Trip ke JEPUN 2018 - Day 8 : Pulang ke tanahair terchenta..


20.01.2018, SABTU
Day 8
Sambung dari Trip ke JEPUN : Day 8 : Repeat ke AKIHABARA


Akihabara St - Tokyo St (untuk ambil beg dalam locker coin)
Tokyo St - Hamamatsucho St (Keihintohoku Line)
Hamamatsucho St - Haneda Airport (Tokyo Monorail - JR Pass cover)

Dah selesai di Akihabara...kami pun bergerak semula ke Tokyo St.
Ikutkan boleh aje dari Akihabara St tu terus ke Hamamatsucho St dengan menaiki tren Keihintohoku Line. Tapi disebabkan segala beg kitorang disimpan di locker coin Tokyo St...kitorang perlu ke Tokyo St semula.
Dah amek segala beg di Tokyo St..baru lah kami naik tren Keihintohoku Line utk ke Hamamatsucho St pula.
Dah sampai Hamamatsucho St...kami perlu menaiki Tokyo Monorail utk ke Haneda International Airport. Semua perjalanan kami dengan tren hari ini adalah menggunakan JR Pass. Dan Tokyo Monorail ini adalah penggunaan JR Pass kami yg terakhir, sob...sob..

Awal juga kami sampai di Haneda Airport ni. Maklum lah, tempat tak biasa. Risau jugak kan. Jadi, buat persiapan awal. Sampai awal senang nak uruskan apa2 yg patut.
Dah sampai kat sana...kitorang cari tandas dulu. Bergilir2 tukar baju...terutama inner long john tu dah tak perlu dipakai dah. Tukar sweater biasa aje memasing sebab sejuk dalam flight nanti. Winter coat semua kena simpan dalam beg. Boot pun dah disimpan dan tukar kepada kasut sport biasa sahaja.

Dah setel semua...kami cari tempat utk wrapping beg. Mahal wrapping kat sini. Mmg kena wrapping sendiri lebih jimat...beli kat Daiso Japan ni dorang kata...hehe.

Kaunter check in tak bukak lagi...kitorang meronda sampai ke atas. Ada observation deck kat atas tu. Leh sedut2 udara dingin...leh main asap keluar ikut mulut. Bersejuk2 dengan cuaca di Jepun sebelum naik pesawat terbang semula ke tanahair terchinta...




Sejuk betul kat atas ni. Tak tahan tapi tahan jugak.
Nanti balik Malaysia.....dah tak dapat dah sejuk tahap gini. Mesti rindu, kan...huhu.

Dah puas...walaupun tak puas sebenarnya....kami pun turun semula utk check in bagasi. Orang dah beratur panjang. Rasanya penuh flight AA ke KLIA malam tu dari Haneda.

Kat dalam balai pelepasan...sempat cas bateri segala gajet yg dah tinggal sikit jer bar nya. Last cas sebelum jam 5.50pagi tadi, huhu.

Penerbangan AA dari Haneda ke KLIA jam 11.45mlm.
Sayonara Jepun. Ada rezeki InsyaAllah...kami sampai lagi. Doakan.

Dalam penerbangan...waktu rehat kami terganggu dengan seorang wanita mabuk yg mungkin dari hot seat yg dipindahkan ke belakang sekali...berdekatan dgn seat kitorang. 3 seat ekonomi tepi tingkap tu semua jadi tempat dia sorang. Dia tidur mengigau, meracau...aduhaiiiiiii. Sabar jer lah. Tengok muka dia pun seram...apatah lagi dengar cara dia mengigau sambil meracau2 tu...uish!! Memang mcm orang kena rasuk.
Pastu siap sendawa werp...werp...kuat2. Aku nak makan nasik lemak pak Nasser pun tak berapa selera dah, aiyakk!! Potong selera...mm
Krew flight malam tu mmg nampak jaga penumpang istimewa ni...tolong bukakkan kasut dia, kejut dia bagitau dengan berhemah jangan buat bising. Tapi dia tetap mcm tu jugak lah, huhu. Nasib nasib...


Alhamdulillah, kami sampai KLIA jam 6.30pagi waktu Malaysia.
Dah ambil beg..terus gi pulangkan router wifi yg disewa dengan Samurai Wifi. Mmg rekemen utk mereka yg nak ke Jepun. Mereka tawarkan unlimited utk router wifi di Jepun. Line pun bagus sangat. Takde masalah.

Dari KLIA2 kami menaiki ERL untuk ke Putrajaya Sentral. Kereta kami diparkir kat Park & Ride Putrajaya Sentral selama 9 hari termasuk hari ni. Alhamdulillah, kereta dalam keadaan baik.

Sempat sarapan pagi di area Ampang sebelum singgah mandi dan ambil barang2 along di rumah Fadel.
Hantar angah balik ke rumah sewanya (waktu tu angah tengah praktikal di syarikat Pak Wan di Taman Cempaka, Ampang)...kemudian hantar Along balik ke Gombak. Isnin esoknya Along dah mula semester baru.

Kemudian kami bertiga terus pulang ke Taiping.

Alhamdulillah...perancangan kami selama 13 bulan dari tarikh pembelian tiket return ke Jepun telah berjalan dengan baik, dipermudahkan, juga selamat sejahtera.
Impian untuk ke bumi Jepun akhirnya telah berjaya direalitikan dengan izinNya jua. Syukur Ya Allah.

Pertama kali menaiki kapalterbang ke luar negara sendiri tanpa seorang ketua trip...ia nya adalah satu pengalaman yg sangat berharga. Setiap urusan diurus sendiri & perlu dengan teliti. Kerjasama adalah penting. Kecekapan menggunakan teknologi internet juga menjadi satu kepentingan untuk mencari info serta berkomunikasi.

Segalanya kini menjadi kenangan terindah..

Comments

Popular posts from this blog

Trip JEJU ISLAND : Balik dah

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember

Outing ke PENANG STREET ART