Trip ke JEPUN 2018 - Day 5 : ke Kawaguchiko


17.07.2018, RABU
Day 5
Sambung dari Trip ke JEPUN 2018 - Day 5 : Shirakawago tour

Takayama St - Nagoya St (JR Hida Hida 10 Ltd)
Nagoya St - Shin Yokohama St (Tokaido-Sanyo Shinkansen Hikari)
Shin Yokohama - Hachioji St (JR Yokohama Line)
Hachioji St - Otsuki St (JR Chuo Line-Ltd Express Azusa)
Otsuki St - Kawaguchiko St (Fujikyuko Line)

Sampai semula di Takayama dari Shirakawago Tour ngam jam 12 tengahari. Setelah mengucapkan terima kasih pada Bonnie dan pemandu bas...kami terus bergegas berjalan kaki ke J Hopper Guesthouse utk mengambil semua beg dan memulangkan semula boot dan payung yg kami pinjam.

Hujan masih turun. Kitorang redah aje. Kami perlu mengejar tren dari Takayama St untuk ke Nagoya St. Kami cuma ada tempoh 33 minit sahaja utk berada di Takayama St selepas sampai jer dari Shirakawago tadi. Jadual tren dan pengangkutan awam di Jepun adalah tepat. Kalau delay seminit dua pun mereka akan memohon maaf di atas kelewatan tersebut. Mereka sangat menghormati masa.

Di depan J Hopper Guesthouse. Mmg bagus menginap di sini. Rekemen utk mereka yg ke Takayama.

Monkey D'Luffy jaga jalan. Kat Jepun...dorang mmg sangat bangga dgn watak2 anime..

Hari hujan...kami redah aje. Dengan beg beratnya lagi. Risaunya andai tertinggal tren yg dijadualkan tepat bergerak jam 12.33pm. Tengah2 meredah hujan tu...ternampak pulak kedai souvenir. Alaaa...tak sempat nak masuk2 tengok.

Dalam tren JR Hida Hida 10 Ltd utk ke Nagoya St.

Melihat view luar dari jendela tren...hati terdetik andai suatu hari nanti sampai lagi ke bumi Jepun ini...Takayama adalah tempat yg kami akan ulang semula. Tak puas meneroka di pekan kecil ini.

Pemandangan salji memutih di luar semakin menghilang meninggalkan kenangan kepada kami. Perjalanan 2 jam 29 minit akhirnya kami sampai di Nagoya St.

Sempat ke kaunter JR utk reserve seat shinkansen Hikari Tokaido-Sanyo. Reserve di sebelah kiri konon2 nak nampak Mt. Fuji.

Shinkansen sampai. Ini kali ke-2 kami menaiki shinkansen.

Dari Nagoya St...perjalanan kami perlu ke Shin Yokohama St mengambil masa 1jam 25 minit. Seandainya kami tak beli JR Pass...harga tiket utk perjalanan ini adalah 10,040y...wuuu!!

Perjalanan shinkansen walaupun laju tapi smooth membuatkan mata rasa mengantuk. Terasa nak tidur...takut pulak terlepas station. Tengok yg lain sedap jer lena.

Hari ini mmg kami akan melalui perjalanan yg meletihkan. Turun naik tren 5x di 5 buah station. Episod mengejar masa tu sudah tentu lah meletihkan dengan bebanan beg lagi.

Masa tren lalu di view Mt. Fuji...tak dapat tengok pun. Kabus menutupi. Hari tu kebanyakan kawasan di Jepun hujan. Sepanjang perjalanan kami...hujan rahmat mengiringi.

Sampai Shin Yokohama St...kami kena menaiki JR Yokohama Line pulak utk ke Hachioji St. Orang Jepun balik keje pulak time tu. Kena berdiri selama 48 minit. Dugaannya..

Dah sampai Hachioji St pulak...kitorang kena tukar tren JR Chuo Line-Ltd Express Azusa utk ke Otsuki St.

Perjalanan selama 32 minit itu akhirnya sampai lah kami ke Otsuki St.
Di sini lah rasa lagi mencabar...kami ada masa cuma 3 min utk tukar tren Fujikyuko Line untuk ke Kawaguchiko St pulak.
Berlari2 kami semua mencari pintu keluar utk ke kaunter Fujikyuko Line tu. Sakit2 rasa bahu dan kaki ni dah, hahaha. Nak backpackers sangat, kan.
Tapi pengawal stesen sangat membantu. Mereka menunjuk arah. Tak susah pun. Mmg mudah boleh nampak di mana kaunter untuk membeli tiket tren Fujikyuko Line. Terus jer. Tak perlu keluar dari terminal pun. Dorang mmg ada buat border pagar kat situ. Senang. Staff di kaunter pun dah menunggu utk penumpang membeli tiket tren mereka.

JR Pass tak cover tren Fujikyuko Line ni. Kena beli tiket berharga 1140y seorang.
Perjalanan dari Otsuki St ke Kawaguchiko mengambil masa 56min. Byk pulak tu tempat berhenti..dalam 17 stesen, huhu.
Kat dlm tren ni boleh tido sebab Kawaguchiko mmg stesen terakhir. Nak tengok luar pun bukan boleh nampak apa, gelap dah harinya pun.

Setelah mengejar masa, turun naik tren sebanyak 5x...akhirnya kami sampai Kawaguchiko St. Kawasan di situ diselubungi kabus. Kami perlu mencari lokasi tempat penginapan kami bermalam di sini iaitu Kagelow Mt. Fuji Hostel.

Mengharap sinar menelan kabus..

Dengan jarak hampir 1km...hampir 15 minit juga kami berjalan..akhirnya sampai ke Kagelow. Bayar dan check in...lega rasa hati. Nak melepaskan lelah pun dah tak reti mcm mana, hahahaha..
Perut lapar. Along dan Angah keluar semula ke kedai convenience utk beli apa makanan yg mudah tapi halal, Alhamdulillah dapat mengenyangkan perut.

Malam tu bersihkan diri...terasa segar semula badan yg keletihan ni.
Kat sini mmg pening sikit nak kemas2 barang. Esok pagi2 nak keluar check out dah. Cadang nak berbasikal melihat Mt. Fuji sebelum ke Tokyo tengaharinya.

Ni bilik kitorang...utk 5 orang. Bilik yg unik. Shared kitchen, shared toilet & bathroom..

Malam tu tido lena. Badan nak cas semula tenaga utk hari esok.
Walaupun keletihan...tetapi pengalaman begini sebenarnya menyeronokkan dan akan dikenang semanis-manisnya. Tambahan pula...ia dikongsi bersama anak2.


Bersambung..


Nota :- Klik link πŸ‘‡Jepun di bawah ni πŸ‘‡ utk baca kisah penuh kembara kami di bumi JepunπŸ˜‰, TQ

Comments

Popular posts from this blog

Trip ke JEPUN 2018 - Day 8 : GALA YUZAWA

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember

Outing ke PENANG STREET ART