Trip ke JEPUN 2018 - Day 7 : ASAKUSA


19.01.2018, JUMAAT
Day 7
Sambung dari Trip ke JEPUN 2018 - Day 7 : ODAIBA

-Asakusa
-Sensoji
-Nakamise Street Market
-Sumida River

Daiba St - Shimbashi St (Yurikamome Line)
Shimbashi St - Asakusa St (subway Asakusa Line)

Berjalan ke Daiba St semula. Kami menaiki tren Yurikamome Line utk ke Shimbashi St. Tiket kami dah beli return. Jadi, kami terus jer tunggu tren sampai.
Dah sampai Shimbashi St...kami mencari pula stesen subway Asakusa Line untuk ke Asakusa St.

Dah sampai Asakusa St...kitorang keluar dari terowong bawah tanah tu utk ke jalan besar. Di situ akan nampak Sumida River, Tokyo Skytree dan tugu Asahi Beer Tower (bentuk mcm siput jer sekali pandang,  heheh)

Setiap tren akan sediakan heater di bawah seat. Sangat selesa utk penumpang menaiki tren ketika musim winter.

Masyarakat di Jepun sudah menerapkan nilai membaca sejak anak mereka kecil lagi. Mereka tidak dedahkan pada anak2 kecil mereka dengan visual di Youtube,  hmm..

Berlatarbelakangkan Sumida River, Tokyo Skytree dan Asahi Beer Tower yg macam siput tu..

Nampak mcm dekat Tokyo Skytree tu. Tapi sebenarnya jauh juga. Jadilah tengok dari jauh.

Asakusa ni terkenal dengan Sensoji Temple. Tapi kitorang tak pergi laa temple tu. Setakat lalu bawah pintu gerbang yg ada tanglung besar tu jer. Kat situ ada Nakamise Street Market yg menjual banyak souvenir.

Nampak landmark pintu gerbang ada tanglong besar ni...maknanya dah sampai lah ke Nakamise Street market. Sensoji Temple kena jalan ke dalam lagi..

Nakamise Street Market ni antara tempat utk habiskan duit yen jugak, heheh. Kalau tips dari blogger..kata jangan beli kat situ sebab mahal. Tapi bagi kami...bukan semua kedai yg jual cenderamata kat situ menjual dengan harga yg mahal. Ada kedai2 yg jual murah dan lebih murah dari Kyoto. Tapi t-shirt memang mahal lah kat sini. Kat Kyoto area Kinkakuji tu jual tshirt murah, 1000y dengan kualiti kain yang elok. Nyesal tak beli banyak kat situ walaupun rasanya beli 7 helai tu dah banyak, huhu. Sampai last day kat Jepang ni...takde jumpa dah kedai yg jual tshirt dpt rege 1000y cenggitu. Ada kat Takeshita tapi kain tak berkualiti.

Berderet2 kedai souvenir kat sini. Masuk tengok2 dulu harga..survey harga. Bandingkan juga dengan harga souvenir di Kyoto dan Osaka. 
 
Jam 9 pagi pun dah ramai pengunjung kat sini walaupun masih ada kedai yg belum buka lagi. Rombongan budak sekolah antara yg memenuhi Nakamise market pagi tu..

Kat sini...(dekat jer pintu gerbang tanglong tadi)...ada kedai souvenir yg murah. Dan satu lagi di depannya seperti dalam gambar di bawah..

Bermacam2 souvenir boleh dipilih..

Selipar jepun...Ralat pulak tak beli, (yang harga 1500y tu jer, hehehe)

Kat Nakamise Street ni t-shirt paling murah pun 1200y utk tshirt berwarna putih sahaja. Tshirt berkaler2...harga lain pulak 1500y ke atas. Kami tak beli pun.

Area Asakusa ni..ingatkan nak pi makan ramen halal kat satu restoran tu. Tapi dorang jam 11am pulak baru bukak dan beroperasi. Sedangkan masa tu baru jam 9 pagi dan kami perlu ke tempat lain pulak. Takde rezeki lah..

Kami akan ke Takeshita Street pulak lepas ni...


Bersambung..

Comments

Popular posts from this blog

Trip ke JEPUN 2018 - Day 8 : GALA YUZAWA

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember

Outing ke PENANG STREET ART