Trip ke JEPUN 2018 - Day 6 : Check-in di Otsuka, TOKYO


18.01.2018, KHAMIS
Day 6
Sambung dari Trip ke JEPUN 2018 - Day 6 : Lake Kawaguchiko

Kawaguchiko St - Otsuki St (tren Fujikyuko Line)
Otsuki St - Shinjuku St (tren JR Chuo Line-Ltd Express Azusa 7 Ltd Exp)
Shinjuku St - Otsuka St (tren JR Yamanote Line)


Alhamdulillah..dapat lah 3 jam kitorang meronda kat Lake Kawaguchiko dengan basikal. Mmg seronok. Antara pengalaman yg tak dapat dilupakan utk trip ni. Best!!!

Kami pulangkan semula basikal..dan berjalan kaki ke Kawaguchiko St, gi tandas dulu, heheh...kemudian baru ambil segala beg dari dalam locker coin tadi.

Hari ni kitorang akan ke Tokyo pula..
Dari Kawaguchiko St...kami akan menaiki tren Fujikyuko Line ke Otsuki St selama 50 minit. Reserve seat. Kali ni kami menaiki tren express, cuma berhenti di 4 stesen sahaja. Jadi, tambang yg perlu kami bayar 1740y. Lebih 600y jugak dari tren biasa tu (tren yg kitorang naik masa datang ke Kawaguchiko semalam).

Bukan tren ni yg kami naik utk jadual jam 11.55am tu.. Tapi tren kat gambar bawah ni.


Kartun yg menggambarkan Mt.Fuji...

Tren Fujikyuko Line ni kebanyakan koc nya ada lukisan kartun. Menarik sangat terutama utk kanak2..


Tren yg kami naik ni ada juga menurunkan dan mengambil penumpang di Fuji-Q Highland iaitu sebuah taman tema yg menghadap Mt. Fuji...special, kan!!



JR Otsuki St

Kalau sampai JR Otsuki St dari Kawaguchiko St...kita mesti keluar dari stesen tren Fujikyuko Line dan masuk semula JR Otsuki St yg cuma terletak bersebelahan sahaja.

Dari sini kami perlu menaiki tren JR Chuo Line-Ltd Express Azusa 7 Ltd Exp. Di sini kami menggunakan semula JR Pass dan boleh reserve seat.
Kami perlu ke Shinjuku St dari Otsuki St. Perjalanan ini mengambil masa 1 jam 1 minit. Boleh ambil kesempatan utk melelapkan mata sebentar.

Dalam perjalanan tu...aku pun menghubungi host AirBnB yg kami dah tempah utk menginap 3 hari 2 malam melalui mesej di website AiRBnB tu jer. Alhamdulillah, host ini cepat jer jawab mesej. Sangat membantu.

Dah sampai Shinjuku St...kami mencari platform JR Yamanote Line utk ke Otsuka St pulak. Tadi Otsuki St...kali ni Otsuka St pulak...heheh. Nama dekat2 jer.
Shinjuku St ni adalah antara stesen pengangkutan awam yg tersibuk dalam dunia. Dalam sehari shj berjuta2 orang berada di sini utk menaiki pelbagai rangkaian tren, subway, bus, teksi...

Kenapa kami perlu ke Otsuka St??
Sebabnya...apartment yg kami akan tinggal ketika di bandaraya Tokyo ini terletak di kawasan itu. Kami memilih kawasan tu sebab pengangkutannya menggunakan tren JR. Kami dah jimat dari menggunakan perkhidmatan subway atau pun tren lain yg JR Pass tak cover.

Dari Shinjuku St - Otsuka St...perjalanannya cuma 12 min. Tapi tren ini mmg sentiasa penuh dan sesak. Antara tren yg ramai penumpang menggunakannya setiap hari terutama ketika mereka pergi kerja dan pulang dari kerja.

Dari Shinjuku St utk ke Otsuka St...disarankan naik tren JR Yamanote Line ini mengikut arah jam. Perkhidmatan JR Yamanote Line ni adalah satu pusingan dan ia nya cover hampir 30 stesen untuk berhenti menurunkan dan mengambil penumpang. Jadi ada tren yg bergerak mengikut arah jam...dan ada yg bergerak ikut lawan jam. Jadi, kena study tempat korang nak pergi tu lebih dekat jika naik tren ikut arah jam ataupun lebih dekat kalau naik tren ikut lawan jam. Utk memudahkan...guna jer google maps, heheh.

Apartment kami berada di kawasan Toshima. Untuk menaiki tren...kami perlu menggunakan Otsuka St.

Dari situ...kami perlu berjalan kaki ke 1st Choice No.2 Apartment, TOSHIMA selama 15 minit dengan jarak 550m. Tu ikut kaki orang Malaysia laa. Bawak beg berat pulak tu, huhu. Kalau kaki orang Jepun..7 minit jer google maps kata, kihkih..

Antara bangunan yg menarik berhampiran Otsuka St...

Kawasan bandar Otsuka ni pun kitorang tak sempat nak cover tinjau2. Lalu jer...huhu.
Dah sampai apartment...satu hal pulak nak amek kunci unit apartment yg kami sewa tu kat peti surat. Cara2 nak bukak mcm nak bukak peti harta karun pulak thrill nya...hahahaha. Peti surat tu nak bukak kena guna kod/nombor, pulas ke kiri, pulas semula ke kanan...huhu. Mujurlah en.somi dan anak2 ni bijak2 orangnya. Dapat laa jugak bukak peti surat tu.

Dah check-in...kami pun berehat sebentar. Sebok laa nak basuh baju pulak. Mmg cari apartment yg sediakan mesin basuh. Maklum lah..kitorang tak bawak baju yg banyak. Last basuh baju ketika di homestay Kyoto.

Sempat aku masak nasik goreng menggunakan nasi segera yg dibeli dari 7Eleven. Along tlg basuh baju.
Tapi mesin basuh baju tu ada problem sikit. Kebetulan pulak tak lama lepas tu..owner / host apartment tu datang berjumpa kami. Sama2 lah cuba menyelesaikan masalah tu.

Dah kenyang..sebelum jam 5 petang kami keluar utk ke Shibuya pula. Masa tak boleh dibuang begitu jer. Kami di sini cuma 8 hari sahaja.


Bersambung..

Comments

Popular posts from this blog

Trip ke JEPUN 2018 - Day 8 : GALA YUZAWA

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember

Outing ke PENANG STREET ART