Trip JEJU ISLAND 2018 : Orange Farm

20.11.2018
SELASA

sambung dari Trip JEJU ISLAND 2018 : Jungmun Tourist Complex / Jungmun Resort

Di Jeju ni...mana2 saja boleh nampak pokok buah oren. Boleh dikatakan setiap rumah tu mesti ada pokok buah oren. Tapi paling best bila dapat gi masuk sendiri ke kebun oren ni.

Jeju ni mmg terkenal dengan tanaman buah oren dan hallabong (sejenis buah oren tapi hanya sesuai ditanam kat Jeju jer. Takde kat tempat lain). Alaaa...mcm mangga harum manis tu lah...pokoknya sesuai ditanam dan buah elok menjadi kat Perlis aje, heheheh.

Kat sini ada laa tempat / kebun yg kita boleh petik sendiri buah oren di pokoknya. Tapi kena bayar W3000 seorang untuk aktiviti petik sahaja. Lepas tu...kena bayar lagi W5000 setiap kilo buah oren yg kita dah petik tadi. Masam ke manis ke...dorang tak jamin dan tak bertanggungjawab, huhu. Ikut nasib laa noh...

Jadinya, kitorang masuk situ bergambar2 aje lah. Tambah pulak kat kedai di kebun oren tu kitorang diberi sample buah oren yg fresh utk makan. Tapi sebab dah pernah rasa yg lebih manis leting ada jer dijual kat Malaysia jugak...maka kitorang tak beli pun untuk dibawa balik.









Beli beberapa pek produk dari buah oren kat sini utk dibawa balik dan dibuat buah tangan.


Bersambung..

Comments

Popular posts from this blog

Trip JEJU ISLAND : Balik dah

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember

Outing ke PENANG STREET ART