Trip ke JEPUN 2018 - Day 7 : ODAIBA
19.01.2018, JUMAAT
Day 7
Sambung dari Trip ke JEPUN 2018 - Shibuya Crossing & Hachiko Statue
Pagi tu kitorang tak perlu nak usung beg berat2. Beg masih berada di apartmen sebab esok baru kami check out. Hari ni kitorang nak pergi ke beberapa kawasan tumpuan di bandaraya Tokyo.
JR Otsuka St - Shimbashi St (tren JR Yamanote Line)
Shimbashi St - Daiba St (tren Yurikamome Line)
Mula2 akan ke Odaiba.
Dari JR Otsuka St...kami akan menaiki tren JR Yamanote Line ke Shimbashi St (tren yg ikut arah jam) selama 25 minit perjalanannya.
Di Shimbashi St pulak..kitorang kena tukar tren. Kena naik tren Yurikamome Line di station bersebelahan jer dgn JR station. Tren ni kitorang kena bayar tiket 320y dan perjalanan cuma 14 minit shj untuk ke Daiba St.
Kami turun di Daiba St...dekat jer nak gi beberapa tempat menarik kat situ.
Dekat utk berjalan kaki ke Odaiba Statue of Liberty dan dari situ leh nampak laa Rainbow Bridge yg ada malam2 tertentu dorang akan buka lampu berwarna seakan pelangi pada jambatan tu.
Di situ juga akan nampak Bangunan Fuji TV.
Jalan kaki sikit lagi akan nampak lah Gundam Statue pulak.
Keluar2 dari station....memang sejukkkkk sangat dengan tiupan angin laut. Odaiba ni adalah sebuah pulau buatan yg luas juga.
Odaiba Statue of Liberty. Di belakangnya adalah Rainbow Bridge. |
Kat sini ada jugak shopping mall..Aqua City Odaiba. Tapi tak masuk pun sebab masih awal lagi. Belum jam 9 pagi lagi. |
Belakang kitorang tu...Grand Nikko Hotel. Tak mampu lah nak menginap kat situ... |
Bangunan Fuji Tv |
Dari Fuji TV tu...jalan kaki tak jauh mana pun...sampai lah ke Gundam Statue. Berada di depan Diver City Tokyo Plaza tu jer. Unicorn Gundam sedang menanti kedatangan anda, heheh.
Katanya, statue ni dibuat mengikut real life saiz dalam ceritanya...mm.
Unicorn Gundam Statue ni baru jer berdiri megah di sini setelah mengambil alih tugas Gundam RX-78-2 |
Kami tak tunggu pun 2-2 buah mall tu bukak sebab kami perlu bergerak ke Asasuka pulak. Hari ni mmg cuma berada di bandaraya Tokyo tapi setiap tempat ada keistimewaan tersendiri. Untuk pertama kali ke sini...kami perlu puaskan hati utk melihat beberapa tempat yg ingin dilihat di depan mata sendiri.
Bersambung..
Comments
Post a Comment