Trip ke JEPUN 2018 - Day 6 - Shibuya Crossing & Hachiko Statue


18.01.2018, KHAMIS
Day 6
Sambung dari Trip ke JEPUN 2018 - Day 6 - Mugiwara ONE PIECE Store, SHIBUYA

Dari Mugiwara One Piece Store...kami berjalan kaki selama 5 minit ke arah Shibuya Crossing yg terkenal dengan tempat melintas paling sesak dan ramai dalam dunia, huhu. Kat sini jugak lokasi utk filem Fast & Furious Tokyo Drift.

Teruja betul ketika mula2 nak melintas tu, hahahaha.
Memang seronok rupa2nya. Kat sini tak perlu kisah pun berapa kali ko nak melintas pi balik pi balik. Amek gambo puas2 sambil melintas. Ada yg rakam video. Ada yg buat time lapse...meriah betul.
Sekali melintas tu bukan sikit2 orang...pergh!! akhirnya dapat rasa sendiri....seronok!!









Berdekatan Shibuya Crossing ni juga terletaknya Hachiko Statue iaitu patung seekor anjing yg kisahnya suatu waktu dulu setia menanti tuannya pulang dari kerja. Google lah kalau nak tau details. Sedih nak citer kat sini. Ia tentang kesetiaan...kasih sayang sesama makhluk. Haiwan pun pandai setia...kenapalah manusia ni tak reti nak setia, mmm...


Inilah patung Hachiko. Ramai sangat yg nak bergambar kat sini. Jadi, kami pun tak boleh lama lah. Kemudian terus naik tren JR Yamanote Line utk ke Shinjuku St.
Dalam letih2 tu.....terasa bersemangat lagi nak pi naik Tokyo Metropolitan Government Building yg terletak berdekatan dgn Shinjuku St tu jugak.

Bersambung..

Comments

Popular posts from this blog

Trip ke JEPUN 2018 - Day 8 : GALA YUZAWA

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember

Outing ke PENANG STREET ART