Trip ke JEPUN 2018 - Day 7 : HARAJUKU & AKIHABARA


19.01.2018, JUMAAT
Day 7
Sambung dari Trip ke JEPUN 2018 - Day 7 : ASAKUSA

-KAPPABASHI STREET
-HARAJUKU
-TAKESHITA STREET
-AKIHABARA ELEKTRIK TOWN

Dari Nakamise Street Market tadi...kami berlima berjalan kaki dgn penuh sabar sambil melihat cara2 masyarakat kat sana menjalani hari2 mereka.
Berjalan kaki melalui Kappabashi Street salah satu laluan yg popular dengan kedai2 yg menjual peralatan dapur juga fake food utk display di restoran2 dan kedai makan di Jepun.

Kucing jaga kaunter untuk tengok kucing, heheh. Comel jer.

Dalam laluan ke Kappabashi..

Berehat sebentar dengan Snickers.. Bagus Snickers ni utk alas perut. Dapat cover lapar tau...

Buah fresh dan manisssss...

Tokyo Skytree jelas kelihatan dari lorong2 ini...

Nampak mcm dekat jer. Tapi jauh tu..seberang Sumida River..

Jauh jugak berjalan nak ke Uguisudani St untuk amek JR Yamanote Line ke Harajuku St. Lenguh jugak kaki tapi pengalaman melalui lorong2 di bandar ini menjadi sangat berharga. Tambah pulak berjalan dalam cuaca dingin2 ni, kan. Takde laa keluar peluh tapi penat tu penat laa jugak, hahaha.

Sempat jugak lah berehat bersama coklat Snickers dan ternampak pulak kedai2 buah2an segar. Kami beli buah limau dan epal hijau besar2...ada 3 bijik dalam satu plastik. Limau tu kitorang makan kat situ jugak. Lepak tepi kedai jer...hehe. Epal hijau tu boh dalam beg untuk makan kat apartment.

Adalah dalam setengah jam tempoh berjalan kaki termasuk berehat berhenti makan alas perut tadi...baru sampai ke Uguisudani St dan naik tren JR Yamanote Line ke Harajuku St.

Banyak tul rel di Uguisudani St ni...

Tujuannya nak ke Takeshita Street di Harajuku tu. Nak tengok2 apa yg menarik ada kat sana. Banyak kedai2 fesyen yg sesuai digayakan oleh remaja2 Jepun kat sana.
Kalau nak beli souvenir pun banyak kat sini katanya. Pandai2 lah cari harga yg berbaloi. Tapi kebanyakannya dorang suruh masuk ke Daiso Harajuku tu lah cari souvenir, hehe..

Di Takeshita Street ni sebenarnya lebih seronok kalau datang hari Sabtu dan Ahad sebab dapat tengok remaja2 Jepun ke sini dgn pakaian ala2 cosplay.

JR Harajuku St..

Tempat harus bergambar di pintu gerbang Takeshita Street..

Daiso Harajuku..

Beli crepes. Antara snek halal di sana.

Ni banana crepes...ok, sedap. Sesuai nak cover tenaga utk baki itenarary hari ini..

Kitorang tak masuk meronda sampai ke dalam2 tu. Nak ke Akihabara. Nak abeskan masa kat sana. Cari barang2 yg berkenan di hati.

Uguisudani St - Harajuku St (tren JR Yamanote Line)
Harajuku St -  Akihabara St (tren JR Yamanote Line)
Akihabara St - Otsuka St (tren JR Yamanote Line)

Sudah sampai di Akihabara St. Tengok tu muka teruja nak cari barang2 idaman dorang, huhu..

Antara suasana di Akihabara Electric Town..


Memang lama jugak kat sini. Mmg happening utk mereka2 yg mencari barang2 elektrik, jam, souvenir watak2 anime....
Terdapat sebuah kedai yg mesra Muslim iaitu kedai LAOX. Kedainya di setiap tingkat menjual lain2 barang. Ada elektrik, souvenir, produk makanan, jam.

Dah setel..dari Akihabara terus jer kitorang balik ke apartment. Malas dah nak try cari kedai ramen halal di mana2 berdekatan mahupun di Shinjuku.
Balik apartment lagi bagus. Sambil masak tu..yg lain boleh buat kerja2 lain, mengemas barang2 masuk dalam beg....makan dan kemudian boleh tido awal.
Esok pagi2 mmg tak boleh bangun terlambat sikit..kena bangun ikut masa yg dah dirancang. Tak boleh nak injak2 masa dari itenarary seperti hari2 sebelumnya. Kena tepat atau lebih awal seperti hari utk ke Shirakawago tu.


Bersambung..

Comments

Popular posts from this blog

Trip JEJU ISLAND : Balik dah

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember

Outing ke PENANG STREET ART