Trip ke JEPUN 2018 - Day 4 : TAKAYAMA


16.01.2018, SELASA
Day 4
Sambung dari Trip ke JEPUN 2018 - Day 4 : Kyoto Animation Studio

Kyoto St - Nagoya St (JR Tokaido-Sanyo Hikari)
Nagoya St - Takayama St (JR Hida Hida 11 Ltd)


Dari Kyoto St..kami ke platform 11 & 12. Tunggu shinkansen JR Tokaido-Sanyo Hikari. Teruja sangat hari tu pertama kali nak naik shinkansen atau bullet train ni. Kitorang dapat reserve seat di kaunter JR Pass.

Kalau naik shinkansen JR ni leh reserve seat tau. Gi jer kat kaunter JR Pass tu dan bagitau nak reserve seat. Tunjuk JR Pass kat dorang dan dorang akan buatkan. Dah dpt tiket reserve seat tu...simpan bebaik ye. Dalam shinkansen nanti ada petugas yg akan check tiket kita.

Kalau tak reserve seat pun takpe..cuma sekiranya koc biasa tu penuh tempat duduknya...korang kena lah berdiri, ye. Tapi selalunya...ada jer seat kosong tapi mungkin tak dapat duduk dekat2 lah dgn ahli trip kita kalau lambat masuk. Kat sana...naik tren tak boleh berebut2. Kena beratur..masuk sorang2.

Hari tu kitorang mesti...MESTI naik shinkansen utk ke Nagoya St trip 11.58am. Sebabnya...shinkansen Hikari dari Kyoto St utk kami turun di Nagoya St ni hanya ada beberapa trip sahaja dalam sehari. JR Pass ni hanya boleh utk naik Hikari jer. Shinkansen Nozomi tu mmg tak boleh laa sebab dikecualikan utk JR Pass ni.
Bukan tu jer...kitorang MESTI naik jugak shinkansen Hikari jam 11.58am tu sebab nak tepatkan masa dengan tren JR Hida Hida 11 Ltd untuk ke Takayama pada jam 12.48pm. Andai terlepas yg tu...lambat pulak tripnya dan kami akan sampai ke Takayama pada hari dah malam dan gelap.


Shinkansen 

Teruja pertama kali naik shinkansen. Seat lagi selesa dari naik flight AA, hahaha..

Dah sampai Nagoya St. Shinkansen akan terus ke Tokyo pulak.

11.58am - Depart from Kyoto St - Shinkansen JR Tokaido-Sanyo Hikari
12.34pm - Arrival at Nagoya St . 36 minit jer perjalanan. Laju wei shinkansen ni tapi tak terasa pun bila berada di dalamnya.

Kitorang berjalan laju giler utk ke platform 11 untuk amek tren JR Hida Hida 11 Ltd. ke Takayama St. Kitorang cuma ada masa dalam 15 minit sahaja untuk tukar tren.

Dalam jadual yg dah kami catat dalam itenarary..tren tu akan bergerak ke Takayama pada jam 12.48pm. Tren ni juga boleh buat reserve seat.
Perjalanan ke Takayama selama 2 jam 17 minit melalui pemandangan semakin hampir semakin cantik. Dipenuhi dengan salji yg memutih. Mata mula2 tadi mmg mengantuk sangat dengan lapar sebab sejuknya...kitorang cuma makan biskut2 sahaja ketika dalam perjalanan ke Takayama ni.





Kami sangat bersyukur kerana diberi rezeki utk sampai ke sini. Memang terasa mcm tak percaya tapi kena percaya kerana diberi peluang utk melihat sendiri keindahan pemandangan bumi bertuah Jepun ini.

Sudah sampai di Takayama St

Dari station...kami berjalan kaki sahaja mencari tempat penginapan kami J Hoppers Hida Takayama. Sepanjang perjalanan...salji terdapat di tepi2 jalanan.
Kat sini kami amek hotel backpackers, share dapur tapi kami amek bilik private yg tidak perlu share tandas dan bilik mandi. Kami amek bilik yang muat utk 4 orang. Satu lagi amek 1 katil di bilik dorm. Tapi tak guna pun katil di dorm tu. Sekadar nak memenuhi syarat jer. Tempat orang, kan. Bukan macam kat Malaysia ni...bilik utk triple tapi kekadang leh sumbat lebih 5 orang, hahahaha.
Kat tempat orang walaupun di Thailand...penginapan mengikut berapa kepala / berapa orang. Kat situ takde bilik utk 5 orang. Jadi, kami pilih bilik boleh muat 4 orang dan satu lagi amek 1 katil di bilik mix dorm.
Bilik kitorang utk 4 orang tu...takde katil. Semua menggunakan futon..jadi boleh jer sebenarnya nak duduk 5-6 orang sekali.

Sampai2 tu...kitorang bawak megi dan telur turun ke dapur. Lapar dah perut ni. Tapi alas perut dengan megi yg senang dan ringkas sebab lepas tu nak gi meronda di sekitar pekan Takayama sementara matahari masih nampak cahayanya petang tu.

Masak megi jer. Sorang sebungkus...hahahah.. Tak sempat nak beli sayur segala. Cukup lah. Jadi backpackers ni sebenarnya tak perlu nak beradun sangat pun.

Dah selesai makan...terus keluar utk ke Sannomachi Street iaitu kawasan deretan rumah zaman EDO yg sangat menarik. Seronoknya rasa berjalan di situ. Tenang jer bandarnya.



Air longkang pun leh beku bersalji, heheh..

Nakabashi Bridge yg juga popular di Takayama



Kalau dah melintas Nakabashi Bridge tu...mmg akan nampak lah kawasan rumah lama Sannomachi tu. Kami sampai situ hari dah mula nak menggelapkan diri, hampir senja. Hampir masuk Maghrib..

Ni antara lorongnya.

Di lorong ni korang mesti singgah satu kedai souvenir tu. Kedainya besar. Dalam tu mmg mcm2 souvenir yg ada. Kitorang tak dapat nak tengok abes. Belek2..sebab barang yg dijual unik2 yg mmg sesuai untuk dijadikan souvenir. Fridge magnet pun murah2 dan design mcm2. Kat sini boleh terus beli FM gambar Shirakawago. Kat sana dah tentu harganya sedikit mahal, kan. Banyak borong FM kat sini, heheh. Tak sempat nak tengok t-shirt kat situ...harga berapa, design mcm mana....sebab kedai dah nak tutup. Dorang dh tutup lampu kat bahagian situ...alahaiii. Cepatnya dorang tutup. Strict sungguh dorang mengikut masa.
*Kalau kat Malaysia tu...selagi pelanggan tak keluar..selagi tu dorang biarkan pelanggan yg kat dalam tu memilih dan membeli dulu. Yg kat luar dah tak boleh masuk dah. Pintu dah ditutup sebelah. Tu kalau kedai2 biasa gini lah. Kalau kedai2 besar tu lain citer, hehe.. 
*Itu lah, kan...lain tempat lain budaya, lain cara mereka. Tu sebab kita dituntut untuk mengembara melihat 'alam luas' milikNya di tempat lain.

Kedai makan di lorong yg sama. Masih bukak. Tengok keadaan di sini...terus teringat lagi drama2 Jepun yg pernah ditonton suatu masa dahulu...
Memang dah sunyi sepi dah bandar Takayama ni. Awal lagi. Baru masuk Maghrib.

OTW balik ke hotel..kami singgah juga di sebuah kedai mini market mereka. Beli telur, air mineral dan beberapa barang keperluan yg lain. Kami juga beli buah epal. Kat Takayama ni harga buahnya murah berbanding Kyoto.

Sampai bilik hotel..kami bersihkan diri...kemudian turun ke dapur utk masak nasik pulak. Cuaca sejuk2 ni mmg kena makan. Megi petang tadi aje mmg tak cukup perut ni..heheh.

Masak nasik beras dari Malaysia. Beras yg aku peketkan 2 pot setiap peket. Senang. Nak masak amek satu peket dan buang plastiknya.
Lauk malam tu mcm biasalah..telur dadar dan sardin peket keluaran bumiputera tu. Sedap dan mudah kalau guna sardin tu sebab dah siap sekali dengan cili padi kat dalam peket tu. Panaskan dan tambah sedikit garam aje.
Oh, ye!! lupa nak cerita. Buah epal yg kitorang beli tadi tu....pergh!!! punya laa sedap, manis, rangup, fresh!!! Tak leh lupa lagi kesedapan buah epal tu. Rugi pulak rasanya beli 3 bijik aje. Tapi buah epal ni besar. Sebijik tu pun kira puas makan wlpn potong 5, heheh..

Alhamdulillah, berselera kami makan..

Malam tu kitorang lepak aje dalam bilik. Layan wifi..sambil tengok tv siaran di Jepun. Haa...!! baru lah tambah feel yg kami sedang berada di Jepun, hehehe..

Malam tu kena tido awal. Set alarm pun kena banyak2...hahahaha. Takut tak terbangun lak...maklum lah..cuaca tengah sejuk2 gini,  heater terpasang pulak, fuhhh! nikmatnya tido..hihi..

Sebelum tido tu..kena kemas dulu barang2 masuk beg. Pakaian yg nak dipakai esok dah bawak keluar siap2. Semuanya utk memudahkan urusan pagi esok..InsyaAllah.

Bersambung..

Comments

Popular posts from this blog

Trip ke JEPUN 2018 - Day 8 : GALA YUZAWA

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember

Outing ke PENANG STREET ART