Trip JEJU ISLAND 2018 : Seongeup Village

19.11.2018
ISNIN

Bersambung dari Day 3 Trip JEJU ISLAND 2018 : Seopjikoji Lighthouse

Sebuah perkampungan lama di JEJU.
Ada lebih 40 buah rumah2 tradisional mereka masih tersergam di situ sebagai warisan untuk warga muda di kalangan masyarakat mereka selain pelancong dari luar Jeju.
Ada beberapa buah rumah yg masih diduduki oleh waris. Ada beberapa buah daripadanya dijadikan kedai souvenir dan coffee shop.
.
Walaupun Jeju Island adalah sebahagian dari South Korea tetapi mereka juga ada kerajaan mereka sendiri.
Kawasan perkampungan ni dikelilingi kubu suatu masa dahulu untuk berlindung dari serangan musuh mereka iaitu Jepun.
.
Di luar kawasan perkampungan ni terdapat 4 buah patung asal iaitu patung ikon yg menurut kepercayaan penduduk Pulau Jeju sebagai penjaga mereka. Patung replika dibuat drp batu2 volcano itu boleh dilihat di mana2 sahaja di pulau Jeju dan ianya hanya terdapat di Jeju. Tidak di kawasan lain di negara Korea ni.

Inilah patungnya yg digelar 'grandfather'..


Pintu gerbang dan pagar seperti kubu di kawasan kampung.

Tour guide kami yg disediakan oleh JMT iaitu Mr. Lyndon sedang menerangkan info kepada kami.

Replika black pig di dalam gambar..

Info tentang gambar di atas:-
-Suatu waktu dahulu.....ada di antara penduduk di Jeju yg memelihara beberapa ekor 'black pig' di suatu sudut di bahagian belakang rumah mereka.

-Di tepi sudut yg dipagarkan dengan batu2 volcano itu..,ada tempat yg dinamakan jamban / tandas / toilet...

-Apabila penghuni rumah dah 'memberut' membuang sisa2 dari dalam perut tu keluar...'black pig' tadi akan datang untuk makan 'mende' tu.

-Ia berfungsi seperti flush dan 'mende' tu akan hilang di tempat kejadian.

-Nanti...bila 'black pig' tu dah cukup besar...ia akan dijadikan makanan pada manusia. Itu dinamakan 'KITAR SEMULA, hahahahah..

-Sebenarnya, tour guide kitorang orang Korea sendiri tergelak masa terangkan pasal ni, hahahaha..


Pagar 3 palang yg bermesej ini katanya hanya terdapat di Jeju.
Info tentangnya:-
-Setiap cara palang itu dipasang adalah cara komunikasi dan mesej kepada tetamu yg ingin bertandang ke rumah itu.

-Jika ke 3-3 palang dipasang...ia bermaksud tuan rumah TIADA DI RUMAH.

-Jika 2 palang shj dipasang...bermaksud tuan rumah KELUAR DLM 2-3 HARI sahaja.

-Jika 1 palang sahaja yg dipasang...bermaksud tuan rumah CUMA KELUAR SEKEJAP AJE. KELUAR DEKAT2 SITU AJE..

Kalau kat Malaysia buat camtu...mm..senang lah pencuri nak masuk umah, huhu. Tapi menurut tour guide kami....di JEJU hampir tiada kes curi, kes pecah rumah ni.

Bangunan ni dijadikan sebuah tandas, heheh. Mmg pelik kat sini...pejabat pentadbiran dorang kecik aje. Tapi bangunan tandas lebih besar dari bangunan pentadbiran, huhu..

Ini pokok buah persimmon atau buah pisang kaki. Tak sangka pulak pokoknya mcm ni. Aku ingatkan pokoknya jenis menjalar mcm pokok tomato tu...



Bersambung...

Comments

Popular posts from this blog

Trip JEJU ISLAND : Balik dah

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember

Outing ke PENANG STREET ART