Trip ke JEPUN 2018 - Day 8 : Repeat ke AKIHABARA


20.01.2018, SABTU
Day 8
Sambung dari Trip ke JEPUN 2018 - Day 8 : GALA YUZAWA


Tokyo St - Akihabara St (Yamanote Line atau Keihintohoku Line)


Sebenarnya, ikut itenarary yg dah disusun...lepas balik dari Gala Yuzawa kitorang akan menapak dari Tokyo St tu untuk bersiar2 ke kawasan taman Imperial Palace yg cantik tu.

Ia nya terletak dekat dgn Tokyo St tapi kalau berjalan kaki tu mungkin 15-20 minit jugak laa utk kaki orang Malaysia, hehe.
Tapi memandangkan anak2 ni macam tak puas aje menjamu mata di Akihabara semalam dan abahnya pun tak beli apa2 lagi untuk dirinya sendiri selain tshirt...maka ibu pun pikir masa dalam shinkansen Gala Yuzawa tu...ibu kata jom lah ke Akihabara semula.
Imperial Palace tu takat nak tengok depan mata dan bergambar aje. Takpe lah...kita skip itenarary yg tu.

Tu yg turun aje dari shinkansen dari Gala Yuzawa...kitorang amek pulak tren Yamanote Line utk ulang sekali lagi ke Akihabara.

Alhamdulillah, dapat jugak abang beli seutas jam G-Shock harga mampu milik.

Di Akihabara ni...ternampak lagi team kereta ala go-cart ni. Tertanya2 jugak dorang ni tengah kempen apa siap ngan jumpsuit watak2 dalam tv. Ritu nampak kat Shibuya, semalam nampak kat Akihabara...hari ni nampak lagi.
Bila dah balik Malaysia...aku simpan gambar ni kat fesbuk...baru lah tau rupa2nya ini adalah satu aktiviti yg ditawarkan kepada orang ramai dengan bayaran sekian2...leh naik street kart tour ni siap ngan jumpsuit unik dan ikut marshall yg di depan bawa pusing2 sekitar bandar Tokyo.


Tapi...kami baca review dan nasihat dari otai2 di laman facebook RTJ...dorang tak galakkan atau lebih senang dorang nasihatkan jangan laa naik mende ni. Sebab insurans tak cover dan sudah banyak berlaku kemalangan pada mereka2 yg menaiki mende alah ni.


Ternampak food truck jual kebab. Nampak tanda halal...ok, boleh beli.
Sebab tak semua orang Turki beragama Islam...jadi, kena tengok tanda halal tu. Kalau tak nampak...boleh tanya sendiri pada peniaga tersebut. Kalau tak halal dorang akan cakap non halal.

Sebenarnya, sebelum nampak food truck jual kebab ni...perut ok jer tapi bila ternampak jer...mulalah perut mula bergelodak, hahahahaha..
Muka sabar menunggu oder siap. Bau dorang memasak tu mmg tak manahan laparnya, weii...huhu.

Ada yg beli kebab wrap. Ada yg beli kebab rice. Ibu tak beli kebab rice sebab sabar tunggu nak makan nasik lemak Pak Nasser kat dalam AA nanti, hahahah..

Kat laluan pejalan kaki tepi2 kaki lima kedai tu ada dorang buat promo utk Owl Cafe dorang. Kitorang pun amek gambar jer lah budak mata bulat yg comel tapi sombong ni. Tak boleh diusik2..mereka boleh mematuk.



Along masuk ke dalam kedai Animate ni.
Semalam dah masuk dah...hari ni dah masuk kat tempat lain...tapi tempat ni jugak yg dia rasa best nak cari barang2 dia.

Berapa tingkat kedai ni...leh pening kepala utk orang yg tak minat siri2 anime ni.

Ibu dan abah pun bukan semua anime layan. Ada jenis2 cerita jugak. Maklum lah...orang dah tua, kan...hihi.
Sementara Along masuk kedai Animate...adik2nya gi kedai lain pulak. Berpecah utk jimatkan masa. Masing2 ada barang2 pilihan sendiri. Ibu tunggu kat luar kedai Animate ni. Apa2 hal..dorang cari ibu kat situ sbb router wifi ada satu aje. Bila jauh dari wifi...line tak boleh dapat. Orang kat situ dah laa seramai2nya...sesak weh, hari Sabtu....kan.
Ibu menahan sejuk kat luar tu. Perut dah kenyang datang pakej mengantuk. Menguap tak sudah2...aduii. Lama betul dorang mencari barang2 pilihan hati. Rambang mata laa tu tak tau nak beli yang mana, ish2.
Bila sorang2 dalam keadaan begitu...terasa sangat sedang berada di dunia asing. Mata pun blur jer, hahahaha.

Akihabara...
Hari dah nak gelap. Mana dorang tak nampak2 lagi batang hidung ni.
Along dah keluar...adik2 dia pulak ntah mana2 kedai dorang masuk. Jenuh laa ibu pi cari dan agak2 dgn naluri keibuan ni. Muka kalut tapi cuba bersabar. Berdoa jer agar pencarian dipermudahkan. Along dan abah tunggu di luar kedai Animate. Router wifi along yg pegang.

Dalam kesejukan...ibu try terjah satu kedai souvenir anime di hujung2 sana...Alhamdulillah, ternampak kelibat budak berdua tu. Lega sangat.


Bersambung..

Comments

Popular posts from this blog

Trip JEJU ISLAND : Balik dah

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember

Outing ke PENANG STREET ART