Trip ke JEPUN 2018 - Day 1 : Dontonbori


13.01.2018, SABTU
Day 1
Sambung dari post Trip ke JEPUN 2018 - Day 1 : Osaka Castle

Tanimachi4-chome @ Tanimachiyonchome St - Tanimachi9-chome @ Tanimachikyuchome St (subway Tanimachi Line)
Tanimachi9-chome @ Tanimachikyuchome St - Namba St (subway Sannichimae Line)

Dari Osaka Castle tadi..kami berjalan kaki semula ke Tanimachi4-chome St @ Tanimachiyonchome St utk menaiki tren subway Tanimachi Line ke Tanimachi9-chome St @ Tanimachikyuchome St.
Dari situ tukar tren Sannichimae Line utk ke Namba St..dan berjalan kaki pula selama 10min berjarak dalam 700m ke Dontonbori.

Kat sini...kitorang tak ronda sangat pun. Cari spot2 popular utk bergambar dan cari kedai takoyaki utk makan aje. Orang mmg ramai kat sini. Mmg tempat tumpuan pelancong pun..



Sampai Dontonbori...mesti bergambar dgn sign Glico ni. 

Muka dah lapar ni. Tu yg cari takoyaki tu untuk alas perut sebelum check in homestay AIRBnB. Last makan dalam flight..pastu makan biskut2 aje sejak sampai Namba, heheh..

Takoyaki..panas2 sedap, nyumm

Lorong kedai2 di Dontonbori..

Dah nak ke Namba St semula.

Dengan hanya berjalan kaki dari Dontonbori...akhirnya kitorang kembali ke Nankai Namba St untuk ambil segala beg di coin locker tu.
Kemudian, keluar dan berjalan kaki lagi utk ke Namba St selama 8 minit dgn jarak 550m ikut direction Google Maps. Berat memikul beg...jangan citer la. Sakit bahu, huhu..
Dari Namba St..kitorang naik tren subway Midosuji Line utk ke Umeda St. Kami telah menggunakan one day pass dari YOKOSO! Osaka utk menaiki kesemua tren hari ini. Tidak perlu ke mesin tiket utk membeli tiket perjalanan tersebut. Memang memudahkan serta menjimatkan bagi mereka yg sudah menyusun itenarary.
Perjalanan tren hanya 8 minit utk ke Umeda St. Dari situ kami cuma berjalan kaki lagi 5 minit utk ke Osaka St pulak.
Di Osaka St...kami akan menaiki tren JR Tokaido-Sanyo Line utk ke Kyoto St. Hari ni, kami perlu membeli tiket perjalanan tersebut kerana JR Pass hanya akan digunakan bermula hari esok. Tiket berharga 560y seorang.
Di Osaka St..sedang menunggu tren utk ke Kyoto sampai. Muka teruja dalam keletihan, heheh..

Dah sampai Kyoto St...kami perlu membeli tiket tren JR Nara Line utk ke Inari St yg berharga 140y seorang. Perjalanan yg memakan masa cuma 5 minit itu perlu kami ambil utk ke Heart Homestay yg telah ditempah melalui AirBnB.

Pintu gerbang utk ke Fushimi Inari...yg ada juga dalam itenarary kami. Terletak hampir dengan Inari St. 

Dari Inari St...kami perlu berjalan kaki selama 15 minit utk ke Heart Homestay. Sakit juga bahu2 dan keting betis ni, hahaha. Berjalan sehari suntuk. Tapi semangat bumi Jepun mengatasi segala2nya. Alhamdulillah, Allah beri kudrat utk kami sepanjang hari ini.

Sampai homestay...sudah tentu lah melepaskan segala keletihan, kelaparan...masak, makan, melunjurkan kaki, bersihkan diri..rehat utk tenaga hari esok pula.

Bersambung..

Comments

Popular posts from this blog

Trip ke JEPUN 2018 - Day 8 : GALA YUZAWA

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Taman Langit

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Goa Pinus & petik apel