Trip JEJU ISLAND 2018 : Yongmeori Coast

20.11.2018
SELASA

sambung dari Trip JEJU ISLAND 2018 : Orange Farm

Banyak2 itenarary di Jeju...kat sini adalah tempat paling best bagi kitorang anak beranak.
Yongmeori Coast ni adalah antara 66 Geoparks tersenarai di dunia. Di Jeju sahaja ada 6 lokasi geoparks yg disenaraikan dari 66 tu.

Berjalan di persisir batu2 dengan bukit dan tebing berdinding seperti Grand Canyon...ianya sangat memukau, Subhanallah.

Berjalan dari permulaan di bahagian kaunter tiket yg terdapat di bahagian Hamel Castaway Memorial Ship...kami ingat kalau nak balik ke parkir hanya pusing semula....rupa2nya tidak. Kat situ takde jalan mati. Kitorang boleh teruskan berjalan sambil melihat dinding batu beralur dengan mcm2 corak ini lebih cantik, lebih menarik dan lebih mengagumkan. Tanpa sedar..dah berjalan lebih 1km, huhu.

Lagi ke depan lagi menarik, jalan lagi ke depan makin cantik. Jalan lagi ke depan makin mengagumkan, Subhanallah.
Indahnya ciptaan Allah.
Dia Maha Berkuasa sekalian alam..

Berhenti bergambar...toksah citer lah. Penat Lyndon tunggu kitorang.

Kat sini...kalau air pasang atau angin kuat...pengunjung tidak akan dibenarkan masuk. Alhamdulillah, rezeki kami ketika tu cuacanya sangat tenang.

Di persisir batu2 rata di tebing laut terdapat ajumma menjual gamat, abalone, kepah2 untuk dimakan mentah. Kitorang takde laa try pun. Risau pulak sakit perut nanti...dah laa kat tempat orang, kan.

Mmg saja fokus pada alur2 corak dinding berbatu tu aje. Kitorang berdiri kat situ sekadar props dalam gambar tersebut.

Kitorang banyak menghabiskan masa kat sini lebih dari masa yg diperuntukan. Sampaikan tour guide kami tunggu dan bagitau ada 2 lagi lokasi berbaki untuk itenarary hari tu, adeii..
Itu lah kekurangannya bila kita travel ikut pakej berbanding survive sendiri, kan. Cuma kita tak letih memandu aje lah. Naik van boleh terus rehat atau tidur.


Jalan pintu masuk dari tempat bayar tiket..

























Jalan lagi satu untuk keluar dari kawasan pantai..curam berbatu sikit.

Korang bila dah sampai Jeju...jangan skip untuk datang ke sini melainkan cuaca tak mengizinkan lah.


Sambung..

Comments

Popular posts from this blog

Trip JEJU ISLAND : Balik dah

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember

Outing ke PENANG STREET ART