Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Mukadimah

05.07.2019
JUMAAT


Syukur kehadrat Ilahi..perancangan ke Surabaya, Batu, Malang pada Julai 2019 ni telah dapat direalisasikan. Hasrat abang bawak mak terbang jenjalan tercapai dengan sebaiknya.

Ini kali ke-2 aku dan abang ke Surabaya, Batu, Malang. Kali pertama pada Ogos, 2017. Ada juga ceritanya disimpan dalam blog ni.
Kali ni kami bawak anak2, mak abang dan Maton (adik ipar) pulak..

Tiket flight telah dibeli pada bulan September 2018.
Sebenarnya ada beberapa perkara terjadi dan merisaukan kami dalam tempoh tu. Dugaan memula bila Maton telah pitam ketika hiking ke Gunung Ulu Semangkuk / Gunung GAP dan koma selama beberapa hari di Hospital Selayang. Alhamdulillah, semangat dia kuat...dia kembali sedar dan sebulan lebih juga untuk pulih tubuh badan dan semangatnya.

Kemudian...kesihatan mak pulak, on - off. Kitorang ni berdoa jer lah mintak Allah bagi kesihatan yg baik kat mak. Kalau mak tak sihat...mak tak dapat laa join sekali. Hasrat abang ni mmg nak bawak mak nya jenjalan...bagi hilang stress, tengok tempat orang.
Tahun lepas dah terbang ke Bandung...tahun ni ke Surabaya pulak.

Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami. Mak sihat, Maton sihat...dapat juga pergi travel ke Surabaya dan segala urusan dan aktiviti dipermudahkan.

Comments

Popular posts from this blog

Trip JEJU ISLAND : Balik dah

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember

Outing ke PENANG STREET ART