Trip ke JEPUN 2018 - Day 5 : Shirakawago tour


17.01.2018, RABU
Day 5
Sambung dari Trip ke JEPUN 2018 - Day 4 : TAKAYAMA

Alhamdulillah, pagi tu kitorang bangun awal dari biasa.
Hari ni kitorang ada Shirakawago Tour jam 8 pagi, yg dah ditempah online sekali dgn penginapan J Hoppers Guesthouse. Semua dah dibayar di kaunter ketika check-in semalam.

Harga pakej Bus Tour J Hoppers utk Shirakawago Tour 3900y seorang utk pelanggan yg menginap di guesthouse nya. Kalau yg tidak menginap di situ...harganya adalah 4400y. Maknanya, kitorang dah selamatkan duit 500y seorang disebabkan menginap di tempat mereka.

Pagi tu..hujan, hujan rahmat di bumi Jepun.
Perancangan nak gi ronda2 di Morning Market tak dapat dilakukan sebab hujan. Juga sudah tentu para peniaga belum ada yg buka gerai mereka tatkala jam 7 pagi di kala hujan. Mujur dah beli souvenir petang semalam..

Jadi, pagi tu...kitorang sarapan pagi dengan tenang aje. Sambil berbual dengan seorang pelancong berbangsa Cina dari Malaysia juga.
Dah selesai bersarapan pagi..kami naik ke atas semula dan bawa semua beg turun ke bawah. Simpan di dalam stor bagasi yg disediakan oleh J Hoppers utk pelanggan mereka yg seperti kami. Sudah check out tetapi perlu ke Shirakawago Tours terlebih dahulu sebelum ke destinasi lain.

Bagusnya J Hoppers ni...mereka juga menyediakan winter boot yg sesuai digunakan berjalan di atas salji tebal utk dipinjamkan kepada pelanggannya. Jadi, kami pun menggunakan winter boot tersebut dan turut meminjam payung yg mereka sediakan utk berjalan kaki ke bus stop yg menjadi tempat berkumpul mereka2 yg menyertai Shirakawago Tours bersama J Hoppers.

Hujan masih lebat.
Tak ramai yg mengikuti tour pagi ni.

Ni Bonnie. Tour guide kami pagi tu.

Beriya dia menerangkan tentang Shirakawago...aku ni dengar tu dengar tapi mata cam nak terlelap jer. Ngantuk wei. Dah laa sejuk kat luar. Dalam bas pun sejuk. Tido mmg tak penah cukup laa sejak sampai Jepun ni, huhu..

Mata ni mengantuk mmg mengantuk tapi disebabkan view di luar pun sangat cantek terhidang. Rasa rugi sangat kalau kami biarkan begitu sahaja dengan melelapkan mata, mmm.

Banyak terowong yg perlu dilalui sepanjang hiway ni. Ada laa 11 buah terowong kot.

Masuk terowong, keluar terowong...masuk terowong keluar semula. Ada terowong pendek jer...ada yg paling panjang...dalam 11 km kot panjangnya.
Bonnie kata..masa pembinaan terowong 11km tu...tempoh nak siapkan setiap 1km adalah 1 tahun. Hmm...maknanya..11km pembinaannya memakan masa sehingga 11 tahun, wow!!



Semakin hampir...semakin teruja mata memandang. Bersyukur sangat...kitorang dapat ke sini. Sebelum ni tengok Jejak Jepun Zizan jer datang ke sini. Tapi waktu tu bukan musim winter lah. Masa tengok tu...terdetik di hati...kalau sampai ke Jepun mesti masukkan Shirakawago ke dalam itenarary.

Perjalanan dari Takayama ke Shirakawago adalah sejam.
Utk tour ni kami cuma diberi 2 jam sahaja utk ronda2 di situ. Dan perlu naik bas semula jam 11 pagi. InsyaAllah, kami akan cuba menggunakan masa walaupun rasa mcm tak cukup jer...

Jejak kaki setelah turun dari bas...Allahhu Akbar...besar Nya kuasa Dia. Melihatkan keindahan alamNya, kagum Subhanallah. Syukur tak sudah2 mulut mengucapkan Alhamdulillah, Subhanallah, Allahhu Akbar.
Rasa tak percaya..rezeki kami sampai ke sini. Allah makbulkan impian dan doa kami...


Jambatan gantung yg menghubungkan tempat parking bas dengan kampung Shirakawago...

Atas jambatan jer dah berpuluh gambar kitorang snap..

Ni pemandangan berhampiran tempat parking bas dari atas jambatan gantung tadi..

Bonnie...dia kata dia nak pi cafe minum kopi..

Gambar ni Bonnie yg tolong snap. Payung dan boot tu...semua kami pinjam dari J Hoppers Guesthouse.

Kitorang pun jalan ke depan lagi. Stop lagi..amek gambar. Jalan sikit..amek gambar..jalan ke depan lagi..amek gambar. Adoiiiii. Semua tu sangat cantik dan rugi jika tidak dirakam.
Sesungguhnya, Shirakawago ni sangat cantek ketika musim salji tebal.























Kitorang mmg tak sempat nak rebut naik bas utk ke observation view point kat atas tu. Bas yg disediakan kecik. Bas mini tu aje. Orang yg nak naik tu...mak datuk!!! punya lah ramai. Bas tu punya sendat..sendat-sesendat-sendatnya. Nak naik bukit yg jalannya tengah licin pulak tu. Ish, tak sanggup rasanya.
Nak jalan kaki pun boleh tapi jauh jugak. Dalam 30 minit jugak nak sampai kalau kaki orang Malaysia ni, hehe. Tu belum kira berapa kali stop utk berfoto2 tu, mm. Tempoh yg diberi cuma 2 jam. Uish...bawah pun kitorang tak sempat nak teroka abes dan sepuas2nya dalam tempoh tu. Inikan naik atas dgn berjalan kaki pulak. Sekadar nak tengok view dari atas jer. Tak berbaloi.

Kami pun amek keputusan utk meronda2 di kawasan bawah sahaja. Lagipun Bonnie dah bagitau...sedang2 musim winter salji tebal dan lepas hujan ni....naik atas kat observation view point tu pun tak nampak apa. Jadi, kami ikut tips yg diberi oleh tour guide kami.

Kami main salji puas2. Mmg seronok sgt kat sini. Salji tebal, gebu gebas...

Tak sedar jer jam sudah 10.45pagi. Terus jer kitorang berjalan kaki menghala tempat parking bas semula. Bimbang nanti bas tinggalkan kitorang. Nak kena naik bas awam pulak...jenoh weh. Nanti rosak program itenarary kitorang selepas ni.

Berat hati nak meninggalkan Shirakawago ketika tu. Memandang ke luar jendela bas...memasang niat dan doa...semoga ada rezeki lagi utk kami sampai ke sini. Shirakawago mmg istimewa.


Bersambung..

Comments

Popular posts from this blog

Trip ke JEPUN 2018 - Day 8 : GALA YUZAWA

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember

Outing ke PENANG STREET ART