Trip ke JEPUN 2018 - Day 6 - Mugiwara ONE PIECE Store, SHIBUYA


18.01.2018, KHAMIS
Day 6
Sambung dari Trip ke JEPUN 2018 - Day 6 : Check-in di Otsuka, TOKYO

Kami keluar semula untuk itenarary seterusnya petang tu. Berjalan kaki ke JR Otsuka St utk menaiki tren ke Shibuya. Tersilap naik JR Yamanote Line yg bergerak pada laluan ikut arah jam. Sepatutnya kami amek tren JR Yamanote Line yg bergerak lawan jam kerana ia nya lebih dekat. Bila dah naik yg ikut arah jam...kami perlu ikut laluan yg panjang dan banyak pula stesen yg akan berhenti utk menurunkan dan mengambil penumpang.

Boleh tengok maps JR Yamanote Line ni. 

Kitorang dari Otsuka tu...kena pusing jauh ke Shibuya bila naik tren ikut arah jam. 20 stesen nak pi meronda dulu, adoiiii. Sekiranya kami naik tren lawan arah jam...stesen ke-8 kitorang dah boleh turun dah, adeiii lah!!!

Jadi, lambat laa nak sampai ke Shibuya petang tu. Hari dah nak gelap dah. Musim winter cenggini lah. Kul 5 petang dah mula nak gelap dah.


SeIBU...SeBAPA tak tau kat mana, heheh..

Dah keluar dari Shibuya St...kami terus mencari Mugiwara ONE PIECE Store. Cari punya cari...ianya terletak di dalam IOIO Mall. Tingkat 6. Ada lift utk naik ke atas. Nampak dari pintu masuk IOIO Mall tu..

Ni mmg tempat yg anak2 nak pergi lah. Giler dorang tengok barang2 eksklusif dari ONE PIECE. Semua rasa menarik. Semua dibelek2, huhu. Maklum lah....semuanya peminat anime ONE PIECE. Buku komik pun beli dan baca. Siri anime pun dorang layan jugak. Banyak jugak lah duit dorang abes beli barang2 yg dorang berkenan, huhu.



Antara barang2 eksklusif ONE PIECE di situ. 







Lif utk naik dan turun...

Dah puas hati memasing...kami pun turun semula dan baru lah boleh join beramai2 melintas jalan di Shibuya Crossing tu..

Bersambung..


Nota :- Klik link πŸ‘‡Jepun di bawah ni πŸ‘‡ utk baca kisah penuh kembara kami di bumi JepunπŸ˜‰, TQ

Comments

Popular posts from this blog

Trip ke JEPUN 2018 - Day 8 : GALA YUZAWA

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember

Outing ke PENANG STREET ART