Trip ke JEPUN 2018 - Day 8 : GALA YUZAWA


20.01.2018, SABTU
Day 8
Sambung dari Trip ke JEPUN 2018 - Day 8 : HARAJUKU & AKIHABARA


-Otsuka St - Tokyo St (JR Yamanote Line) 
-Tokyo St - Gala Yuzawa St (shinkansen JR Tanigawa)


Check out jam 5.50pagi dari apartment di Toshima, Tokyo. Kami nak ke Gala Yuzawa hari ni..nak main sled dgn salji.

Pagi ni mmg kena on time. Tak leh nak tangguh2 mcm pagi2 di hari sebelumnya. Dah siap2, kemas2 apartment tu...check out di kala pagi masih gelap gelita, hehehe.

Bergambar dulu sebelum check out dari apartmen. Rumah last sebelum balik ke Malaysia.

Alhamdulillah, tempat tinggal kami sepanjang 8 hari di Jepun semua baik2 belaka. Dapat merasa keadaan dalam rumah seperti digambarkan dalam drama2 Jepun dan anime mereka.
Dengan AirBnb di Kyoto dan Tokyo.
Dengan Booking.com di Takayama dan Kawaguchiko.

Along dengan abahnya kena bawak beg depan dan belakang. Yg lain beg di belakang dan menjinjing di tangan.

Lorong masih sunyi namun ada kedai makan yg sudah mula dibuka. Ada sesekali kedengaran orang Jepun berjalan laju memintas kami utk ke tempat kerja. 

Dari Otsuka St...kami menaiki tren JR Yamanote Line utk ke Tokyo Station.
Kat sana...kami cari locker coin terlebih dulu. Terpaksa sewa 2 buah locker besar utk simpan segala beg2 berat ni. Cuma bawak beg yg ada makanan ringan dan beberapa keperluan penting sahaja.
Locker kat Tokyo St ni murah sket. Utk sebijik locker besar cuma 600y sebijik berbanding di tempat lain 700y.

Kemudian ke kaunter JR utk reserve seat...tapi dh penuh. Kena laa beratur kat koc non-reserve seat tu. Tempat duduk ikut nasib lah. Kalau dapat...leh laa tido jap.

Gi kaunter nak reserve seat tapi dah penuh dah. Kena cepat naik atas utk beratur di non-reserve coach..

Alhamdulillah, dapat seat berdekatan..

Dari Tokyo St - Gala Yuzawa St..kami menaiki shinkansen JR Tanigawa perjalanan selama 1j 22 minit. Dah last day...pulun laa guna JR Pass. Kalau takde JR Pas ni...tambang shinkansen sehala sahaja adalah 7090y utk ke Gala Yuzawa dari Tokyo St, huhu. Lebih kurang RM255 seorang. Pergi sahaja tu. Kalau kira balik sekali?? phewwwh...

Dalam gerabak kitorang tu...barulah terdengar suara2 orang berbual kuat2 macam pasar. Sebab?? Sebabnya kebanyakan yg naik tu adalah grup2 yg nak gi ski iaitu grup2 pelancong luar.
Mereka bawak sendiri peralatan ski dorang. Kalau orang Jepun sendiri...dorang akan diam jer sambil baca buku atau belek2 hp.
Tapi...dalam setengah jam jer suasana bising2 gitu. Lepas2 tu dah mula sunyi sbb masing2 semua layan mata, zzZzZz. Semua tu kena bangun awal pagi semata2 nak dapatkan trip shinkansen pagi2 sebegini, heheh..

Dah sampai Gala Yuzawa..Alhamdulillah, lebih memudahkan apabila ada 5-6 orang pekerja sambila kat sini adalah dari pelajar2 Malaysia dan Indonesia. Pelajar perempuan kesemuanya.
Kaunter pun ada tulis kat atas tu utk Bahasa...phew!! senang nak beli tiket.
Dorang ni sedang bercuti semester 3 bulan katanya. Tu yg cari duit poket tu. Yg melayan kami hari tu kampungnya di Parit, Perak...katanya. Punya laa dia seronok bila jumpa kitorang sebab dpt cakap Bahasa Melayu dan merehatkan lidah dari bercakap nippon, hehehe..

Nak amek barang2 tu kena tulih satu borang. Bila pulangkan nanti kena tunjuk semula borang tu di kaunter.

Kami amek pakej mudah aje. Pakej basic. Sebab bajet masa kat sini cuma ada dalam 3 jam sahaja. Jadi, kitorang bayar cuma utk:-
-Gondola return 1300y seorang,
-Sled + rubber boots 1500y / satu set. Kami amek 3 set jer.
-Tambah rubber boots lagi 2psg dengan harga 800y sepasang.

Boleh aje pakai kasut yg kita pakai tu...tapi lebih elok pakai rubber boots, tak basah dan tak licin bila pijak salji.

Alhamdulillah...rasa teruja hilangkan rasa gayat..

Mcm2 aktiviti kat atas ni. Mana yg terer seronok jer tengok dorang ski, swing sana...swing sini. Mana yg masih belajar..akan terkial2 lah, heheh..

Ni yg baru nak belajar ski..

Meriah kat atas ni..




Kami main sled jer. Cukup lah.

Ni pun seronok abes dah. Tak puas main pun ada, hihi..


Jam dah jam 12 tengahari. Kami berehat jap kat dalam bangunan dari menahan kesejukan di luar. Beli crepe utk alas perut. Ada jugak food court tapi pelajar Malaysia yg keje part time tadi dah pesan...menu2 kat situ tak sesuai untuk orang Islam. Crepe ni aje yg boleh pun katanya, huhu.

Masa sambung semula main sled tu...ada yg datang promo utk naik Sleigh Ride Tour. Leh ronda2 kat kawasan bersalji belakang di sebalik bukit tu pulak. Mcm best jer dengar. Nak tengok jugak kan suasana salji di balik sana. Rege seorang pun ok lah, 500y. Crepe yg kitorang makan tadi pun 550y satu, huhu. Apalah sangat nak dibandingkan 500y utk dapatkan pengalaman baru, kan...

Trip kitorang jam 12.20 tengahari. Sambil2 tunggu tu...sempat nak bergambar dan main baling2 salji dulu.
Sesekali bergambar ranggi dengan bodyguard, hahaha..

Di waktu yg dijanjikan...mereka pun memanggil utk giliran kami.
Teruja menaiki kenderaan di kawasan bersalji ni...



Tour selama 10 minit ni berbaloi jugak lah. Boleh tengok keadaan di sebalik bukit...tengok salji yg menggebu. Ada trek untuk ski dan snowboard jugak. Lebih luas dan untuk orang yg dah pro.





Dah selesai...kitorang pun pulangkan sled terlebih dulu.
Kemudian turun ke stesen Gala Yuzawa dengan gondola cable car.







Subhanallah.....................
Alhamdulillah.................
Allahhu Akbar.................

Mata memang tak abes2 memandang kecantikan alamNya ini. Terasa sangat bersyukur kerana diberi peluang melihat milik Dia yg tiada di tanahair ku tercinta, Malaysia..

Dah sampai di bawah...kami pergi ke locker coin utk menukar kembali winter boot yg telah disewa tadi dengan kasut sendiri dan menghantar boot di kaunter pemulangan semula.
**Kat Jepun ni mmg susah nak jumpa surau2 kecil. Selalunya tepi2 locker coin ataupun yg pompuan leh gi adalah di bilik persalinan baby yg ada berhampiran tandas2 stesen tren tu.

Rileks sementara gate dibuka untuk menaiki shinkansen.

Dalam shinkansen...luas, selesa dan canggih sangat!!!
Kami ambil reserve seat tapi shinkansen waktu ni tak penuh pun sebab ramai yg belum balik. Dorang main sampai petang.
Dalam perjalanan...boleh laa nak lelapkan mata.

Perjalanan ke Tokyo St dari Gala Yuzawa St ni adalah shinkansen / bullet terakhir yg kitorang naik utk trip 8 hari di Jepun ni. Pengalaman menaiki kenderaan awam yg laju dan canggih ini adalah kenangan yg sukar nak dilupakan.

Gala Yuzawa St - Tokyo St (shinkansen JR Max Tanigawa)


Bersambung..

Comments

Popular posts from this blog

Trip JEJU ISLAND : Balik dah

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember

Outing ke PENANG STREET ART