Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Day 7 - Kaka Point

12.07.2018, RABU

sambung dari Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Kingston | Te Anau


DAY 7

Sebelum tidur malam tu along dah check di internet...jalan ke Milford Sound dilaporkan masih ditutup pada semua kenderaan.
Pagi tu pun mintak along check lagi. Sama jer info nya...masih mengatakan jalan ke Milford Sound masih ditutup. Kecewa jugak lah, mm. Sebab nak sangat ada pengalaman pergi ke sana dan melalui pemandangan yg sangat2 memukau seperti yg dikongsikan di YouTube. Boleh bertemu dengan burung kea ketika menunggu lampu trafik bertukar hijau di Homer Tunnel. Di samping menaiki cruise juga untuk melihat penguin liar, anjing laut melepak di batu-batan berhampiran dengan air2 terjun sepanjang cruise belayar. Kalau bertuah boleh jumpa ikan lumba2 jugak kat situ.
Tapi tu lah...takde rezeki kami untuk ke sana pada hari itu. Pasti ada hikmah dan mungkin ada rezeki kami lagi untuk kali ke-2 ke bumi kiwi ini, InsyaAllah, Aamin...mudah2an.

Perjalanan pagi tu akhirnya ikut plan B.
Seperti biasa...aku kena bangun pagi2...masak untuk sarapan dan buat bekal makan tengahari nanti. Check out pagi tu, boh kunci dalam box..kami teruskan perjalanan ke arah Kaka Point dan nak pi jugak ke Nugget Point Lighthouse.

Playground ni unik. Semua diperbuat daripada kayu. Kitorang berhenti sini gi tandas jap. Pepagi ni mmg rasa nak terkencing jer sebab sejuk weii...






Kepala lori kat NZ ni mmg menarik. Ada yg macam geng2 autobot Transformers tu...smart!!





Perjalanan dari Te Anau ke Kaka Point memakan masa hampir 3 jam. Jadi, banyak lah gambar2 dari dalam kereta.
Perjalanan di selatan NZ ni...jalannya ok jer. Takde laa jalan di tengah2 bukit bukau, di celah2 gunung ganang dan selekoh yg melengkar, huhu.

Ikut plan A...sekiranya kami dapat ke Milford Sound...kami akan bermalam di bandar Gore atau pekan Balclutha tapi disebabkan tak ada rezeki ke Milford Sound...maka malam nanti kami akan bermalam di Dunedin.
Jadi, dalam perjalanan tu aku sempat booking online di booking.com sebuah motel di Dunedin.
*Untuk penginapan malam ni sahaja aku tak booking mana2 pun...sebab dah tau risiko sekiranya Milford Sound tutup jalannya.



Dah sampai kat pantai di Kaka Point iaitu sebuah perkampungan di tepi laut. Jalan kat sini kalau bernasib baik dapat lah terjumpa sekumpulan besar biri2 sedang melalui jalan yg sama. Boleh berhenti bergambar dengan biri2 yg gemok2 bulat tu, heheh..
Tapi kami cuma dapat tengok yg dah dok dalam kawasan padang aje lah, mmm.




Berhenti gi tandas sebenarnya kat sini. Depan tu ada pulak nampak rumah yg beriklan untuk dijual. Takde lah nak beli, bukan mampu pun. Rumah kat Malaysia pun tak terbeli...inikan kat NZ yg duitnya 3x ganda duit kita, adoiiii.
Tp mmg best laa kalau dapat rumah kat sini, hahahaha. Berangan!!!

Peti surat berderet2 di simpang jalan. Posmen hantar surat kat situ aje. Takde kunci pun. Penduduknya jujur2 belaka.

Cantek umah ni. Ada tengok2 yg serupa macam ni kat AirBNB tapi mahal laa pulak harga sewanya sebab sekali servis cas, fewww.

Dah melawat area situ kitorang teruskan perjalanan untuk ke Nugget Point Lighthouse. Melalui Kaka Point ni pun sebab nak ke sana laa.

bersambung..

Comments

Popular posts from this blog

Trip JEJU ISLAND : Balik dah

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember

Outing ke PENANG STREET ART