Trip JEJU ISLAND : Balik dah

22.11.2018
KHAMIS

sambung dari Trip JEJU ISLAND 2018 : Jejumok Gwana

Dari Jejumok Gwana...kitorang berjalan kaki semula menghala ke hotel. Bawak beg turun ke bawah...check out. Kat sini kena check out sebelum kul 11 pagi.
Kemudian kitorang tinggalkan beg kat lobi dan turun ke bawah untuk lepak menghabiskan masa sementara menunggu waktu yg sesuai untuk bergerak dari hotel ke airport.

Kat situ kitorang minum kopi puas2, makan megi ngan air panas, makan biskut...bagi kenyang perut dulu, heheh. Kat airport nanti tak perlu cari makanan halal untuk isi perut. Tunggu nasik lemak Pak Nasser kat dlm flight nanti pulak, kihkih..


Flight kami petang jam 3 lebih jugak lah..
Kitorang keluar dari hotel jam 12 lebih dan cuma perlu menahan teksi di depan hotel sahaja.
Teksi bermeter...kami perlu bayar W4500.



Kaunter check in AA belum dibuka dan tunggu jugak lah sekejap.
Tak risau sangat dengan berat bagasi sebab kitorang takde membeli sangat pun. Kalau ada pun barang ringan2 aje.

Flight AirAsia dari KL lambat sikit sampainya. Maka flight kitorang pun delay sikit. Airport Jeju ni kecik aje. Mcm Langkawi ataupun kat Bayan Lepas tu aje kot.






Sunset...

Dah nak landing time...

Alhamdulillah, kitorang sampai malam di KLIA hampir jam 10.30 mlm.
Terus gi pulangkan router Wifi yg disewa dari Samurai Wifi di KLIA2.
Kemudian kami pun terus ke Putrajaya Sentral untuk mengambil sang alza yg setia menanti di situ. Malam itu jugak kitorang balik Taiping. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan.

Sekian sahaja percutian kami ke Jeju Island. Seronok dapat tengok keindahan alam semulajadi yg terdapat di sana. Cuma, kami tidak diberi rezeki menikmati dedaunan kering yg telah bertukar kepada pelbagai ton warna (oren - merah) di musim luruh. Sebenarnya itu antara sebab kenapa kami memilih trip di tarikh ini. Namun, sekurang2nya..dapat jugak lah menikmati dedaunan kekuningan dari pohon Ginkgo sebelum habis luruh ke bumi.

bersambung pula di 2 'post' khas...hehehe.

Comments

Popular posts from this blog

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember

Outing ke PENANG STREET ART