Outing ke PENANG STREET ART

05.01.2019
SABTU

-Lebuh Armenian
-Lebuh Cannon
-Lebuh Ah Quee
-Art Lane Penang, Lebuh Victoria

Hari tu bawak anak outing sempena besday Along 6hb.
Kami outing ke Penang Street Art jer.
.
Beberapa tahun dulu dah pernah gi sini tapi sekarang ni suasana kat sana semakin meriah. Cumanya, lukisan art yg popular di dinding2 situ dah semakin pudar warnanya disebabkan faktor perubahan cuaca. Dah tak cantik nak bergambar.
.
Tapi ada beberapa kedai yg terdapat di situ menyediakan lukisan mural art di dalam kedai mereka. Mcm mana nak tau?? Pekedai akan ajak singgah dan memberitahu tentang itu. Tak beli barang di kedai dorang pun takpe...tapi kalau ada yg berkenan tu...beli laa, kan, heheh.
.
Terdapat juga satu lorong yg dinamakan Art Lane Penang di antara Lebuh Victoria & Beach Street...sebelah jer dengan Magic World Penang di Lebuh Victoria & bersebelahan dengan Balai Bomba Lebuh Pantai.
Sepanjang lorong itu terdapat pelbagai lukisan mural art di kiri kanan dindingnya. Dari level conteng2 sampai yg cantek2....hihi.
Disebabkan ia berbumbung...lukisannya terjaga elok. Disediakan juga lampu yg membantu mencantikkan gambar kita. Dari luar mmg nampak mcm takde apa....tapi cuba masuk tengok!!!



  





Lukisan mural kucing ni terdapat di dalam kedai di atas.
Mesti masuk!!!


Kat area sini jugak terdapat jus buah2an yg pior terangkat abes dan aiskrim homemade yg popular iaitu kedai Fruitmade.
Kat situ ada juga coconut shake yg lagi sedap dari coconut shake ori Melaka sana.
Ada ais kepal yg dihipsterkan...iaitu ada aiskrim di dalamnya, nyummm..





 

Lukisan mural di bawah antara yg terdapat di Art Lane Penang.
Try laa masuk kalau dh sampai Penang Art Street.



 Sekian..

Comments

Popular posts from this blog

Trip JEJU ISLAND : Balik dah

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember