Trip JEJU ISLAND 2018 : Menu & hidangan

sambung dari Trip JEJU ISLAND 2018 : Mendobi

Sini memang seafood aje lah. Daging ayam, daging lembu, kambing ke....takde lagi yg halal. Cik Wawa citer...kat Jeju memang takde tempat sembelihan. Nak yg halal kena oder online dari Seoul, RM98/sekilo untuk daging ayam mentah..pergh!! Pembekal kat sana hantar guna pos.

Kimchi..........
Harus ada pada setiap luncheon dan dinner kami termasuk lah menu fillet ikan malam tu, adeii. Ibarat sambal belacan dorang laa kot, huhu. Tapi tu lah...tak diterima dek tekak laa kitorang ngan kimchi ni. Dah try tapi tak boleh jugak.

Di bawah ni...hidangan Korea mula2 yg kitorang jumpa. Makan malam untuk malam pertama di Jeju. Ada yg boleh laa diterima dek tekak...ada tu....jenoh jugak mencuba sebab kesian tengok makanan banyak2 tu. Tapi tetap tak abes. Nak buat mcm mana?? hmmm







Ni lak tetiap pagi punya menu sarapan.
Jadi lah untuk tenaga gi jenjalan sebelum waktu lunch nanti.



Suasana di tempat sarapan di bawah lobi hotel.

Di bawah ni pulak adalah restoran untuk kami makan tengahari pada hari ke-2 di Pulau Jeju.
Baca senarai menu mmg ada menu masakan Melayu tapi jangan laa ingat serupa 100% sama sebab cuma 10-30% jer sama, heheh.
Depan restoran. Restoran ni terletak berdekatan juga dengan Jeju National University.

Yg ni...tak mintak pun mmg dorang akan bagi sekali dalam menu. 



Ni bibimbap. Nampak mcm sedap tapi kat dlm mangkuk tu....di bawah sekali tu ada kimchi jugak, huhu. 

Suasana dalam restoran..

Yang di bawah ni pulak adalah makan malam kami di sebuah restoran yg juga berhampiran dengan hotel milik Mr. Lyndon, tour guide kami.
Taugeh kasar ni antara sayur yg pasti ada di setiap hidangan set nasik..

kimchi kobis ni...adoiiiii



Mujur ada menu ni...berselera laa makan malam tu..

Ok, dalam banyak2 tempat makan yg JMT bawak dalam pakej mereka...kat sini yg aku rasa paling best. Dengan suasana kedainya dan sudah tentu dengan menunya. Kimchi tetap ada tapi kitorang buat tak pandang jer, huhu..
Ini adalah makan tengahari pada hari ke-3 atau selepas itenarary ke Seongsan Ilchulbong. Yg paling best kat sini adalah menu ala asam pedasnya. Yg special adalah sayur daun segarnya tu. Kena betul dengan kuah asam pedas tu.


Haa...daun ni. Bila kena kuah asam pedas yg mendidih tu...pergh!!! sedap tul lah!



Ni kat luar restoren. Suasana tradisional...

Malam tu...kami dinner dengan fillet ikan. Disediakan juga dengan nasik putih, sup kosong dan....KIMCHI, hahahaha. Malam tu aku tak berapa selera nak makan. Nasik usik sikit aje. Cuma makan fillet ikan dan cicah mayonis.

Fillet tu sedap laa digoreng dengan tepung rangupnya. Tapi mcm tak kena jer dengan nasik.


Di bawah ni pulak...restoran tempat kami 'lunch' pada hari ke-4 selepas melawat kebun oren. Sementara tunggu makanan siap...boleh laa solat jamak kat sini. Solat terbuka aje di tepi2 dinding dan meja duduk bersila di restoran tersebut.




Dinner kami pada malam terakhir bersama pakej JMT adalah restoran kami ulang datang. Yg berdekatan dengan Jeju National University tu. Sebelum ni kami datang untuk lunch.
Nasik goreng udang tapi udangnya...udang yg kita selalu masukkan sebagai perencah sayur ataupun dalam bihun goreng tu. Udang kecik2 aje...dan dibuang kulitnya..

Adik2 yg sama trip dengan kami.


Di samping makanan ni...kitorang jugak ada laa bawak makanan tambahan dari Malaysia. Maggi dalam cup, nasik instant, dendeng instant produk Sharifah.
Rekemen lah dengan produk Sharifah ni. Dengan pek yg mudah dibawa, harga berpatutan, sedap...mengenyangkan tu yg penting.


Daging dendeng...mabeles!!!

Sekian aje lah citer al-kisah trip kami ke Jeju Island.
Semoga boleh dijadikan rujukan untuk sesiapa yg belum pernah sampai ke sana lagi.
Dan boleh tengok camne rupa makanan & hidangan menu di restoran2 yg terdapat kat Jeju, heheh..

Comments

Popular posts from this blog

Trip JEJU ISLAND : Balik dah

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember

Outing ke PENANG STREET ART