along.

Dasat kitorang berlima ni...kuat nau makan data, weh!! Mana taknya...gambar dari kamera hp masing2 share pulak dalam grup telegram. Yg menghantar dah guna sekian data. Yg menerima pulak 4 orang. Mentang2 lah ada 6gb data...semua gambar tak pilih2 terus jer share semua dalam tu. Tu belum lagi dengan apdet instagram...uii, jangan ceritalah sebab dalam grup kami ni ada 3 orang instafemes yg mesti dok apdet IG memasing, buat IG story lagi, kihkih.
Dah laa tu...motel 219 ni tak sediakan wifi percuma. Tambah memburukkan keadaan...hp aku ni lupa nak off auto update. Sebok masa ni lah segala applikasi dalam hp aku tu nak updet itu ini, huh!! Ini laa yg jadi monster makan data sampai abes. Bila dah tau tu...terus jer mintak along off kan auto update kat hp aku tu, mmmmm. Geram pulak rasa, huhu.

Bergaya dengan kereta mahal..heheh..




Itenarary kami hari ini bermulalah perjalanan menghala ke Queenstown. Tetapi banyak tempat yg menarik kami akan berhenti nanti kerana dijanjikan dengan pemandangan semulajadi yg super wow!!

Kami memilih untuk bergerak ke arah Lake Tekapo melalui Inland Scenic Route. Memang best lalu sini. Segar dan luas mata memandang.

Rupa2nya..melalui laluan ini kami akan menempuh kembali jalan petang semalam...jalan nak ke Arthur's Pass tetapi cuma perlu melintas jalannya sahaja dan kemudian melalui jalan yg belum pernah kami tempuh yg sangat WOWWW sepanjang2 perjalanan.


Meneruskan perjalanan selepas berhenti sekejap bergambar.
Nampak kan cermin kereta ni pecah sikit dalam gambar di atas ni?? (mcm semut hitam)..
Mula2 risau jugak. Bila pulak laa kitorang bagi windscreen kereta ni terkena batu? adeii..
Bila check semula salinan borang biru yg APEX soh kitorang simpan semalam...lega hati sebab dalam gambarajah windscreen tu dorang dah tanda X. Maknanya, masa kitorang terima kereta tu pun mmg dah ada kerosakan kecil di windscreen tu, fewww!!
Nak ikutkan tak perlu risau sebab kitorang memang dah amek insurans ZERO EXCESS untuk cover kereta tapi tak best laa, kan. Kita nak jaga jugak nama baik kita sebagai pemandu dan pelancong dari Malaysia, kannn..






Berhenti pulak sini...amek gambar lagi.
Kat NZ ni...ladang2 ternakan atau tanaman kebanyakannya ditanam pokok2 yg tersusun macam ni dan dijaga rapi berfungsi sebagai pagar dan sempadan dengan tanah orang lain. Memang menarik.
Nak jugak tengok macam mana dorang trim pokok ni walaupun dah pasti menggunakan jentera. Kebetulan pulak dalam perjalanan tu dijadikan rezeki kitorang dapat melihat sendiri macam mana dorang trim pokok yg tinggi sebegini, seronok pulak sebab dapat tengok, hahaha.



Kat sini memang angin kuat betul bertiup. Bunyi angin melaga-lagakan dedahan, dedaunan pokok memang dasat. Macam ujan yg sangat lebat sedang datang kepada kami. Mujurlah graviti bumi ni kuat. Kalau tidak...dah jauh angin ni terbangkan aku yg berat ni, hmm..




Melalui jalan ni untuk ke Lake Tekapo memang banyak kawasan menarik yg dapat dijamu oleh mata hati. Antaranya view Mount Hutt & Mount Somers selain kawasan yg sangat berangin kencang di Windwhistle.
Lalu jugak kat Rakaia River tapi air sungainya surut sangat sebab musim winter ni. Takde kelihatan air sungainya yg kehijauan macam selalu tengok dalam internet.

Mount Somers..

Gambar di bawah ni...kami dah keluar dari Inland Scenic Route dan melepasi Fairlie, melalui Burkes Pass untuk ke Lake Tekapo. Uiii...tak boleh tahan. Kena berhenti jugak bergambar kat sini.






Sejuk betul kat sini. Angin pun kuat bertiup. Tengok jer laa reranting dahan pokok yg tak berdaun ni kedudukannya sedang menyenget ditiup angin..

Beberapa look point yg kami berhenti sebelum sampai ke Lake Tekapo dan lunch dengan bekalan yg dibawa.
Kalau pertama kali datang NZ di bahagian South Island ni...mesti lalui jalan ni. Mmg best sangat. Melalui ladang2 pertanian, melalui bandar2 kecil, pekan2 kecil yg tersergam rumah2 penduduk di sini yg sangat tenang dilihat.


Bersambung..

Comments

Popular posts from this blog

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Goa Pinus & petik apel

Trip JEJU ISLAND 2018 : Jungmun Tourist Complex / Jungmun Resort

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember