Trip ke JEPUN 2018 - Day 2 : Salji di Fushimi Inari
14.01.2018, AHAD
Day 2
Sambung dari Trip ke JEPUN - Day 1 : Dontonbori
Alhamdulillah, malam tu kami dapat tidur dengan lena. Aku seperti yg dirancang bangun awal utk menyediakan sarapan pagi dan sedikit bekalan sepanjang itenarary hari ni.
Malam tu ada sedikit salji turun di kawasan Inari.
Semua sudah siap...kami membawa 2 buah beg yg berisi passport, wallet dan makanan sahaja. Kami bermalam di sini 3 malam sepanjang itenarary di Kansai. Jadi, barang2 lain dibiarkan sahaja di rumah tersebut dan bawa yg perlu sahaja.
![]() |
Heart homestay ni kami booking dari AirBnB iaitu 5 bulan sebelum ke sini. |
Inilah Heart Homestay yg kami bermalam sepanjang itenarary di Osaka, Kyoto dan Kobe. Best rumah ni. Simple dan comel. Terasa benar berada seperti dalam cerita anime yg dilihat di tv. Terletak dalam kawasan perumahan orang tempatan...kita perlu menghormati suasana dan budaya mereka. Tidak boleh bising2 selepas 9 malam. Sunyi dan sepi.
Dari homestay nak ke Fushimi Inari ataupun ke JR Inari St...mesti kena lintas 2 rel keretapi. Satu JR dan satu lagi Keihan Line. Kat Inari ada 2 station keretapi. JR dan Keihan. Disebabkan kitorang ada JR Pass..mmg tren JR lah yg akan kami naiki utk ulang alik ke Kyoto Station.
![]() |
Ini tren Keihan Line.. |
Sempoi jer palang keretapi yg menghalang laluan seketika sementara tren akan melalui relnya. Tapi penduduk kat situ takde pun nak lintas dengan melangkah palang tersebut sesuka hati walaupun tren masih belum lalu ataupun sudah pun melepasi laluan. Selagi isyarat tak boleh melintas...mereka akan tunggu dengan sabar.
Dorang sangat tertib dan berdisiplin. Bila palang dah dinaikkan baru mereka melintas dan berjalan dengan lajunya, heheh..
![]() |
Ok...boleh bergambar ketika ini.. |
Kami berjalan kaki menuju ke Fushimi Inari. Kelihatan salji nipis di tepi2 jalan, di atas rumput. Hati berbunga riang. Ketika usia sudah melepasi 42 tahun..baru dapat melihat sendiri salji di depan mata..Alhamdulillah..
Terus jer berjalan kaki menghala ke Fushimi Inari. Tak jauh pun..dalam 15 minit dengan jarak hampir 1km...kami dah sampai ke situ.
![]() |
Pintu gerbang besar ni menandakan dah mula memasuki kawasan shrine. |
![]() |
Dah berjalan ke dalam...pandang semula ke pintu gerbang tadi. Ini lah viewnya, heheh.. |
Berjalan menaiki anak tangga...baru lah akan jumpa tiang2 oren yg tersusun rapi ni. Setiap tiang oren tercatat nama2 penderma utk shrine ni. Ada lagi yg masih kosong, hehe..
Macam tak percaya jugak dah sampai sini. Ritu tengok jer rancangan tv Jejak Jepun Zizan dan beberapa rancangan travel dibuat kat sini. Hari ni...kami anak beranak pulak sampai. Sebagai orang Islam..takde apa pun yg menarik kecuali nak bergambar ngan tiang2 oren ni aje. Tambahan pulak kitorang sampai sini pagi lagi. Orang meniaga pun tak sampai lagi kat bawah tu.
Cuma...rezeki kitorang pagi tu dapat melihat salji yg meriah di suatu kawasan lain berdekatan tiang tersebut. Seronok tak terkata. Akhirnya, dapat memegang salji dan main baling2 salji, hahaha. Teruja ni bukan utk budak2 aje...Maklum lah, kat Malaysia takde salji2 ni. Yg tak real ada lah. Tu pun bukan boleh pegang pun.
Subhanallah, canteknya bila salji melekat di dedaunan dan dedahan pokok. Walaupun salji turun tak lebat malam tadi..tapi rezeki kami dapat melihat suasana ini seperti dalam drama bersiri Jepun suatu waktu dahulu iaitu Rin Hane Koma dan Oshin.
InsyaAllah, itenarary kami akan ke Shirakawago pula pada hari ke-5 nanti. Mmg sangat mengharapkan ada salji tebal menunggu kami di sana.
Bersambung..
Nota :- Klik link 👇Jepun di bawah ni 👇 utk baca kisah penuh kembara kami di bumi Jepun😉, TQ
Comments
Post a Comment