Trip JEJU ISLAND 2018 : O'Sulloc Green Tea

20.11.2018
SELASA

sambung dari Trip JEJU ISLAND 2018 : Yongmeori Coast

Dari Yongmeori Coast...bergegas laa Mr. Lyndon bawa kami ke tempat seterusnya iaitu di O'Sulloc Green Tea iaitu sebuah kawasan kebun teh hijau yg popular kat Jeju ni.

Kat atas sikit dari kedai / cafe teh tu ada laa Innersfree Jeju House. Tapi kitorang tak pergi pun. Takde rasa nak beli apa pun. Tapi sebenarnya kat atas tu ada jual jem packing jenis tiub dan lain2 produk selain produk kosmetik jenama Innersfree tu.

Cafe pun kitorang tengok2 aje. Mahal segala produk kat situ. Kek sepotong kecik pun rege mahal, mmm. Tak pe lah. Bukan tak pernah makan eskrem green tea, minum green tea. Cuma kek tu aje tak nah try lagi. Tapi dah boleh agak rasanya mcm mana, huhu..

Bergambar aje lah kat lereng pokok2 teh di situ sbb tak sama mcm kat Cameron Highlands. Sini cara potongannya lebih kemas.



Sekejap jer kat situ. Kitorang pun sebenarnya rasa letih pulak dengan itenarary hari ini. Sepanjang perjalanan dalam van nak ke tempat makan malam tu terlelap jugak lah mata ni cas tenaga, heheh.


Ni lah geng2 kami utk tarikh yg sama cuma kami berasingan kereta aje. Dorang ni dilayan oleh Wawa..kitorang dilayan oleh Mr. Lyndon.

Esok tinggal setengah hari lagi itenarary kami bersama pakej JMT. Selebihnya kitorang berlima bebas laa nak buat apa pun sebab flight pada hari Khamis nanti.

Sambung..

Comments

Popular posts from this blog

Trip JEJU ISLAND : Balik dah

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember

Outing ke PENANG STREET ART