Trip ke JEPUN 2018 - Day 1 : Osaka Castle


13.01.2018, SABTU
Masih di hari pertama di bumi Jepun.
Sambung dari post ini Trip ke JEPUN 2018 - Day 1 : Kansai Airport

Nankai Namba St - Namba St (jalan kaki)
Namba St - Tanimachi9-chome @ Tanimachikyukchome St (subway Sannichimae Line)
Tanimachi9-chome @ Tanimachikyukchome St - Tanimachi4-chome @ Tanimachiyonchome St (subway Tanimachi Line)

Dari Tanimachiyonchome St @ Tanimachi4chome St tadi...kitorang pun mula lah berjalan kaki utk ke Osaka Castle. Antara tempat menarik yg kena pergi sebab ia nya adalah mercu tanda anda telah sampai ke Osaka Castle selain beberapa tempat menarik yg lain.

Sambil berjalan kaki tu...hati masih rasa teruja dan seakan tidak percaya kami telah sampai ke bumi Jepun ini sendiri...ala backpackers tanpa tour guide pun.
Bangunan kiri kanan jalan, keadaan lalu lintas jalan di sana ketika itu tenang. Takde kisah tentang kesesakan langsung walaupun kami berada di sebuah bandar besar di sana.







Dalam 20 minit berjalan kaki, hampir 1.5km melangkah...akhirnya sampai lah kami ke Osaka Castle. Mmg teruja sangat perasaan tu. Selalu tengok dalam gambar je, tengok dalam blog orang lain, tengok dalam fesbuk sahabat yg pernah sampai ke sana...Alhamdulillah, rezeki kami pula kali ni.



Kalau nak bergambar2 dari luar jer...tak perlu bayar apa2 pun. Tapi kalau nak masuk ke dalam dan melihat dengan lebih dekat..akan dikenakan bayaran masuk.
Kitorang tak masuk pun. Jadi lah sekadar bergambar di luar, berlatarbelakangkan istana lama ini sudah mencukupi. Apatah lagi banyak tempat menarik kat situ utk bergambar. Itu sahaja sudah memakan masa yg lama juga, heheh..




Nama bangunan ni Miraiza Osaka-Jo. Dalam ni ada restoran mewah dan kedai utk shopping juga. Kitorang tak masuk pun.






Dah puas berada di situ dengan cuaca yg lembut dingin...kami pun beransur untuk ke itenarary ke-2 pada hari pertama di bumi indah ini.

Bersambung..

Comments

Popular posts from this blog

Trip JEJU ISLAND 2018 : Jungmun Tourist Complex / Jungmun Resort

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Goa Pinus & petik apel

Trip ke JEPUN 2018 - Day 8 : GALA YUZAWA